Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 22 September 2013

Puaka Niring : "IC" Misteri Tanpa Nama Dan Gambar???



Seorang pemuda terkejut apabila menjumpai kad pengenalan (IC) misteri tanpa nama dan gambar di sebuah taman rekreasi di Gelugor.

Dia yang tidak ingin namanya didedahkan memberitahu bahawa kad pengenalan berkenaan dijumpainya di dalam dompet.

Menurutnya, keadaannya sama seperti kad pengenalan yang digunakan warganegara Malaysia namun bezanya tidak bernama.

“Saya tidak mengesyaki apa-apa, namun terkejut kerana keadaan kad sebegini rupa pun ada.

“Dalam dompet berkenaan tidak ada duit dan sebagainya, namun hanya kad pengenalan tersebut sahaja yang ditemui,” katanya.

Dia yang pada mulanya memuatnaik gambar kad pengenalan itu di laman facebook kemudiannya memadamkannya kembali gara-gara bimbang disalahgunakan pihak tidak bertanggungjawab.

Kali pertama terjumpa perkara sedemikian membuatkan pemuda berusia 27 tahun itu sedikit bimbang.

Menurutnya, dia bertegas mahu menyimpan kad pengenalan berkenaan sekiranya diperlukan Jabatan Pendaftaran untuk membuat siasatan.

“Pada mulanya saya buang kad tersebut, tetapi selepas tidak lama kemudian mengambilnya semula kerana bimbang dijumpai orang lain,” katanya.

2 comments:

  1. Halo bro,lu jangan jadi bangang le. Itukan IC yang dah rosak. Lapisan yang ada maklumat gambar, nama dan alamat tu kan memang boleh tercabut. Perkara tu bias berlaku le. Lapisan tu pun tak boleh ditampal balik. Jangan buat kecoh boleh tak

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers