Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 10 May 2013

Panas!!! Orang Cina Sendiri Mengaku Semangat "KECINAAN" Masih Menebal???


Masyarakat Cina tidak faham pentingnya perpaduan kerana semangat perkauman dalam jiwa mereka masih tebal sejak memasuki Tanah Melayu sehingga hari ini, kata pakar sejarah, Prof. Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim.

Beliau menyifatkan pengundi Cina sebagai rasis apabila tidak berusaha untuk memakmurkan semangat masyarakat majmuk yang sentiasa disuarakan oleh pemimpin negara termasuk ketika di bawah penjajahan British.

Beliau menegaskan, situasi itu boleh mendatangkan malapetaka kepada Malaysia suatu hari nanti jika tidak diselesaikan dengan bijak termasuk kemungkinan berlaku pergaduhan kaum.

" Kaum Cina tidak faham tentang semangat perpaduan. Ramai daripada mereka tidak anggap Malaysia sebagai negara sendiri sebaliknya sentiasa merasakan dijajah. Sebab itu semangat perkauman mereka masih tebal.

" Apa yang membimbangkan kita, jika malapetaka itu berlaku, negara terpaksa berdepan dengan kehilangan sumber ekonomi ekoran tiada pelabur yang datang, sekali gus mengakibatkan kemajuan negara terbantut," katanya.


Beliau mengulas tindakan pengundi Cina pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang telah mengecewakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak apabila mereka memandang sepi segala usaha pembangunan dan transformasi kerajaan dengan memberikan sokongan kepada parti cauvinis DAP.

Kay Kim berkata, situasi tsunami Cina perlu ditangani dengan bijak dan segera oleh pemimpin negara dengan mengubah satu sistem penyatuan baharu yang tertumpu kepada generasi baharu.

Selain itu, kata beliau, semua pemimpin politik perlu membuang sikap takut hilang pengaruh dalam kalangan komunitinya kerana dibimbangi sikap buruk itu akan menyebabkan berlakunya pergolakan antara kaum.

Sementara itu, budayawan, Dr. Lim Swee Tin berkata, masyarakat Cina Malaysia tidak mampu berpecah daripada orang Melayu dan India kerana kekuatan untuk meneruskan kelangsungan pentadbiran negara memerlukan semangat penyatuan.

Beliau berkata, kaum Cina juga tidak berupaya untuk menangkis niat jahat pihak berkepentingan sama ada dari luar mahupun dalam negara terhadap kesejahteraan Malaysia secara bersendirian tanpa bantuan daripada masyarakat Melayu dan India.

" Saya penuh yakin dengan kemampuan Datuk Seri Najib Tun Razak untuk memulihkan keadaan ini dengan membentuk penyatuan nasional. Kita pernah hadapi situasi cemas seumpama ini, tetapi kerana kebijaksanaan pemimpin-pemimpin negara, maka rakyat kembali bersatu.

" Setiap era pentadbiran mempunyai masalah tersendiri. Dahulu kita tidak yakin pemimpin kita boleh tangani konflik ekonomi dunia dan negara, tetapi kita lihat sendiri kejayaan pemimpin di bawah kerajaan yang sama hari ini berjaya memulihkan keadaan itu dan rakyat kembali memberi kepercayaan," katanya.

Dalam pada itu, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Tionghua Universiti Malaya, Dr. Thock Ker Pong berkata, perubahan mendadak sokongan pengundi Cina adalah semata-mata kerana janji yang ditawarkan oleh pakatan pembangkang.

Kata beliau, pengundi Cina mengakui keuntungan di sebalik transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi dalam masa sama mereka berbelah bahagi kerana melihat BN juga tidak bersatu apabila wujud perpisahan antara kaum mengikut komponen.


"Saya juga berasakan BN gagal untuk melihat kepentingan mengutamakan golongan berpendapatan sederhana dalam setiap pemberian yang dilakukan. Ini kerana ramai kaum Cina berada pada kelas pertengahan dan mereka tidak merasai apa-apa daripada transformasi itu," katanya. 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.












7 comments:

  1. tong pao.............ma..

    ReplyDelete
  2. CINA ADALAH CINA.Sunami cina membuatkan melayu menggangap cina adalah kominis yg ingin merampas negara Malaysia walau pun PM telah memberi bermacam2 dg kaum cina,namun balasannya hampa.orang melayu sebenarnya terlalu banyak bertulak ansur menjadikan kaum cina lupa tanah melayu adalah hak melayu. sekiranya melayu ingin berubah bersatulah bangsa ku demi tanah melayu.

    ReplyDelete
  3. IF THIS THE WAY WHAT THE CHINESE HAS PROVE IT AT PRU13, AFTER THIS PM HAVE TO DO SOMETHING ABOUT THIS BECAUSE MANY THING PM HAS GIVEN TO THEM BEFORE PRU13.........

    ReplyDelete
  4. Marista kulaan maniring...........

    ReplyDelete
  5. Tidak adakah dalam peribahasa Cina yg berbunyi : dimana bumi dipijak disitulah langit dijunjung?atau when you come to Rome you do what the Romans do?atau maseh punya hajat yg bermaksud kamu punya aku punya tapi aku punya aku yang punya.who ever we are,where ever we are,we are still what we are.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sini gua niaga,sini gua pangsai.

      Delete
  6. Bom jangka telah dipasang oleh orang cina.Sekarang apa alasan pun yg diberi oleh pemimpin cina,bom itu telah diletupkan pd pru 13 yg lalu.Seandainya berjaya sah ketua2 cina akan tinggalkan BN.Bila tidak berjaya,apa kata ketua merika? Keciwa lah,tak sangkalah,macam2 wayang ditunjuk pd BN dan PM.Harap PM serta orang2 melayu jangan terpadaya dgn wayang opra CINA.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers