Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 20 November 2013

Puaka Niring : Remaja Kononnya Hilang Pergi Villa Nabila Lepas Tonton Highland Tower???


Mazidul Akmal Sidik menerusi blog peribadinya, mazidulakmal.com hari ini menyiarkan cerita eksklusif bahawa remaja yang kononnya hilang sebelum ditemui di Flat Desa Mutiara, memasuki Villa Nabila bersama rakan-rakan selepas menonton filem Highland Tower.

Selepas menonton filem seram terbabit Izzat Izzudin Hussin, 16, bersama kira-kira 20 rakan lain dipercayai tertarik untuk mengunjungi lokasi yang dikatakan 'keras' lalu memilih untuk memasuki Villa Nabila dalam kumpulan seramai kira-kira 20 orang lebih kurang jam 4 pagi, Ahad lalu.

"Polis BELUM lagi mengesahkan berita tetapi maklumat awal kami terima, disalurkan oleh sumber awam, amat menarik.

"Izzat dan rakan, dikatakan menonton filem Highland Tower. Mereka kemudian membuat keputusan mencari tempat 'keras' untuk dikunjungi secara berkumpulan.

"Dalam kumpulan kira-kira 20 orang mereka ke Villa Nabila pada lebih kurang jam 4 pagi. Setelah berada di situ, SEMUA keluar melalui jalan belakang, Straits View dan terus berhenti rehat di Masjid Kolam Air. Sewaktu azan berkumandang, sebelum bersurai," demikian menurut Mazidul menerusi blognya.


Remaja yang dilaporkan hilang, Izzat bagaimanapun dipercayai tidak pulang ke rumah tetapi pergi ke rumah rakannya di Flat Desa Mutiara.

Selepas Buletin Utama menyiarkan berita kehilangannya, orang awam yang menetap di flat terbabit mengenali identiti Izzat lalu menyalurkan maklumat kepada polis hingga dia ditemui.

Dalam pada itu, ketika ramai orang membanjiri Villa Nabila semalam, Izzat dan dua rakannya yang ditemui selamat sedang menghadap pihak berkuasa di Balai Polis Bandar Dato' Onn untuk diambil keterangan.

Setelah selesai jam 2.33 pagi, ketiga-tiga remaja tersebut kemudiannya dibawa keluar menggunakan laluan belakang balai sebelum dihantar ke IPD Sentral.

Mazidul yang ke IPD Sentral kemudiannya menemui lalu sempat menemubual bapa kepada teman wanita Izzat, Abu Hashim Mohd Zain, 48.

Menurut Abu Hashim, sejak awal lagi dia tidak percaya anaknya dan rakan-rakan hilang di Villa Nabila. Namun cerita kehilangan itu dipercayai menjadi sensasi disebabkan hebahan dan cerita yang ditokok tambah  di internet.

Apa-apa pun, satu sidang media akan dibuat Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff pada hari ini bagi menjelaskan apa sebenarnya berlaku. – REM RAMZ
I

Sumber dan gambar:  mazidulakmal.com

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers