Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 11 February 2014

Cara Isteri Timbalan Menteri Berjimat…Tanam Sendiri, Makan Di Rumah... Boleh Rakyat Ikut??? @NajibRazak

Cara Isteri Timbalan Menteri Berjimat...Tanam Sendiri, Makan Di Rumah


Dalam kebanyakan keluarga, wanita selaku isteri dan ibu bertanggungjawab mengatur perbelanjaan dapur dan peranan itu semakin dituntut ketika masyarakat menghadapi peningkatan kos sara hidup sekarang.

Percaya atau tidak, bebanan itu dirasai oleh semua peringkat termasuk isteri-isteri pemimpin dalam kerajaan dan mereka berkongsi tip dengan Bernama bagi membantu golongan suri berbelanja secara berhemat.

Bagi Datin Rohkiah Abdul Samat, isteri Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Tajuddin Abdul Rahman, kawasan sekitar rumah dimanfaatkannya dengan menanam cili padi, kunyit, serai, daun pandan dan pokok limau purut.

“Ini antara bahan yang sering kita guna dalam masakan seharian dan jika ditanam sendiri sedikit sebanyak dapat membantu kita berjimat selain lebih segar kerana dipetik sendiri,” katanya kepada Bernama di sini, Isnin.

Pendapat itu dipersetujui oleh Datin Angelina Calestine Ujang, isteri Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Alexander Nanta Linggi, yang menambah kata memasak sendiri juga lebih jimat berbanding makan di luar.

“Kami ini sama sahaja seperti keluarga yang lain dan saya dari dahulu memang sentiasa berjimat dalam perbelanjaan. Setiap hari saya memasak dalam jumlah yang cukup untuk keluarga supaya tidak membazir,” katanya.

Sementara itu Datin Seri Jamilah Mohd Zain, isteri Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya pula berkata antara cara yang digunakannya untuk berjimat ialah dengan membeli ikan secara terus di kawasan pendaratan ikan memandangkan beliau tinggal di Balik Pulau, Pulau Pinang.

“Jika untuk makan keluarga, saya lebih suka memilih ikan biasa berbanding ikan besar yang agak mahal seperti tenggiri yang lazimnya dibeli jika ada tetamu bertandang.

“Yang penting adalah khasiat yang diperoleh daripada makanan itu,” katanya yang turut mengamalkan lebih sayur, herba dan ulam-ulaman dalam menu seharian.

Sementara itu isteri Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Ismail Abd Mutallib, Datin Fatimah Kassim berkata budaya berjimat turut membawanya kepada amalan makan secara sihat iaitu mengurangkan penggunaan minyak masak dan gula dalam masakan.

“Kalau di rumah saya lebih suka rebus atau bakar sahaja ikan. Selain lebih sihat kerana tidak berminyak, rasanya juga lebih enak apabila dimakan dengan nasi panas dan sambal pencicah,” katanya.

Beliau juga membuat perbandingan harga barangan di beberapa kedai berhampiran kediamannya bagi mendapatkan harga terbaik, dan kemudian menjadikan kedai itu sebagai kedai pilihannya.

Sementara itu Datin Asiah Mohd Noor, isteri Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri, berkata beliau lazimnya membeli barangan basah untuk bekalan seminggu kerana langkah itu lebih murah daripada membeli setiap hari.

“Kalau beli seminggu lebih mudah untuk kita susun belanja, kerana kita akan gunakan apa yang ada semasa memasak. Masa memasak pun harus pandai buat anggaran untuk berapa ramai yang mahu makan.

“Tidak perlu makan secara berlebih-lebihan. Di rumah kami juga bersederhana seperti mengamalkan sejenis sayuran untuk setiap hari,” katanya.

1 comment:

  1. Rumah aku rumah teres, keliling simen. Tanah dlm pasu je, itu pun bini aku tanam bunga je.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers