Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 7 March 2014

PM Lebih Sayangkan Ekonomi Negara Daripada Populariti Macam Pemimpin Pakatan!!! @NajibRazak


"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya," itu penjelasan berterus-terang Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Itulah yang sedang PM lakukan ibarat "menjadi lilin membakar diri agar terang sekeliling". Melakukan keputusan yang paling pedih dan tidak popular tapi tetap beliau lakukan demi sayang beliau kepada ekonomi negara. Sekalipun tindakan Najib bukanlah berbentuk tindakan yang popular seperti perlaksaan menghapuskan subsidi beberapa barangan, memperkenalkan cukai barang dan perkhidmatan (GST). Apa yang dilakukan oleh PM adalah semata-mata menjaga kepentingan negara dan bukannya semata-mata melakukan sesuatu keputusan sekadar untuk meraih populariti sahaja seperti apa yang dilakukan oleh pemimpin pembangkang dan bukan populariti jangka pendek sahaja.
"kepimpinan adalah membuat apa yang betul, bukan apa yang mudah, dan keputusan salah akan merencatkan pembangunan Malaysia." 
"Saya memilih untuk menjaga kepentingan jangka penting negara, mengatasi populariti jangka pendek saya. Dan saya yakin perubahan ini akan berjaya. Rekod ekonomi kita membuktikannya,"

Najib yang mengambil peluang ini untuk bercakap terus kepada rakyat, Perdana Menteri menjelaskan secara terperinci beberapa isu utama, termasuk pentingnya untuk melaksanakan subsidi bersasar, usaha untuk memerangi rasuah, pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan menarik pelaburan asing. 
"Jika ekonomi mahu terus berkembang kukuh, kita bukan sahaja perlu mengurangkan perbelanjaan tidak produktif, malah meluaskan aliran pendapatan, yang membolehkan kita melabur pada masa depan." 
"GST (yang akan diperkenal pada April 2015) akan membolehkan kita untuk meningkatkan perbelanjaan pembangunan. Daripada memberi subsidi, kita boleh membelanjakan lebih banyak wang untuk pelaburan produktif - ke atas infrastruktur, sekolah dan penjagaan kesihatan,"
Sumber : SILA KLIK SINI

Najib bagaimanapun berkata kemajuan perlu dibayar pada harga yang tinggi iaitu dalam bentuk perbelanjaan subsidi kerajaan yang meningkat, dengan kerajaan membelanjakan kira-kira 15 peratus bajet 2010 ke atas subsidi dan insentif, meningkat kepada 21.4 peratus atau RM44 bilion pada 2012.
Pada 2009, defisit bajet negara - jurang antara jumlah yang diperoleh dan jumlah yang dibelanjakan - sebanyak enam peratus, dengan kos subsidi antara faktor yang meningkatkan defisit, kata Najib.Untuk terus membantu rakyat Malaysia menangani kos sara hidup, Najib berkata RM40 bilion akan dibelanjakan tahun ini untuk subsidi makanan, bahan api dan pendidikan, untuk membantu isi rumah berpendapatan rendah.
Beliau juga berkata dalam tempoh lima tahun akan datang, jumlah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) akan dinaikkan kepada RM1,200 bagi membantu menampung kos hidup yang semakin meningkat.
Kerajaan pula mengurangkan penggunaan elektrik sebanyak lima peratus, menurunkan kos pengangkutan, selain mengurangkan bajet keraian untuk menteri.
Najib juga berkata kerajaan juga mempergiat usaha memerangi rasuah dengan berkata memerangi punca merupakan antara keutamaannya.
"Namun kita mesti jujur. Kita tidak boleh petik jari dan rasuah akan terhapus dalam masa sehari. Dan oleh itu kita mesti tangani rasuah, menyusun semula subsidi dan memperkenal GST untuk menjadikan bajet seimbang," katanya.
GST ialah cukai enam peratus ke atas barang dan perkhidmatan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada sebanyak 16 peratus.
Sumber : SILA KLIK SINI

Tapi apa yang dilakukan oleh PM mesti akan dipandang negatif dan buruk di mata pemimpin pembangkang dan macai-macainya walaupun hakikat sebenar perkara tersebut merupakan benda yang betul dan baik. Pasti tindakan PM yang lebih mengambil berat soal ekonomi berbanding membuat keputusan yang boleh memberi populariti lebih seperti apa yang suka dilakukan oleh pemimpin pembangkang. Buat betul pun salah, bulat salah lagi la puak-puak takda otak ni balun.

Jom layan jawapan PM pasal GST seperti yang difitnah pembangkang :


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menegaskan, Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015, bukanlah cukai tambahan baru, sebaliknya ia menggantikan cukai jualan dan cukai perkhidmatan yang bakal dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, hakikat kepentingan GST terhadap ketahanan dan keteguhan ekonomi negara, dipusing dan dipesong faktanya oleh pihak pembangkang.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers