Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 23 November 2013

Kata "Tuhan" Tapi ‘Tuhan Harun’ Pun Masuk Hospital!!!


Kata mengaku diri tu "tuhan" tapi bila kena tangkap terus semput sakit masuk spital. Kalo dah "power" sangat sampai tahap tuhan takkan sendiri sakit cari spital gak yang ubat.

Yang pengikut dia pun bodo piang sangat dok ikut ajaran sesat sampai otak tu bengap sangat tak boleh nak pikir benda-benda rasional cam ni. Ada ka seseorang yang kata berkuasa ada "power" tapi bila sakit cari doktor gak.

Itu yang kadang-kadang jadi heran bila benda boleh pikir pakai akal yang waras dah tak boleh guna akal kat kepala sebab letak kat lutut kot.

Ikuti laporan Bernama mengenai isu ini :


"Ketua kumpulan ajaran sesat 'Tuhan Harun', Harun Mat Saat masih dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.

Pengarah Kesihatan Pahang, Datuk Dr Norhizan Ismail, berkata lelaki itu dilapor berada dalam keadaan stabil.

"Pada masa ini dia masih menerima rawatan di wad HTAA dan masih memerlukan pemerhatian doktor," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Pada Khamis lalu, Harun, 47, dikejarkan ke HTAA selepas mengalami simptom angin ahmar ketika dalam tahanan reman di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan.

Lelaki itu yang diberkas di Tangkak, Johor pada 20 November lalu, ditahan reman selama tujuh hari sehingga 27 November ini bagi membantu siasatan kes pembunuhan Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Allahyarham Ahmad Raffli Abdul Malik yang ditembak di rumahnya di Indera Mahkota 2 di sini pada 10 November lalu.

Turut direman bagi membantu siasatan kes itu ialah isteri ketiganya, Azida Mohd Zol, 30, dan pemandu Harun Nor Hairi Harun, 41.

AhmadRaffli, 49, sebelum kematiannya dipercayai mengendalikan dua kes jenayah syariah di Pahang iaitu ajaran sesat Tuhan Harun dan gerakan Syiah. – BERNAMA

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers