Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 22 February 2014

Kantoi!!!! Bukti Gambar-gambar Teresa Kok Menipu Isu Simbah Cat Di Pejabatnya???


Pada Rabu lepas, Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok kecoh apabila mendapati ruang tangga menghala ke Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh dipenuhi cat berwarna merah dan seekor bangkai ayam.

Kejadian itu mula disedari mula-mula oleh Pengurus Bangunan pejabat Sim Foo Lan pada awal pagi hari kejadian.

Ia dimaklumkan kepada Sim oleh pekerja yang datang untuk membersihkan kawasan itu.

Sim memaklumkan bahawa beliau sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling berkenaan kejadian itu yang dikatakan bukan kali pertama berlaku.

Jurukamera Mynewshub.my Reza Razak, hadir di lokasi kejadian merakamkan dinding dan tangga naik ke pejabat Teresa yang dipenuhi warna merah akibat cat berkenaan.

Selepas diteliti beberapa ketika, penulis mendapati ada beberapa aspek dalam kejadian ini yang begitu mencurigakan berkenaan kesahihan dakwaan Teresa yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan berkenaan kejadian itu.

Mari kita lihat aspek mencurigakan itu satu-persatu :-

Pintu Jeriji Besi BERSIH Tanpa Kesan Cat Merah

Kejadian dikatakan berlaku pada awal pagi dan pastinya ketika kejadian pintu jeriji besi untuk masuk ke tangga untuk naik ke pejabat Teresa terkunci kerana tiada sesiapa yang bertugas pada waktu itu.

Cat merah itu sudah pasti disimbah oleh suspek dan BUKAN ‘dituang’ ke tangga pejabat Teresa itu.

Si pelaku juga pasti berada dalam keadaan takut dan kelam-kabut kerana mahu melakukan ‘kerja’ itu dengan secepat mungkin kerana bimbang dilihat oleh orang awam.

Jika cat itu ‘disimbah’ dan jeriji besi berkunci, pastinya akan ada percikan cat merah pada jeriji besi dan juga di beberapa kawasan diluar pintu berkenaan kerana simbahan yang dilakukan dalam keadaan gemuruh itu.

Jika diteliti pada gambar ini, jeriji besi hitam itu bersih dan berkilat seperti tiada apa-apa simbahan yang berlaku.



Kesan Percikan Cat Yang Tidak Konsisten

Semasa tinjauan Riza, jurukamera kami turut merakamkan beberapa video keadaan pintu jeriji besi dan juga dinding di tangga yang dipenuhi cat berkenaan.

Penulis melihat kesan percikan yang sepatutnya menuju ke atas dinding jika disimbah dari bawah tidak kelihatan sebaliknya percikan cat itu dilihat lebih konsisten dengan si pelaku melakukannya dari atas tangga dari dalam jeriji besi bukannya dari luar.

Jika ia dilakukan dari dalam bagi mengelakkan jeriji berkenaan, percikan cat tidak akan menjadi terkumpul sebegitu rupa kerana pastinya tin cat itu akan terlanggar lubang jeriji yang kecil tamabahan pula si pelaku dalam keadaan gemuruh dan ketakutan.


Selain itu, cat dilihat meleleh dari atas ke bawah kerana tompokan cat lebih banyak di bawah berbanding di atas tangga. Jika ia disimbah dari luar jeriji, pastinya kawasan tangga di sebelah kesan cat turut dikotori percikan cat merah namun ia kelihatan bersih.


Kesan Cat Yang Terlalu Tinggi Di Dinding

Jika dilihat pada percikan cat di bahagian dinding di kawasan tangga berkenaan, percikannya dilihat berada tinggi hampir pada siling. Jika ia dilakukan dari luar pintu jeriji, pastinya ada kesan simbahan cat pada jeriji seperti yang diperkatakan tadi.

Jika si pelaku ingin mengelakkan kesan cat terkena jeriji itu, individu itu memegang tin cat bersama kedua-dua tangan menerusi lubang jeriji dan menyimbahnya ke dinding. Percikan cat tidak akan boleh mencapai setinggi itu kerana si pelaku tidak mempunyai cukup tenaga untuk membuat simbahan kerana besi di lubang jeriji itu menganggu pergerakan tangannya.

Percikan seumpama itu lebih konsisten dengan jika si pelaku berada di atas tangga dan menyimbah cat terus ke dinding dengan memegang tin cat dengan kedua-dua tangan, pasti percikan akan mencecah setinggi itu.


Lokasi Pejabat Pusat Khidmat Ahli Parlimen Seputeh

Mynewshub.my difahamkan lokasi pejabat Teresa terletak di antara beberapa buah restoran makanan cina di Seri Desa Entepeneur Park, Off Jalan Kuchai Lama itu mungkin menyukarkan seseorang untuk melakukan perbuatan sebegitu tanpa disedari orang ramai.

Beberapa buah blog lain turut sama memperkatakan mengenai aspek-aspek mencurigakan ini berkenaan kesahihan kejadian ini.

Adakah ia betul dilakukan oleh orang lain atau ada orang ‘dalam’ terlibat dalam melakukan perkara ini seterusnya membolehkan Teresa menyalahkan pihak lain dalam isu ini.

Penulis menyertakan sekali video rakaman jurukamera Mynewshub.my ketika melakukan liputan kejadian ini.

Apappun pihak Teresa sudah pun membuat laporan polis berkenaan hal ini, dan kita tunggu hasil siasatan pihak polis berkenaan kes cat merah di pejabat DAP berkenaan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers