Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday 23 January 2015

Sek Men Agama Darul Naim Terima Sumbangan NGO Sahabat Media Selangor??? @NohOmar #DSNO #SMS


Semalam NGO Sahabat Media Selangor telah berjaya menghantar bantuan Fasa Ke2 Misi Bantuan Mangsa Pasca Banjir Pahang ke Sekolah Menengah Agama Darul Naim Kuala Krau yang terjejas terus terlibat dengan bencana banjir besar baru-baru ini. Sekolah ini di bawah seliaan dan pemantauan Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) yang rosak teruk akibat banjir yang memusnahkan hampir kesemua harta benda pelajar dan sekolah. Lantaran itu Sahabat Media Selangor mengambil inisiatif menghantar sukarelawan dan bantuan seperti katil, tilam dan almari agar dapat digunakan oleh sekolah dan pelajar yang terpaksa tinggal di lantai dan berkongsi kemudahan penginapan di asrama. Sumbangan ini juga hasil sumbangan Kolej Pendita Zaaba Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi yang turut membantu menderma katil, tilam dan almari pelajar. 

Penghantaran ini merupakan penghantaran bantuan kali ke2 sama seperti penghantaran bantuan sebelum ini yang mendapat permintaan daripada pihak sekolah terutama Pengetua dan guru-guru. Turut sama membantu penghantaran bantuan ini adalah Ahli Parlimen Kuala Krau, YB Dato' Haji Ismail bin Mohamed Said yang turut menanggung perbelanjaan pengangkutan seperti lori yang mengangkut barang bantuan kali ini.

Kepada mereka-mereka di luar sana yang terdiri daripada individu persendirian, syarikat swasta, GLC dan sesiapa sahaja yang turut mahu memberi sumbangan kepada mangsa banjir di seluruh negara bolehlah membuat demikian dengan menghubungi sekreteriat dan urusetia Sahabat Media Selangor di KLIK SINI. Segala sumbangan anda bagi meringankan beban mangsa banjir amat dihargai dan semoga hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.














 






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers