Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 19 December 2011

HuaZong Cadang Najib Sebagai "Bapa Transformasi Malaysia"...


Gabungan Persatuan Cina Malaysia (HuaZong) mencadangkan supaya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dianugerahkan gelaran 'Bapa Transformasi' sebagai bukti dan pengiktirafan kepada zaman pemerintahan yang cukup istimewa dan dinamik.

Presiden HuaZong, Tan Sri Pheng Yin Huah, berkata pengalaman politik lebih 33 tahun menyaksikan Najib berjaya melakukan banyak transformasi serta pembaharuan untuk negara.

Malaysia sudah melalui perjalanan penuh cabaran dan halangan, tetapi berjaya tanganinya gunakan konsep dan acuan sendiri berteraskan semangat 1Malaysia


"Najib Razak, Perdana Menteri “Perdana Menteri" mempamerkan perkhidmatan cemerlang dalam senario global yang kian bergolak serta persaingan politik tempatan yang cukup kompetitif."

"Rakyat dan negara dapat menyaksikan perubahan digerakkan untuk faedah semua lapisan masyarakat,” katanya pada majlis pecah tanah Menara 12 tingkat HuaZong di Seri Kembangan.

Menara HuaZong dengan kos RM55 juta, bakal dilengkapi pelbagai kemudahan termasuk muzium kebudayaan, dewan bankuasi, perpustakaan, bilik penyelidikan serta kemudahan persidangan moden.

Yin Huah berkata, HuaZong yang menaungi lebih 1,000 persatuan perniagaan Cina dengan keahlian lebih 1.5 juta orang, berikrar terus menyokong kerajaan melaksanakan semua agenda transformasi.

2 comments:

  1. Di hadapan Najib, mereka tunjukkan sokongan. Bila PRU 13 nanti, mereka pangkah DAP.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers