Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 5 March 2014

Anwar Kutuk Daim Manusia Paling Korup, Anwar Plak Jenis Apa????


Anwar.... Anwar... Daim... Daim... korang berdua nie macam pepatah orang tua "bila keladi kata biras tu gatal... biras plak kata keladi yang gatal... sebenarnya dua-dua pun sama gatal..." Benda ni timbul semalam bila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan mungkin membalas kenyataan Daim sebelum ini yang mengecam Anwar sebagai ketua dan pemimpin yang tak boleh pakai terutama dalam hal ehwal kewangan semasa Anwar pernah menjadi Timbalan Menteri Kewangan yang hanya berlatarbelakangkan pendidikan dengan hanya berkelulusan pengajian Melayu seperti kenyataan Daim di bawah : 

Daim pernah menjadi Menteri Kewangan dua kali. Dalam satu wawancara bersama Berita Harian, Tun Daim memberitahu, sewaktu Anwar menjawat jawatan Timbalan Menteri Kewangan, beliau sering meminta khidmat daripada beliau. 
Menurut Daim, Anwar hanyalah graduan berkelulusan pengajian Melayu.
"Anwar sering ke rumah saya untuk meminta nasihat mengenai perkara berkaitan Kementerian Kewangan. 
"Tun Daim menteri kewangan sebelum saya, manusia yang paling korup rasuah dalam sejarah Malaysia, saya ambil (jawatan menteri kewangan) selepas dia.

Mungkin terasa hati dengan kenyataan dari Daim ini maka Anwar membuat kenyataan balas dalam KeadilanDaily yang melondehkan segala kekayaan yang dimiliki oleh Daim hasil dari rompakan beliau semasa memegang jawatan dalam kabinet dan kerajaan. Bagaimana Daim menggunakan kedudukan beliau dalam kerajaan bagi mengaut kekayaan negara dan menyimpannya di luar negara seperti apa yang didakwa oleh Anwar di bawah :

"Lepas jadi Menteri Mewangan (ada) puluh bilion ringgit. Bank di Afrika, bank di Eropah Timur untuk simpan duit dengan menggunakan proksi, " katanya. 
"Kalau kamu buat 'open study' (kajian terbuka) boleh tahu macam mana dia punggah kekayaan negara ini," kata Anwar

Nampaknya "Clash of the Titans" makin berlarutan dan makin parah. Entah apa yang Daim dah buat hingga Anwar marah sangat sebab kalau dilihat kedua-duanya pun bukan betul sangat. Sorang gila harta kekayaan sorang lagi gila jawatan mengalahkan orang gila isim plak....

1 comment:

  1. Dua-dua gila cuma bezanya seorang tu gila tak kacau orang. Yang se ekoq lagi tu boleh hancur melayu dan islam dibuat nya!!!!!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers