Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 3 July 2012

Hairie Othman Mengaku Dapat Imbuhan Daripada Pentas Ceramah Pas???... @hairieothman


"A picture speaks a thousand words"... itu kata-kata hikmah yang gua pinjam daripada peribahasa orang putih bekas penjajah Malaya zaman tok nenek gua. Baru-baru nie gua ada ler 'berbual' dengan sorang artis yang dan semakin senja dalam dunia hiburan ditenggelami oleh artis-artis baru yang lebih muda dan hensem. Gua rasa korang mesti dah tau sape dia.

Gua adatanya kat dia pasal apa beria-ia masuk Pas dan sibuk ke hulu ke hilir di pentas-pentas ceramah Pas. Gua tanya adakah sebab perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam seperti yang didakwa beliau hanya Pas adalah platform yang terbaik untuk beliau mendalami agama Islam setelah beliau rasa telah jauh tersesat dalam dunia artis atau kerana WANG.

Pada mulanya beliau cuba mengelak dengan mengatakan beliau mendekati Pas dengan tujuan kononnya untuk mendalami Islam yang tidak mungkin dapat beliau belajar dengan alim ulama' selain Pas terutama sekali ulama' UMNO. Tapi akhirnya, Allah maha kuasa menunjukkan apa sebenarnya niat beliau untuk masuk Pas.  Kerana WANG... Ya! semuanya kerana WANG RINGGIT atau RM.

Gua bukan la mahu mempertikaikan niat baik seseorang individu yang mahu berubah ke arah kebaikkan lebih-lebih lagi ingin mendalami ilmu agama Islam tapi jika niat pun sudah serong apatah lagi kesudahannya. Gua sedar gua bukan la tinggi sangat bab ilmu agama ni sebab mengaji kat pondok dulu pun sekejap jer, baru 7 tahun sedangkan tok-tok guru dan alim ulama' lain berpuluh tahun mengaji bab keagamaan ni tapi kalo setakat baru 2 3 bulan "sembang" pasal Islam dan nak nasihat orang lain pulak apatah lagi nak bagi ceramah, gua rasa baik beliau cermin dulu diri beliau.

Tak mustahil juga (sekadar teori yang akan disusuli dengan bukti kemudian) niat beliau "mungkin", gua ulangi "mungkin" masuk pas sebagai platform untuk menjadi calon Pas dalam pilihanraya akan datang kot. Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.


Untuk hadis pertama ini berkaitan pasal niat. Sesuai sekali diletakkan di hadapan kerana dalam hidup kita, setiap amalan mesti dimulakan dengan niat. Niat yang baik akan mendapat pahala, dan niat tak baik selagi tidak melakukannya selagi itu tidak mendapat dosa. Betapa sayangnya Allah pada kita.

Hadis pertama: [terjemahan]

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya setiap amalan itu adalah dengan dan semua orang mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”

Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa setiap amalan dan perbuatan kita haruslah dimulakan dengan niat. Niat amat perlu untuk membolehkan amalan kita menjadi sah seperti solat, puasa, haji dan sebagai. Selain itu niat juga membolehkan kita bekerja untuk mendapatkan sesuatu dengan berterusan. Sebagai contoh kita berniat untuk berkorban tahun ini, dan dengan niat itu kita akan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki sehingga tercapai niat kita.

Waktu untuk berniat bagi ibadah adalah sebelum atau ketika ingin melakukan perkara tersebut sepeti niat solat dilakukan ketika mengangkat takbir dan niat puasa dilakukan sebelum terbitnya fajar. Manakala tempat berniat adalah didalam hati, dengan melafaznya di mulut, kita menjadi lebih mudah untuk menanamkan niat itu kedalam hati.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers