Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 22 January 2014

Baru Jadi Ketua Pemuda Dah Tunjuk Belang Lawan Tokey!!! @KhairyKJ


Apa nak jadi la dengan 11 Ketua Pemuda Bahagian dalam Negeri Pahang ni. Baru jer lepas dilantik sama ada yang baru dilantik atau yang lama telah dilantik semula. Baru beberapa bulan menjadi pemimpin mudah dah tunjuk belang tunjuk hero macam Sarip Dol Samseng Kampung Dusun. 

Dilaporkan 11 Ketua Pemuda dalam negeri Pahang cuba melahirkan rasa tak puas hati dengan perlantikan Ketua Pemuda Negeri Pahang oleh Khairy yang juga Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia. Kata depa ada lagi orang lain yang lebih hebat untuk ditabalkan menjadi Ketua Pemuda Negeri bukan individu yang dilantik oleh KJ. 

Bila bab-bab jawatan dengan pangkat ni bukan main hero lagi depa lagak seperti sang panglima dunia persilatan tapi bila tang isu berkaitan dengan agama macam isu Kalimah Allah tak pulak berani. Tak pulak nak bawak segala hulubalang lawan musuh agama yang secara terang-terangan cuba menghina agama Islam.

Dah la tu, pi main jauh-jauh la buat kerja lagi bagus. Kuatkan saf kepimpinan dan bawa parti hingga mampu kembali menguasai kerusi yang sedang di duduki pembangkang haram jadah tu. Buat kerja kuat-kuat dan dengan ikhlas hati untuk menawan kembali kerusi yang dah terlepas kat PR dalam PRU14 yang akan datang dari sok bising melalak pasal jawatan dan pangkat.

Kat bawah ni gua kongsikan isi memorundun yang panglima misai kontot ni dok mintak dan perjuangkan. Korang baca dan nilaikan sendiri...


"Isi memorandum tersebut :


MEMORANDUM BANTAHAN BERKENAAN PERLANTIKAN SAUDARA SHAHRUDDIN AHMAD (KETUA PEMUDA PEKAN) SEBAGAI KETUA PEMUDA NEGERI PAHANG


Salam YB Khairy Jamaluddin, Ketua Pemuda UMNO Malaysia merangkap Menteri Belia dan Sukan.Dengan tulus dan penuh tanggungjawab, kami 11 orang Ketua-ketua Pemuda Bahagian daripada 14 bahagian di Negeri Pahang secara bersama atas semangat setiakawan menyatakan kekesalan dan menyatakan bantahan berkenaan perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad (Ketua Pemuda Pekan) sebagai Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang atas sebab dan alasan sebagaimana berikut:


1.0 Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebelum dilantik secara sedar dan penuh pasti berjanji dihadapan 10 org Ketua Pemuda UMNO Bahagian di dalam satu perjumpaan awal di Istana Hotel, Kuala Lumpur menyatakan persetujuan bahawa Ketua Pemuda Bera sebagai Naib Ketua Pemuda Negeri dan sekiranya Ketua Pemuda Bera tidak dilantik sebagai NKP maka beliau atas semangat setiakawan dan perpaduan dengan sendiri akan menolak jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri.

2.0 Perlantikan Sdra Shahruddin Ahmad, Ketua Pemuda Pekan sebagai Ketua Pemuda Negeri tidak lagi mendapat sokongan majoriti Ketua-ketua Pemuda Bahagian dan adalah lebih membimbangkan sekiranya perlantikan ini didasari untuk kepentingan pihak-pihak tertentu yg berkepentingan yg mencaturkan perlantikan KP Pekan sbg KP Negeri.

3.0 Sdra Shahruddin Ahmad, KP Pekan langsung tiada inisiatif utk mencari jalan penyelesaian, mahupun mengadakan perjumpaan dengan semua KP2 Bahagian. 

4.0 Walaupun telah dinasihati oleh beberapa Ketua Pemuda Bahagian yang situasi ketika itu masih didalam pertimbangan agar KP Pekan sebagai KP Negeri berjumpa seorang demi seorang memberi  penjelasan dalam menjernihkan kembali keadaan, namun nasihat yg diberi langsung tidak diendah. 

5.0 Kami majoriti KP2 Bahagian hilang kepercayaan kepada Sdr Shahruddin Ahmad KP Pekan sbg KP Negeri kerana beliau gagal mendengar pandangan dan suara akar umbi dan gagal memupuk kemesraan yg baik.Demi kelangsungan politik, perpaduan yang menyeluruh Pemuda UMNO Negeri Pahang, Kami majoriti 11 Ketua Pemuda UMNO Bahagian2 di Negeri Pahang, dengan ini secara sebulat suara menyokong penuh Sdr Zoolihsan Ketua Pemuda Bera sbg Ketua Pemuda Negeri yang baru. Keyakinan dan kepercayaan kami semua amat tinggi kepada Sdr Zoolihsan sbg KP Negeri Pahang dalam memastikan pemuda pahang terus bersatu dan terus diupayakan.


Kami juga majoriti 11 Ketua Pemuda Bahagian tidak akan menerima jawatan sebagai Ketua Pemuda Negeri dan tidak akan menerima perlantikan mana mana Ketua Pemuda Bahagian yg lain selain drp Sdr Zoolihsan, Ketua Pemuda Bera.Kami amat yakin dengan kebijaksanaan YB Khairy Jamaludin sbg Ketua Pemuda Malaysia akan memberikan pempertimbangkan sewajarnya Memorandum Kami ini demi Kebaikan Seluruh Pemuda UMNO Pahang. Sekian, Terima Kasih."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers