Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 24 March 2014

Sah...!!!! Ini Bukti Raja Bomoh Pengikut Setia Anwar Ibrahim.. Kantoi Sudah..#MH370


Daripada banyak isu berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur-Beijing, 8 Mac lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya berminat isu penglibatan Raja Bomoh Sedunia.

Bomoh tersebut bernama Ibrahim Mat Zin, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 10 Mac, menggunakan amalan ritual, menggunakan mata kail dan binokular bambu, kononnya untuk mencari menjejaki pesawat berkenaan.

Kemunculan ‘Raja Bomoh’ menjadikan asas untuk Anwar bersuara, setelah sekian lama berdiam diri dalam isu tersebut.

“Siapa bayar bomoh 1Malaysia?” soal Anwar dengan memberi label penjenamaan yang berkaitan program 1Malaysia yang disinonimkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sedangkan bomoh itu mendakwa dirinya sebagai ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP,’ namun Anwar menterbalikkan menjadi ‘bomoh 1Malaysia.’

Sekaligus, Anwar mahu mengalih isu daripada usaha mencari dan menjejaki pesawat itu kepada isu Raja Bomoh.

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

Sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) lalu melaporkan Raja Bomoh yang sama meramalkan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar dapat memenangi PRU 13.

Raja Bomoh Ibrahim meramalkan berdasarkan tilikannya PR telah mendahului BN sebanyak 65 peratus dan bakal memenangi PRU 13, namun ramalannya meleset apabila BN masih mengekalkan kemenangannya dalam PRU tersebut.

Namun, saluran youtube Utara News mendedahkan Raja Bomoh Ibrahim sudah berkait dengan Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 apabila khidmat Raja Bomoh itu dipanggil untuk memagar kawasan mahkamah daripada ‘anasir luar’ ketika perbicaraan kes Anwar sedang dilakukan.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers