Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 31 October 2012

Maaf…Ini Bukan Kuih Pau Ye, Tapi Seluar Dalam Panas!!!...




Jikalau anda bersiar-siar di Jepun pada musim sejuk, jangan sesekali terpedaya dengan oven kuih pau yang terdapat di kedai-kedai.

Sekali pandang, mungkin terliur juga tengok 'kuih pau' berwarna-warni di dalam oven tersebut.

Tetapi bila dihampiri, ia bukan kuih atau makanan, tetapi ia dipenuhi dengan SELUAR DALAM wanita.

Ketika musim sejuk, terdapat peniaga pakaian dalaman wanita di Tokyo yang 'memanaskan' seluar-seluar dalam yang hendak dijual – di dalam oven tersebut!

Harganya adalah sekitar RM 30 sehelai, tidak pasti selama mana 'kepanasan' seluar dalam itu akan berkekalan tetapi ia ternyata mendapat sambutan hebat pembeli yang merasakan kaedah tersebut 'unik'.

Oh yea, lupa nak beritahu, seluar dalam 'kuih pau' ini hanya dijual pada musim sejuk sahaja, dan ia tidak mempunyai perisa kari, kacang atau kaya…jangan nakal OK!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers