Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 28 September 2013

Aaron Aziz Masuk Hospital, Leher Senget??? @AaronDwiAziz


KASIHAN pula mendengar nasib yang menimpa pelakon terkenal, Aaron Aziz.

Melalui laporan Berita Harian hari ini, beliau telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, kelmarin selepas mengadu sakit pada bahagian lehernya.

Aaron dilaporkan telah mengalami kesakitan sejak seminggu lalu, namun bertekad menahannya kerana mahu menyelesaikan penggambaran sebuah telefilem.

Menurut isterinya, Diyana, dia membawa pelakon itu ke hospital untuk menjalani pemeriksaan apabila kesakitan itu menular sehingga ke bahagian tangan dan menyebabkan jari sebelah kirinya menjadi kebas.

"Hasil pemeriksaan, Aaron didapati mengidap penyakit 'Cervical Facet Arthritis' pada bahagian leher menyebabkan ia senget sebelah serta tidak boleh banyak bergerak pada bahagian terbabit," jelas Diyana.

Gua doakan semoga Aaron cepat sembuh dan dapat memulakan aktiviti lakonannya seperti biasa.

Nasihat gua, walau sesibuk mana kita bekerja, kesihatan harus jadi perkara utama yang dititikberatkan dalam hidup.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers