Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 25 April 2014

"BERJUDI" Adalah Tuduhan Tak Berasas Menteri Wilayah Kepada Penerima BR1M!!! @NajibRazak


Tuduhan Menteri Wilayah, Tengku Adnan Mansor atau Ku Nan terhadap penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang menggunakan wang yang diberi oleh kerajaan untuk "BERJUDI" adalah satu tuduhan yang tidak berasas dan lebih kepada tuduhan mengikut perasaan sahaja. Tujuan sebenar pemberian BR1M kepada rakyat adalah untuk rakyat menggunakannya bagi mengurangkan beban masalah seperti kenaikan harga barang dan mengembalikan pengurangan subsidi yang dilakukan oleh kerajaan kembali kepada rakyat.

Adalah tidak adil jika Ku Nan menuduh seolah-olah hampir semua penerima BR1M itu menggunakan wang yang diterima untuk berjudi. Atas asas dan statistik manakah Ku Nan membuat rujukan. Adakah rujukan ini diperolehi dari Polis DiRaja Malaysia atau beliau sekadar memperolehinya daripada pegawai beliau sahaja yang mungkin buat kerja seperti "melepaskan batuk di tangga". Daripada berpuluh ribu penerima BR1M pada tahun ini bolehkah Ku Nan "TOLONG" bagi statistik berapa ramai penerima BR1M yang menghabiskan bantuan tersebut untuk berjudi. Berapa peratus yang menghabiskan duit tersebut untuk berjudi???? Memang tidak dinafikan mungkin terdapat segelintir kecil bahkan mungkin kurang dari 1% penerima BR1M yang menyalahgunakan bantuan tersebut dengan berjudi kerana "rambut sama hitam, tapi hati lain-lain" mana mungkin semua buat baik. Tapi jika majoriti penerima BR1M menggunakan wang bantuan tersebut dengan cara baik dan secara tidak langsung menjana perkembangan ekonomi negara adalah TIDAK BENAR sama sekali dakwaan dari seorang yang bergelar Menteri kerana sepatutnya setiap kenyataan beliau adalah bersandarkan fakta bukan auta.

“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).

“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,”


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata beliau kesal ramai penerima menggunakan bantuan itu untuk tujuan salah termasuk berjudi.
“Dapat sahaja BR1M, kafe siber di ibu kota ini penuh. Kenapa? Ramai yang pergi main judi (dalam talian).
“Kompleks beli belah penuh, semua pergi shopping macam-macam yang tak patut,” katanya ketika berucap pada majlis penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang (APC) Wilayah Persekutuan 2014 di sini, hari ini.
Sehubungan itu, Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung Barisan Nasional turut membayangkan pembayaran BR1M pada masa akan datang dibuat secara bulanan untuk memastikan bantuan itu diguna sebaik-baiknya.
“Kita masukkan BR1M ini dalam akaun penerima, bila sampai masanya baru mereka akan keluarkan wang itu,” katanya.
Sumber : MyNewsHub Bernama 

Makin lama makin melalut beberapa kenyataan dari Menteri Wilayah ini yang akhirnya akan memberi kesan kepada kerajaan BN pimpinan Datuk Seri Najib. Ia juga seperti memberi "bola tanggung" kepada pembangkang untuk "membalun" BR1M yang kini sudah mula diterima baik oleh rakyat jelata. Sudahlah kerajaan tak menang tangan nak menjawab tohmahan pembangkang pasal GST, ini nak ditambah pula dengan dengan kenyataan entah hapa-hapa pasal BR1M.

p/s : ramai la plak nanti yang melompat bila baca artikel ni... ramai la plak nanti yang call tanya sebab apa keluar artikel... ramai la plak nanti.... -to be continue-

3 comments:

  1. Ada kebenarannya dakwaan Ku nan tu sebab di kawasan Klang memang ramai sangat yang berjudi siber dan kelompok India juga ada yang berterusan meminum arak murah. Bantuan @RM100 untuk anak yang bersekolah juga dibelanja untuk mendapatkan minuman arak. Secara rawak mungkin 30 % menyalah gunakan pemberian BR1M..

    ReplyDelete
  2. Oghang bangang je berjudi... lain tidak ! Kenapa tidak buat kaji selidik ? Jika berfakta, rekod nama mereka dan gugurkan untuk pemberian akan datang. Orang-orang sokong pembangkang pun teruja dengan bantuan BR1M. Ada muka tak malu tuntut bayaran berganda...he.he...lepas tu ludah dan kahakkan kerajaan.Akhir nya fitnahkan semus salah Umno ! Anuastyle ... kata Nalla....

    Duit di beri sudah tentu mengisi keperluan individu dan keluarga. Ini yang logik nya.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers