Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 27 January 2013

Luahan Hati Blogger Anak Perak Dipinggirkan???? @ZambryAbdKadir


Ate semalam selepas program belia kawasan, teman belek-belek ler blog-blog sahabat senegeri teman. Terjumpa teman dengan beberapa artikel blogger anak kelahiran Perak. Bila teman bace setiap satu baru teman faham ghopernye banyok bebenor blogger-blogger anak kelahiran negeri Perak yang menyokong kerajaan UMNO dan BN berbanding dengan yang menyokong pembangkang. 

Rungutan dan luahan deme nie teman perhalusi, teman dapat simpulkan yang deme nie idok ler mendapat perhatian yang sewajarnya. Lantas teman cube menghubungi beberape sahabat handai teman di kampung negeri teman menanyekan ngaper udoh ghoper itu jadi nye. Lubang libu perut teman dengor. 

Ngaper ler pemimpin di negeri teman tengin bebenor sampei boleh ambik tentera luor sedangkan anak tempatan ghamei dan baguih-baguih belake bak kate pepatah orang tue "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan..." Gamaknye pemimpin tertinggi Perak suke gune khidmat oghang luor kononnya hebat bebenor deme nie. Tapi kalo pemimpin tertinggi Perak nie kene hentam tau pulak ngelejat deme mintak anak buat tolong.

Nie teman petik sikit artikel anak-anak Perak :

"Tapi agak mengecewakan bila kerajaan Perak hari ni seolah olah cukup selesa bahawa Barisan Nasional akan menang besar di negeri Maharajalela.

Mungkin Menteri Besar dan exco exco kerajaan rasa Pakatan Rakyat sudah hilang taring agaknya.

Walau apa pun peperangan tetap peperangan, memerlukan tentera yang cukup ampuh dari pelbagai kemahiran dan kepakaran.

Sangkakala nampak kerajaan Perak memang ada tentera yang cukup berkemahiran dalam semua aspek namun ada juga yang dipandang remeh dan seperti tidak diperlukan oleh kerajaan Barisan Nasional Perak untuk sama sama membantu dalam perang pilihanraya.

Tentera maya Perak (blogger), kehadiran mereka ini seperti tidak diperlukan walaupun Sangkakala nampak mereka mereka ini cukup banyak membantu Barisan Nasional dalam mempertahankan serangan demi serangan yang dilemparkan oleh puak pembangkang.

Mungkin juga kerana mereka ini adalah blogger nyamuk yang hanya berdengung di tepi telinga namun tidak mendatangkan apa apa masalah."

ARTIKEL PENUH SILA KLIK SINI


"Tapi berlainan pula di Perak, rata rata rakan blogger Sangkakala tidak dipedulikan oleh Barisan Nasional negeri.

Ini satu perkara yang agak pelik juga, mungkinkah Barisan Nasional Perak tidak perlukan penggiat penggiat media ini untuk bersama sama dalam pilihanraya hinggakan blogger blogger ini dipandang sepi oleh Badan Perhubungan Barisan Nasional negeri?

Barisan Nasional negeri Perak dilihat lebih kepada mengambil blogger blogger luar dari blogger blogger yang terdiri dari anak jati Perak itu sendiri.

Tapi satu perkara yang membanggakan Sangkakala terhadap rakan rakan blogger Perak ni, walaupun dipandang sebelah mata oleh BN negeri namun mereka tetap berjuang di alam Cyber demi memastikan kemenangan berpihak kepada kerajaan BN.

Tapi ibarat kata orang lama, 'setakat mana seluang ketengah akhirnya akan ketepi juga', maksud kata kata ini cukup dalam dan ianya sesuai untuk rakan rakan blogger dan penggiat media di Perak."

ARTIKEL PENUH SILA KLIK SINI

"Jika dikira menggunakan cari tangan termasuk jari kaki, rasanya sudah banyak kali aku dan rakan-rakan aku di Perak menghadiri kursus jentera siber yang dibuat Penerangan UMNO Malaysia. Setiap UMNO Bahagian diminta menghantar wakil ke kursus tersebut mewakili UMNO Bahagian masing-masing dengan harapan kami akan bergerak di peringkat UMNO Bahagian untuk membantu UMNO Bahagian. Tetapi nak buat macam mana, selepas habis kursus terus senyap. UMNO Bahagian pun tidak pedulikan kami apatah lagi UMNO Negeri. Aku yakin perkara ni tidak berlaku disemua Negeri tetapi itu la hakikat yang berlaku di Negeri Perak setiap kali menghadiri kursus jentera siber ni sehingga ada diantara rakan-rakan aku di Perak yang pada asalnya bersemangat berkobar-kobar hendak membantu UMNO terutama di UMNO Bahagian, terus hilang tanpa berita kerana kecewa. Mana tidaknya, nak suruh berperang tetapi kelengkapan perang tidak disediakan. Bila aku dan rakan-rakan ambik keputusan sediakan kelengkapan perang sendiri, peluru pulak tidak disediakan. Lepas tu buat lagi kursus jentera siber dan akhirnya perkara yang sama jugak berlaku. Dan begitu la seterusnya.. "

Teman maleh nak kabor panjang lebor lagi pasei pemimpin tertinggi negeri teman nie. Bior ler deme oghang besor pikior pakei akei skit. Teman sedih juge dengor citer kome nie walaupun teman juge anak kelahiran Perak kod 08 tapi teman udoh lame merantau ke Lembah Kelang tapi kasih sayang teman kat tanah tumpah bumi kelahiran teman bak kate "hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri..."


1 comment:

  1. Mohon mencelah bro...kena kumpul2kan balik anak2 perak yg jd blogger ni..mike jd kepala..byk teman kenal blogger anak2 perak tp terabai. main syok sendiri2 je mcm teman nih!heeee

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers