Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 27 September 2014

@KadirJasin Meroyan Lagi Mahu Jadi Hero Isu Kritikan Tun M Terhadap @NajibRazak???


sekali lagi Kadir A. Jasin wartawan pencen cuba mencuri tumpuan media dengan kenyataan terbarunya mendakwa telah berjumpa dengan Tun M awal bulan ini sehingga membawa kepada penghantaran surat mengkritik kelemahan UMNO dan pentadbiran Najib Razak oleh mantan Perdana Menteri itu namun diminta menarik balik surat tersebut. Kenyataan ini jelas mahu menunjukkan bahawa kesan daripada pertemuan wartawan pencen dengan Tun M itulah terhasilnya surat kritikan tersebut dan secara tidak langsung Kadir Jasin mahu menunjukkan bahawa beliaulah hero dalam soal ini.

Yang menghairankan kenapa sekarang blogger-blogger pro Tun M ini tetiba menyokong Pak Lah dalam soal ini sedang satu malaya tahu kumpulan blogger pro Tun M inilah antara kumpulan yang kuat membalun pentadbiran Pak Lah ketika beliau menjadi PM termasuk sehingga tergamak mengaitkan Khairy yang merupakan menantu Pak Lah dalam usaha mahu menjatuhkan pentadbiran Pak Lah ketika itu. Inilah sifat sebenar blogger-blogger pro Tun M ini yang sanggup melakukan apa saja asal dapat mencapai tujuan dan niat jahat mereka. Merekalah yang menjatuhkan Pak Lah dan kini mereka sanggup menjilat semula Pak Lah demi niat jahat mahu memberikan persepsi buruk kepada

Namun hakikat sebenarnya kepimpinan Najib dalam mengetuai bahtera UMNO sebagai presiden parti masih utuh dan hal ini dibuktikan jauh lebih awal daripada pertemuan Kadir Jasin dengan Tun M apabila Perdana Menteri terlebih dahulu bertemu dengan 170 Ketua Bahagian dari 191 bahagian UMNO. Dan dalam pertemuan tersebut kesemua Ketua Bahagian melahirkan sokongan padu dan jitu terhadap kepimpinan Najib. Maka tidak timbul soal kelemahan Najib dalam menerajui UMNO sehingga kononnya wujud rasa tidak puas hati atau mahukan Najib berundur seperti mana yang berlaku kepada Pak Lah terdahulu.

Keadaan jelas menunjukkan seorang lagi blogger Tun M melakukan penipuan besar selepas blogger SyedOutsideTheBox kantoi dengan fitnah pertemuan Ketua Bahagian yang hanya 70 bahagian sahaja bertemu Najib sedangkan fakta sebenarnya kesemua 170 Ketua Bahagian sendiri mengambil inisiatif mahu berjumpa Najib bagi menyatakan sokongan padu terhadap beliau dan bukan sebaliknya seperti yang cuba di"spin" blogger pemfitnah pro Tun M dan dimanipulasi pula oleh media pembangkang seperti Malaysiakini.

5 comments:

  1. Adakah yakin dengan kenyataan anda berkenaan Najib & UMNO, tetapi adakah ini merupakan realiti kepada majoriti yang tidak terlibat secara langsung dengan politik, UMNO & pentadbiran?

    ReplyDelete
  2. Anda selaku blogger pro Najib pun tak perlulah menabur fitnah tanpa usul periksa. Blogger cari makan murahan seperti anda pun bercambah di Malaysia !

    ReplyDelete
  3. 170 ketua bahagian isytihar sokong Najib?....akar umbi belum tentu beb.
    Lain kali kalau nak tahu tahap sokongan, tanya kumpulan bawahan atau akar umbi yang bergelut dgn serba kepayahan hidup tu,...bukan tanya ketua-ketua bahagian yg kenyang dgn kemewahan!

    ReplyDelete
  4. fuck you kulaan taik!!!! puiiii!

    ReplyDelete
  5. Pasal apa tak tanya Boss atau sesiapa di PMO samada semua kekusaran yang Pak Kadiaq dan Syed tulis itu betul atau tidak? Apa manafaat kepada rakyat, di hapuskan ISA dan EO. Lepas semua gengster di Simpang Renggam. Bila jenayah meningkat, arah Polis tangkap balik. Ni nak ganti Akta Hasutan pulak. Kula sokong?

    Jawab la elok-elok. Ada ke 1MDB simpan duit rakyat di Cayman Island?
    Khazanah dah ada, buat apa dengan 1MDB?

    Jawab lah elok-elok. Tak perlu lah kata wartawan pencen ke apa. Label mereka sebagai blogger Dr.M. (Syed bukan sokong Proton pun. Kutuk lagi, ada). Fitnah mengatakan mereka 'menjilat' Pak Lah. Ini akan hanya memburukkan keadaan. Mereka juga penyokong BN dan mahu membetulkan dan memperkuatkan UMNO sebelum PRU14. Saya pun sama.

    Ait. Bela menantu Pak Lah pula. PAU 2009, bukan kah hampir kesemua perwaklian, boo KJ dan teriak: Rasuah, Rasuah, Rasuah, di PWTC. Perkasa pun haramjadah ni tak sokong.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers