Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Kosmo. Show all posts
Showing posts with label Kosmo. Show all posts

Saturday, 17 December 2011

Lepas Air Kelantan Macam MiloSuam, Kini Air Selangor Pula Bakal Jadi MiloSuam...


Persatuan Air Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya (Swan) telah melantik dua jururunding bebas untuk membuat kajian secara terperinci mengenai tahap kualiti dan kuantiti sumber air sungai di negeri ini.

Timbalan Presidennya, Ir. V. Subramaniam berkata, sampel air sungai itu akan diambil daripada 10 muka sauk loji rawatan air antaranya di Loji Rawatan Air Sungai Selangor dan Loji Rawatan Air Sungai Semenyih dekat sini.

Menurutnya, kajian terpaksa dibuat setelah Swan mendapati orang ramai keliru dengan kenyataan bercanggah antara kerajaan negeri, kerajaan Pusat dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) berhubung perkara itu.

“Kerajaan Persekutuan dan Syabas berulang kali melaporkan pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan menghadapi kekurangan air bermula tahun 2014 berdasarkan senario permintaan dan pembekalan air."

Friday, 16 December 2011

Misteri : Susuk Hanyalah Sihir Di Mata Sahaja!!!!....


KERANA mahu cantik manusia sanggup melakukan apa sahaja. Demi menghilangkan kedutan, memutihkan wajah dan melangsingkan tubuh, pengguna di Malaysia pada tahun 2010 sahaja menghabiskan sebanyak RM3.42 bilion untuk membeli produk kecantikan.

Kerana mahu cantik jugalah sejak dahulu sehinggalah pada zaman moden ini susuk masih lagi kuat berlegar dalam masyarakat Melayu.

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka, susuk merujuk kepada jarum emas dan lain-lain logam yang dimasukkan ke dalam badan supaya seseorang itu kelihatan manis atau berseri.

"Jika kita lihat, susuk ini ada beberapa kategori iaitu susuk jenis logam seperti emas, perak dan raksa. Ada juga susuk jenis galian seperti berlian dan jenis organik seperti susu dan air biasa."

"Tapi selalunya susuk yang popular ialah susuk logam seperti susuk emas, perak dan besi. Cara pemakaian kesemua jenis susuk ini sama dengan tujuan selalunya untuk kecantikan," kata Abdul Rahman Hamat, 35, yang merupakan seorang pengamal perubatan Islam.

Sunday, 27 November 2011

Panas!!! Perogol Bersiri Kelantan Yang Sudah Merogol 19 Wanita Akhirnya Tewas Kepada Mangsa Ke 20....

SUSPEK (gambar atas) ditangkap ketika cuba merogol
mangsa ke-20 dalam asrama pekerja yang terletak
di dalam bangunan ini di Kota Bharu kelmarin.
Pemburuan polis Kelantan terhadap seorang lelaki yang dilabelkan sebagai penjenayah seks paling dikehendaki berakhir apabila dia ditangkap oleh orang awam ketika cuba merogol mangsa dalam sebuah asrama di sini kelmarin. 

Gadis berusia dalam lingkungan 20-an itu yang bekerja sebagai jurujual sepatutnya menjadi mangsa ke-20 lelaki tersebut. Namun kegiatan licik suspek yang juga penganggur berusia 29 tahun itu memerangkap diri sendiri apabila suaranya dalam rumah perempuan itu menarik perhatian jiran mangsa yang menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada seorang wanita yang bertugas sebagai penjaga asrama tersebut pada pukul 11.10 pagi kelmarin. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers