Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 20 October 2011

Zahid Hamidi : Dunia Blogosfera Pro BN Dinasihat Henti Hentam Pemimpin Kerajaan

Kulaan sempat bertemu dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr Zahid Hamidi semalam bersama dengan rakan-rakan bloggez tersohor, facebookez dan pengamal media di bilik mesyuarat pejabat beliau tingkat 5 Wisma Kementah. Banyak ilmu dan pandangan yang beliau kongsikan sebagai panduan di alam siber.

Perjuangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti adalah untuk membentuk kerajaan baru dengan majoriti lebih besar dan bukannya kerajaan yang ada hari ini. Pengamal media, facebookez dan bloggez pro BN diminta supaya mengenepikan kepentingan individu dan kelompok sendiri serta menghentam pemimpin kerajaan dari mana-mana komponen demi untuk memperkukuhkan BN. DatukZahid juga meminta agar perkara ini diberhentikan dengan segera atau dengan nada berseloroh "cuti ler sekejap hentam pemimpin kerajaan, lepas PRU13 nak sambung, sambung la balik. Lagi bagus jangan sambung lagi".
"Dengan slogan lawan kita menuju ke Putrajaya, maka kita perlu mempertahankan Putrajaya, tiada gunanya kita bertelagah dan saling membunuh karier pemimpin BN, namun akhirnya Putrajaya jatuh ke tangan lawan." katanya semalam.

Kulaan : Kulaan berharap agar pengamal media, facebookez dan bloggez Pro BN agar menghentikan segera segala serangan peribadi kepada pemimpin kita yang akhirnya memberi ruang kepada pembangkang melemahkan serta merugikan kerajaan pimpinan PM kita, Datuk Seri Najib.

2 comments:

  1. nasihat yang baik...

    jangan buka pekung di dada.

    kritikan dengan hikmah jangan malukan di luar.

    Imam ghazali tulis surat untuk nasihat Umara.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers