Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 7 September 2012

Nurul Syuhada Letak Jawatan Di TV3 Nak Masuk Parti Politik Ker????


Pejabat TV3 di Bandar Utama pagi semalam kecoh apabila pengacara terkenal, Nurul Syuhada Nurul Ain dikatakan telah meletak jawatan.

Nurul sudah menghantar notis perletakan jawatan yang dipercayai akan berkuat-kuasa hujung bulan ini.

“Tidak dapat dipastikan sama ada perletakan jawatan itu ada hubung kait dengan krtikan beberapa pihak atas kenyataan Bintulu daif yang dibuatnya baru-baru ini atau sebab mendapat tawaran kerja yang lain,” menurut sumber dalaman.

Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) baru-baru ini telah mengeluarkan kenyataan meminta Nurul membuat permohonan maaf secara terbuka atas kenyataannya semasa satu program secara lintas langsung stesen itu yang menyatakan Bintulu sebagai sebuah kawasan daif.

Berikutan itu, Nurul menerima kecaman yang agak hebat.


Pengacara itu bagaimanapun bersikap profesional dan matang dengan mengakui tersilap cakap dan memohon maaf atas apa yang berlaku.

Pihak pengurusan TV3 juga telah mengambil langkah yang sama.

Tindakan Nurul itu kemudiannya diterima semua pihak termasuk masyarakat Sarawak sebagai satu kesilapan yang tidak disengajakan.

Sehingga kini belum dapat dipastikan apa alasan sebenar disebalik perletakan jawatan beliau. Ada sok-sek khabar angin mengatakan mungkinkah Nurul ingin menceburkan diri dalam dunia politik mengikut jejak langkah beberapa artis lain. Hanya beliau sahaja yang mengetahuinya.

Kita tunggukan sidang media atau temubual eksklusif daripada beliau mengenai jawapan kenapa beliau meninggalkan TV3 secara mengejut.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers