Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 25 January 2014

Pasar Tani Putrajaya Gempar Tetiba PM Datang Check Harga Barang??? @NajibRazak @razlanrafii


Petang tadi sekitar jam 6.30 petang Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib meluangkan masa turun padang memantau sendiri harga barangan kegunaan di Pasar Tani Presint 3. Kehadiran PM hari ini juga disambut oleh Menteri KPDNK dan Pegawai Kementerian serta pemimpin UMNO Putrajaya. Ini satu lagi usaha murni PM untuk melihat sendiri permasalahan yang dihadapi oleh rakyat di negara ini berkaitan isu kenaikan harga yang dimomokkan oleh pembangkang. Lawatan ini juga bertepatan dengan janji beliau untuk melihat sendiri denyut nadi permasalah rakyat sebagai janji beliau semasa pilihanraya lepas.

Kehadiran PM juga membawa sinar kepada rakyat kerana dalam masa yang sama 25 ribu peniaga pasar tani menghantar akujanji akan bersama kerajaan mengawal harga barangan makanan agar tidak menaikkan harga sesuka hati dan dalam masa yang sama langkah ini dilihat dapat membantu serta membebankan rakyat dalam suasana komoditi dunia yang tidak tentu di lebih 500 lokasi tapak pasar Tani seluruh negara.

Dengan kesempatan ini PM membuat tinjauan ke gerai-gerai peniaga Pasar Tani terutama di gerai yang menhual barangan basah seperti ikan, ayam, daging dan sayuran. Hasil tinjauan PM seperti yang dilaporkan dalam berita tv harga barangan yang dijual di situ masih terkawal malahan ada harga barangan yang dijual di bawah harga kawalan. Apa yang dilakukan oleh PM ni memang baik memang bagus cuma.... ada cumanya... ada sedikit kelemahan yang masih diperbaiki pasal lawatan PM tadi.

Gua bukan nak kritik PM cuma gua sebagai penduduk Putrajaya yang hadir ke program tadi dan juga hadir ke program lawatan ke Pasar Tani sebelum ini ingin memberi cadangan penambahbaikan lawatan PM jika PM mahu melihat sendiri hakikat sebenar harga barang di pasar tani ini atau tempat lain.

Cadangan pertama gua jika betullah PM nak tengok sendiri harga barangan kat Pasar Tani sama ada naik atau tidak harga barangan tu eloklah PM turun secara mengejut tanpa perlu ramai yang datang berkumpul semata-mata nak tunjuk muka atau "punch card" bila pemimpin besar turun padang seperti kebiasaan. Jika PM turun secara mengejut sudah tentu PM akan dapat lihat sendiri bahawa harga yang PM lihat hari ini jauh berbeza. Sebagai contoh harga ayam proses hari ini sekilo RM7.50 sahaja bila PM datang. Tapi masa gua pantau minggu lepas sekilo harga ayam proses adalah RM8.00. Kenaikan RM0.50 dari harga yang ditetapkan oleh kerajaan.

Cadangan kedua, jika PM nak turun membuat lawatan eloklah turun tanpa pengetahuan peniaga, pak menteri, pemimpin kanan dan juga kakitangan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan seperti hari ini bila segala persiapan termasuk pemasangan banner dan khemah yang menunjukkan kehadiran PM yang akan datang melawat ke Pasar Tani. Sudah tentu peniaga awal-awal lagi akan mempamerkan tanda harga. Kalau PM tak percaya buat la seperti cadangan gua yang pertama tadi. Gua bukan cakap kosong. Gua dah tengok sendiri kaedah yang telah dilakukan oleh Ketua Pemuda Wilayah, saudara Razlan Rafii  minggu lepas apabila beliau bersama Ketua-ketua Pemuda Bahagian dalam Wilayah telah turun secara mengejut ke Pasar Basah Chow Kit seawal jam 7 pagi. Hasilnya amat mengejutkan kami.

Ada peniaga yang tergopoh-gapah baru mempamerkan harga barangan apabila menyedari ada lawatan mengejut dilakukan. Tak kurang juga ada peniaga yang mempamerkan dua tanda harga yang berbeza. Satu harga yang mahal dan satu lagi harga mengikut arahan kerajaan. Dan apa yang lebih mengejutkan lagi, terdapat peniaga yang langsung tidak mempamerkan tanda harga. Itulah hasil pertemuan kami. Jika Datuk Seri masih tak percaya cuba Datuk Seri KLIK SINI KLIK SINI . Kalo Datuk Seri masih tak percaya cuba Datuk Seri baca link ni Ketua Pemuda Wilayah @razlanrafii Serang Peniaga Di Pasar Chow Kit??? @NajihRazak @KhairyKJ @azwanbro

Jadi, berbesar hati jika Datuk Seri dapat melihat secara sendiri barulah Datuk Seri dapat melihat seterusnya memahami kenapa rakyat merasa tekanan akibat kenaikan harga barang. Apa pun usaha Datuk Seri turun padang hari ini melawat Pasar Tani Presint 3 amat gua hargai dan juga penduduk Putrajaya juga amat menghargai usaha Datuk Seri.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers