Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts
Showing posts with label Husam Musa. Show all posts

Sunday, 5 May 2013

Keputusan Terkini!!! Husam Akhirnya Tersungkur Di Putrajaya????... @TengkuAdnanReal


Keputusan Tidak Rasmi Undi PDM Metropolitan P9

SALURAN 1
BN : 232
PAS : 73
UNDI ROSAK : 1

SALURAN 2
BN : 467
PAS :153
UNDI ROSAK :1

SALURAN 3
BN : 459
PAS : 161
UNDI ROSAK : 1

Gempar!!! Betul Ker Husam Dah Kawin Dengan Abby Abadi????... @Abby_Abadi112


Biar betul citer member gua nie??? Lepas gua habis membuang undi kat Pusat Mengundi Metropolitan Presint 9 Putrajaya gua terserempak dengan seorang sahabat yang juga pengundi Putrajaya.

Dia dok kata semalam masa Dr. Hasan Ali datang berceramah kat PDM Metropolitan Presint 9, Dr. Hassan ada hint-hint pasal Husam sebok dok kawin ngan artis Pas. Risik punya risik gossip konon Abby dah kawin dengan Husam sebelum penamaan calon tapi kebenarannya dan kesahihannya masih dicari.

Kalo betul la story nie mesti meletop punya. Melodi kena cover ambik statement si Abby nie betul ker tak. Abby kata Pas tak pernah ajar menipu. Kita nak tengok gak Abby nie cakap betul ker or sama jer ngan pemimpin Pas lain kaki penipu.

p/s : kalo korang pembaca ada info yang tepat dan benar... syer-syer jer ngan gua...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, 4 May 2013

Gempar!!! Pas Bayar RM1K Kalo Pengundi Putrajaya Tunjuk Kertas Undi Kosong Esok????...


Biar betul print screen yang gua dapat nie. Member gua hantar tadi selepas beliau dapat sms ni daripada nombor telefon yang tidak dikenali.

Antara bunyi sms nie :

"Salam perjuangan, masa untuk menawan Putrajaya semakin hampir. Kami menawarkan RM1,000 untuk setiap satu kertas undi kosong, sila tunjuk kertas kosong pada Ketua Peti Undi Pas untuk dapatkan wang anda. Jihad untuk Islam"

Wah! Pas pun dah main duit gak. Kali nie lagi teruk permainan kotor Pas nie bukan setakat kategori pancing undi. Ni dah kira beli undi dah ni. Rasuah politik ni.

Memang betul apa yang gua dengar daripada sahabat-sahabat gua di Putrajaya yang Husam nie memang kaya dengan bisnes Jamnapari dan jual-beli tanah kat Kelantan. Sebab tu Pas boleh main bayar sampai riban-riban kat pengundi Putrajaya semata-mata nak duduk kerusi Putrajaya.

Sapa kata BN main kotor. Rupa-rupanya orang yang suka dok mengata dan memfitnah orang ni lagi teruk dan keji perbuatan mereka. Wei! Orang Pas, "matlamat tidak menghalalkan cara" dan Islam tak pernah ajar siasah macam ni la.
Oleh sebab itu, kepada semua pengundi Putrajaya gua nak pesan agar jangan terpedaya dengan janji-janji manis Pas bak menanam tebu dibibir. Silap perhitungan mau menyesal nanti seumur hidup.

p/s : boleh tahan Pas nie banyak duit... Mana datangnya sumber kewangan nie kalo bukan daripada hasil negeri yang diperintah Pakatan Rakyat. Puuuuuiiiihh!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 30 April 2013

Tun M : Siapa Husam Untuk Rampas Putrajaya!!!!... @TengkuAdnanReal


“Tarikh 5 Mei pastikan calon Pas Parlimen Putrajaya, Datuk Husam Musa dikalahkan habis-habisan.’

“Lagipun, apakah sumbangan Husam dan (Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) kepada Putrajaya? Kita bina dengan sempurna tiba-tiba datang nak tawan,” demikianlah ingatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed kepada pengundi Putrajaya.

Menurut Dr Mahathir, rakyat dan pengundi di Putrajaya tidak boleh mempercayai individu dan pakatan seperti ini sepatutnya beliau (Husam) pulang ke Kelantan dan perbetulkan negerinya terlebih dahulu sebelum dia berangan-angan ingin merampas kota pentadbiran negara, Putrajaya.

“Saya datang ke sini kerana pernah bekerja di sini (Putrajaya) sebagai Perdana Menteri. Saya datang malam ini sebab saya ingin berusaha bersungguh-sungguh supaya Putrajaya ini tidak terlepas ke tangan orang yang tidak layak.

“Nak jaga dan tadbir Kelantan pun tidak tahu. Kelantan itu tempat kamu betulkan dulu tempat kamu, tirulah presint-presint di Putrajaya dahulu , bina pejabat dan rumah-rumah yang sempurna untuk rakyat dan penjawat awam di sana dahulu, bila dah berjaya buktikan bolehlah minta diberi peluang untuk bekerja di sini tetapi bukanlah sebagai Perdana Menteri, “ katanya ketika menyampaikan Ceramah Umum dan Ramah Mesra bertajuk ‘Pertahankan Putrajaya’.

Friday, 26 April 2013

Kantoi!!! Husam Kantoi Baca Ayat Al-Quran Salah Masa Ceramah Calon Parlimen Putrajaya???... @tengkuadnanreal





ini bukti yang jelas lagi terang bagaimana seorang yang kononnya dipanggil ustaz pun tidak menjaga bacaan Al-Quran...

ia berlaku ketika ceramah Husam di Pinggiran Putra 17 April yang lalu...

cuba korang imagine... Naib Presiden Parti Islam pun baca tak betul... apatah lagi anak buah...

Saturday, 20 April 2013

Terkini!!! Putrajaya P125 Sah Ku Nan vs Husam... Clash of The Titan...





Pagi tadi jam 11 pagi bertempat di Kompleks Kejiranan Presint 9, secara sah SPR mengumumkan nama calon yang bertanding di Parlimen P125 Putrajaya. Pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tengku Adnan yang mesra dengan panggilan Ku Nan oleh penduduk Putrajaya bakal menentang muka baru dari Pas, Husam Musa.

Pertandingan ini sudah dijangkakan walaupun ada desas-desus Putrajaya juga akan ditandingi oleh calon bebas yang tak boleh KN dedahkan di sini.

Sejak jam 7.30 pagi lagi penyokong kedua-dua belah pihak sudah mula berkumpul di beberapa tempat. Namun begitu, pihak polis telah bertindak dengan bijak bila menyusun pergerakan penyokong kedua-dua parti agar tidak bertembung secara tidak langsung dapat mengelakkan provokasi.

p/s : nantikan cerita insiden provokasi penyokong Pas dan BN sewaktu habis penamaan calon yang hampir mencetuskan pergaduhan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, 19 April 2013

Panas!!! Husam Terkedu Takda Jawapan Bila Penduduk Putrajaya Tanya Pasal Kambing????... @TengkuAdnanReal


Petang semalam bertempat di Putra Harmoni atau lebih dikenali sebagai Flat Hijau, Husam telah buat majlis bertemu rakyat atau pengundi Putrajaya.

Memang satu Putrajaya dah arif sangat kat Flat Hijau ini merupakan kawasan perumahan mampu milik atau dengan kata lain bukan kuarters la. Dan kebanyakkan yang tinggal di situ adalah bukan kakitangan awam tapi mereka-mereka yang kerja di sektor swasta memiliki atau menyewa kediaman di situ.

Memang semua dah tau kebanyakkan yang menetap di Flat Hijau adalah anak-anak Kelantan tapi harus diingat bukan semua anak Kelantan itu orang Pas.

Thursday, 18 April 2013

Biar Betul Husam Dihalau Jemaah Surau Di Putrajaya Sebab Nak Bagi Tazkirah Politik????... @tengkuadnanreal @tunfaisal


Maghrib semalam sebelum program ceramah Husam dan Hadi Awang di Taman Pinggiran Putra, Husam singgah tumpang sembahyang Maghrib di Surau Putra Damai.

Selesai solat Maghrib beliau memperkenalkan dirinya sebagai calon Pas yang akan bertanding menentang Ku Nan di Putrajaya. Selesai sesi memperkenalkan diri, Husam mula memberi tazkirah kepada jemaah surau sekitar 50 orang. Pada mulanya tazkirah agama kemudian mula melalut ke politik yang disulam-selikan dengan beberapa isu yang kurang benar mengenai topografi politik Putrajaya dan isu-isu setempat yang kurang tepat serta sebahagian besarnya sudah diselesaikan oleh Ahli Parlimen Putrajaya, Ku Nan.

Akibat tidak selesa dengan tazkirah yang sudah mula menyelit cerita politik, sebahagian besar jemaah mula melahirkan rasa tidak puas hati sebab pada asalnya konon mahu memberi tazkirah agama. Keadaan menjadi semakin tegang bila sebahagian besar jemaah mula memberi signal kepada Husam agar menghentikan tazkirahnya.

Merasakan tazkirah beliau mula tidak disenangi jemaah, Husam mengambil tindakan meninggalkan surau dengan tergesa-gesa tanpa sempat menunaikan solat Isyak seperti yang mahu dilakukan beliau sebelum ini. Ini jelas menunjukkan pemimpin Pas yang kononnya tinggi agama bukanlah mahu mengajar tentang Islam kepada jemaah surau atau masjid tapi cuba mengambil kesempatan menggunakan Rumah Allah sebagai platform politik peribadi sahaja. Inikah ciri pemimpin yang kita mahukan di Putrajaya.

p/s : tolak Husam sebagai Ahli Parlimen Putrajaya...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 15 April 2013

Gempar!!! Gambar Cai2 Husam Guna Jalan Terakhir Bakar Bendera BN Di Putrajaya??? @TengkuAdnanReal


Kurang ajar... memang kurang ajar... ini semua cara penakut bacul buat kerja dek kerana terdesak dengan tekanan... 

Semalam ketika sebahagian besar penduduk Putrajaya mengambil peluang sempena cuti hujung minggu berehat di kediaman masing-masing, cai-cai Pas anak buah Husam Musa calon Pas yang kononnya mempunyai keperibadian keIslaman membenarkan, membenarkan dan mendiamkan diri sahaja apabila anak buahnya bertindak gila membakar bendera parti lawan. Insiden ini berlaku sekitar tengahari bila bendera BN yang berkibar megah di tepi jalan Sekolah Presint 8 (2) dibakar.

Tindakan bodoh cai-cai pas nie dilakukan tanpa berfikir panjang kononnya mereka dapat melepaskan diri daripada dikesan. Sebab itu mereka yang melakukan kerja bodoh ini disyaki bukan daripada kalangan penduduk atau penyokong Pas dari kalangan orang Putrajaya tetapi perbuatan ini dilakukan oleh mereka-mereka dari luar Putrajaya. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka berjaya dirakamkan oleh CCTV milik Perbadanan Putrajaya yang dipasang di sekitar kawasan kejadian.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Putrajaya mengenai insiden biadap cai-cai Pas ni. Perbuatan ini juga kurang disenangi penduduk setempat apabila kehadiran pembangkang di Putrajaya cuba memperkenalkan budaya liar dan biadap ke dalam masyarakat Putrajaya yang selama ini hidup dalam harmoni.

Cerita penuh mengenai insiden ini boleh KLIK SINI 

Kat bawah ni adalah sebahagian daripada gambar-bendera BN yang dibakar tersebut...

Saturday, 13 April 2013

Panas!!! Penyokong Husam Mula Cari Gaduh Dengan Penduduk Putrajaya????... @TengkuAdnanReal @TanSriAseh @AliHamsa55


Macam yang KN jangkakan Putrajaya bakal berlakunya pertumpahan darah antara penyokong tegar BN yang memang merupakan kubu kuat BN dengan penyokong totok membuta-tuli Pas. Semua ini mula berlaku bila saja Pakatan Rakyat mencalonkanHusam bertanding di Putrajaya.

Malam tadi sekumpulan 30 cai-cai Pas menyerang markas BN di Putra Harmoni dengan alasan kononnya bendera mereka dicabut petugas BN. Cai-cai Pas mula membuat bising dan mengganggu ketenteraman awam penduduk setempat disamping melanggar peraturan lalulintas.

Bila diminta menunjukkan bukti terdiam pula. Dah takda bukti nak bagi kata petugas BN yang cabut bendera mereka. Itulah stail cai-cai PR tuduh orang macam-macam tapi bukti takda.

Beberapa orang geng huru-hara ini dikesan adalah penduduk Putrajaya sendiri yang bekerja di Audit Negara dan Mahkamah Putrajaya disamping orang luar yang dikenal pasti penyokong Pas dari kawasan berhampiran Putrajaya.

Lagi cerita penuh boleh KLIK SINI

Friday, 12 April 2013

Gambar!!! : Beribu Penduduk Putrajaya Hadir Ke Ceramah Husam Di Putrajaya???... @NajibRazak @TengkuAdnanreal


Malam tadi bertempat di rumah Datuk Salleh, No 19, Jalan P18H1/6, Presint 18, Putrajaya telah berlangsung ceramah Husam yang pertama dan Pelancaran Gerakerja Pas di P125 Putrajaya dengan dihadiri hanya sekitar 100 org sahaja yang kebanyakkannya jentera import dari luar Putrajaya.

Ini sebahagian daripada gambar yang menunjukkan tidak ramai penduduk Putrajaya hadir ke majlis anjuran Husam seterus memperlihatkan penolakkan penduduk terhadap calon pilihan Pas ini walaupun berjawatan tinggi dalam parti.

p/s : kalo Nik Aziz bertanding kat Putrajaya pun confirm bungkus...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers