Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 25 June 2013

Biar Betul??? Blogger KedahKeKL Diperbodohkan Pemimpin UMNO Kedah??? @NajibRazak @MukhrizMahathir

www.kedahkekl.blogspot.com
Apa salah blogger yang terkenal di Negeri Jelapang Padi, kedahkekl.blogspot.com dan sahabat-sahabat dalam pasukan beliauTeam Media Kedah  yang garang membongkar isu-isu dan cerita panas dari lapangan berkaitan kerajaan Pakatan pimpinan Pas dipanggil bangang, bengong, bodoh oleh penulis blog Sangkakalajari9 (cerita penuh sila KLIK SINI) dan penulis blog Double Y (cerita penuh sila KLIK SINI).

Pada gua apa yang dilakukan oleh blogger kedahkekl dan pasukannya jauh lebih bagus dan berkesan berbanding dengan blogger-blogger so-called blogger pemimpin Kedah lain yang dikatakan dibayar dan menerima bayaran yang sangat lumayan walaupun sekadar menulis satu dua artikel berkaitan politik negeri Kedah. itu pun kadangkala cilok dari artikel kedahkekl dan pasukannya Team Media Kedah. Tak ada story sendiri pun.

Korang bukak saja la blog tersebut setiap hari pasti paling kurang satu dua artikel mesti pasal negeri Kedah. Pembongkaran yang dibuat sangat berkesan sehingga TV3 dan stesen televisyen lain pun pick-up story mereka. Kalo gua nak senaraikan satu persatu pembongkaran yang dilakukan mereka, sampai pagi esok pun korang tak habis baca.


Tapi yang hairan bin ajaibnya, ada pulak individu lain yang "menangguk di air keroh" menjadi hero dengan mengatakan bahawa merekalah yang banyak menyumbang tenaga membuat semua kerja atas usaha kedahkekl dan pasukannya ibarat "lembu punya susu, tapi sapi dapat nama".

Bukannya pemimpin UMNO tu buta tapi mungkin saja buat-buat buta kot dek kerana dah menelan tuba yang disediakan individu yang tidak bertanggungjawab. PRU13 sudah berlalu dan negeri Kedah berjaya dirampas BN semula. Menteri Besar pun diganti dengan muka baru dan lebih "fresh" anak mantan PM, Mukhriz Tun Mahathir. Gua harap Menteri Besar Kedah baru ni pun tidak dikaburi pandangannya oleh individu berhati busuk dan hitam hingga tidak dapat lagi melihat dan menilai "yang mana satu intan berlian dan yang mana satu kaca".


Bagi pemimpin UMNO Kedah yang lain termasuk Ketua-ketua Bahagian, ADUN-ADUN, Ahli Parlimen, Exco Kerajaan dan terutama sekali Menteri Besarnya agar tidak lagi memandang sebelah mata peranan dan sumbangan blogger-blogger anak Kedah ini. Jangan sampai mereka ini "makan hati" hingga "luluh hatinya" lalu disambar pemimpin Pakatan Rakyat hingga mereka "swing" menyebelahi pembangkang seterusnya membuka segala "pekung di dada" pemimpin UMNO Kedah. Hargai dan letaklah mereka ditempat yang sepatutnya kerana mereka blogger-blogger Pro-BN yang sehingga kini masih belum menghentam pemimpin sendiri atas kerana sifat masih sayangkan parti UMNO. Jangan sampai bila "nasi dah menjadi bubur" baru pemimpin UMNO Kedah nak bukak mata dan pada ketika itu semuanya sudah terlambat seperti lagu nyanyian Shidee "Sayang Semuanya Sudah Terlambat".

Gua tinggalkan korang dengan lagu Shidee ni yang lebih kurang dengan apa yang pemimpin UMNO Kedah bakal hadapi nanti jika mereka masih "lena diulit mimpi".

2 comments:

  1. sayang semuanya sudah terlambat. heheh.mantap lagu tu bro

    ReplyDelete
  2. KIKIKI SAYANG DAH TERLAMBAT NAK PI MOTONG NI ADEHHH

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers