Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 14 July 2013

Penduduk Kuala Besut Lebih Suka Memilih Calon BN Daripada Calon Pas!!!

Hasil soal selidik dan interview dengan penduduk kawasan Kuala Besut yang juga pengundi di sana yang terdiri daripada pelbagai peringkat masyarakat dari pelbagai bidang pekerjaan, rata-rata melahirkan hasrat mahu memberi undi kepada calon BN, Tengku Zaihan berbanding calon Pas iaitu Che Long.

Antara sebab mengapa pengundi lebih menyukai calon BN kerana beliau merupakan calon muda yang mempunyai pendidikan dan keperibadian serta mesra dengan penduduk setempat. Tambahan pula keluarga beliau juga terkenal dengan keluarga yang kuat agamanya.

Menurut penduduk setempat juga, Tengku Zaihan dilihat sebagai anak muda yang mempunyai visi dan misi tersendiri dalam usaha untuk membangunkan kampung halaman beliau sendiri. Tumpuan beliau yang ingin membangunkan perusahaan hiliran dan Industri Kecil Sederhana yang berlatarbelakangkan Kuala Besut yang terkenal sebagai pintu masuk ke Pulau Perhentian.

Usaha ini secara tidak langsung akan membuka peluang pekerjaan terutama kepada golongan mudan dan belia yang akhirnya akan mengurangkan masalah pengangguran dan golongan muda yang ke luar daerah mencari pekerjaan.

Dengan memilih Tengku Zaihan dari calon BN sebagai ADUN kepada penduduk Kuala Besut nanti pasti akan membawa pembangunan dan perubahan yang sudah dirancang oleh kerajaan negeri Terengganu. Tambahan pula tahun 2014 merupakan tahun Melawat Terengganu yang sedang giat dipromosi sekarang.

Sudah tentu Kuala Besut bakal merasai tempiasnya bila ramai pelancong dari dalam dan luar negeri menjadikan Kuala Besut sebagai pintu masuk ke Pulau Perhentian. Usaha ini pasti terbantut jika pengundi Kuala Besut memilih calon Pas, Che Long sebagai ADUN.

Oleh itu, diharapkan agar pengundi DUN Kuala Besut agar membuat pilihan yang betul dengan memilih calon BN, Tengku Zaihan sebagai Wakil Rakyat agar segala usaha yang dirancang dapat dirasai menafaatnya oleh penduduk setempat.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers