Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Showing posts with label Shahrizat. Show all posts
Showing posts with label Shahrizat. Show all posts

Tuesday, 20 August 2013

Pasal Isu NFC, Kak Ijat Tak Takut La Nak Pertahankan Jawatan??? @ShahrizatJalil


Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil tidak gentar untuk berdepan isu Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) membabitkan suaminya pada pertandingan merebut jawatan tertinggi Pergerakan Wanita Umno Oktober ini.

Ketua Wanita Umno itu tidak menolak isu itu akan dimainkan oleh pihak-pihak yang tidak menyokongnya, dan menegaskan beliau tidak gentar dengan perkara itu.

"Yang hendak bertanding adalah saya, Shahrizat Abdul Jalil dan bukannya suami saya (pengerusi eksekutif NFC Datuk Dr) Mohamad Salleh Ismail.

"Suami saya walaupun menghadapi pelbagai tohmahan dan fitnah, beliau tidak dijatuhkan apa-apa hukuman...kita kena ingat dalam dunia ni termasuk Malaysia seseorang itu tidak dianggap bersalah sebelum hukuman dijatuhi," katanya kepada pemberita selepas majlis taklimat pemilihan Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

"Saya tak tahu ia (isu NFC) menjejaskan atau tidak (peluang untuk menang). Pada saya isu ini dah dua tahun dimainkan pembangkang, dan tak ada apa yang Wanita (Umno )tidak tahu. Mereka dah dengar semua, pada saya pilihlah sesiapa yang mereka mahu," katanya.

Friday, 1 June 2012

Wanita UMNO Mahu 3 Pemimpin PKR Memohon Maaf Isu Sharizat Dan NFC...


SHAH ALAM - Wanita Umno mahu Pakatan Rakyat khususnya tiga pemimpin kanan PKR memohon maaf kepada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang telah dibersihkan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) daripada sebarang salah laku rasuah berhubung kes projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).

Ketua Penerangannya, Datuk Hamidah Osman berkata, pengumuman SPRM hari ini juga membuktikan bahawa pihak pembangkang sengaja membuat tuduhan liar bagi mengaitkan Shahrizat dalam isu NFC kerana bermotifkan politik.

"Ini merupakan tindakan yang tidak bertanggungjawab dan penganiayaan besar yang telah dilakukan oleh pihak pembangkang kepada Shahrizat yang telah mencemarkan nama baik beliau serta menjejaskan kredibiliti beliau sebagai seorang menteri dan Ketua Wanita Umno," kata beliau dalam satu kenyataan.

Hamidah yang juga Exco Kerajaan Negeri Perak berkata, beliau merasakan Shahrizat telah menjadi mangsa mainan politik kotor pembangkang.

"Walau bagaimanapun, saya yakin keputusan SPRM ini pasti tidak akan diterima oleh pembangkang kerana itu sudah menjadi sikap mereka.

"Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, mereka akan pasti membuat pelbagai tuduhan lain pula," katanya lagi.

Thursday, 31 May 2012

Mana #rafiziramli Dan Pemimpin UMNO Yang Suruh Sharizat Letak Jawatan Nak Letak Muka???... @NajibRazak


Gua ni tak la berapa ikut sangat isu NFC dengan Kak Ijat ni tapi kadang-kadang tu baca gak blog-blog lain yang main isu NFC nie. Kalo daripada blog-blog sebelah pembangkang termasuk pencetus isu ni si Rafizi Kaki Penipu memang depa gasak Kak Ijat dengan pelbagai fitnah mengaitkan beliau, suami beliau dengan isu NFC sampai la Kak Ijat terpaksa meletakkan jawatan beliau sebagai Menteri Pembangunan Wanita dan Masyarakat.

Itu belum lagi dicampur dengan "nasi tambah" daripada beberapa pemimpin UMNO yang begitu beria-ia meminta Kak Ijat turut juga meletakkan jawatan menterinya kononnya isu NFC ini merupakan LIABILITI kepada UMNO khususnya dan BN amnya.

Hari ini segala-galanya berubah dengan kehendak Allah s.w.t apabila SPRM membebaskan Kak Ijat daripada dakwaan mempunyai kaitan dengan masalah yang membelenggu NFCorp sebelum ini.

Persoalan gua kat Rafizi dan pemimpin UMNO yang mendesak Kak Ijat meletakkan jawatan menterinya sebelum ini :

1. Adakah mereka-mereka ini sanggup meminta maaf secara terbuka kepada Kak Ijat di atas kenyataan yang pada gua sudah menjatuhkan hukuman terlebih dahulu sebelum dibicarakan secara adil?

2. Adakah mereka-mereka ini yang mempunyai jawatan sanggup pula meletakkan jawatan mereka macam yang Kak Ijat buat kerana "bertanggungjawab" di atas kenyataan mereka.

Jawapan gua sudah pasti takkan ada "sekor" pun pemimpin UMNO yang berani buat 2 perkara di atas. Semua yang "mulut laser" ni akan tutup mulut kerana takut. Si Rafizi ni lagi la, gua berani jamin takkan ada maruah berani buat 2 perkara di atas.

Inilah jenis manusia yang suka menjatuhkan hukuman sebelum perbicaraan adil dilaksanakan. Inikah jenis manusia yang PM, Datuk Seri Najib dan UMNO nak simpan lagi dalam parti. Kalo perkara ini terjadi kepada PM macam mana?

Elok la manusia macam ni dibuang jer daripada parti sebab mereka-mereka inilah sebenarnya "LIABILITI" dalam UMNO. Kepada Rafizi plak, elok ler Kak Ijat berkira-kira mengambil tindakan saman mahkamah kerana memfitnah. Jangan saman puluh juta atau ratus juta, saman jer ribu-ribu juta biar padan muka dia plak rasa macam mana dia buat kat orang.


Okey ler... Gua pun dah melalut panjang... Nanti boring plak korang baca panjang-panjang... Nanti kalo gua free lagi gua story pasal manusia HARAMJADAH yang suka fitnah orang tanpa bukti kukuh macam si RAFIZI dengan pemimpin UMNO yang suruh Kak Ijat letak jawatan. 
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, 1 March 2012

Blogger NFC : Lembu Punya Susu Tapi Sapi Dapat Nama... @NajibRazak @ShahrizatJalil


Kulaan sempat menjengah ke blog otai APA aku-tak-peduli.blogspot.com saja ingin melihat apa pandangan beliau mengenai isu semasa hari ini.

Kulaan tertarik dengan artikel "aku stand down demi kebaikan UMNO/BN". Bukan isu bro APA ni bagi kata dua kat blogger tersohor 'numuro uno' so-called pro BN hanya bertaraf SPM and the gang yang juga setaraf dengannya yang digelar sebagai 'tentera upahan' a.k.a 'The Mercenaries' yang mencari makan dengan "mengepau" bapak dan mak menteri.

Tapi di hujung artikel menceritakan nasib geng 'The Mercenaries" yang turut sama membantu berjuang bersama mempertahankan mak menteri mengenai isu lembu NFC tetapi hidup masih tidak sesenang ketua 'tentera upahan' dan gengnya. Sungguh sedih hati Kulaan seperti melihat siri TV3 "Bersamamu" pulak bila kisah kesusahan beliau dalam mengharungi dunia blogosfera tidak sama seperti orang lain yang punya peralatan perang yang canggih dan terkini, sedangkan beliau hanya memilik senjata api AK47 model 70an.

Monday, 27 February 2012

Ini Rupanya Kondo Lembu Yang NFC Beli Mahal Giler Tuh...


Kulaan sempat jalan-jalan di sekitar Bangsar hari ini lalu dipelawa seorang rakan untuk makan di Bangsar Shopping Complex di tingkat 4.

Sedang enak menjamah juadah yang dibelanja oleh sahabat Kulaan, Kulaan ditanya oleh sahabat Kulaan :

Sahabat : kau tau citer pasal lembu NFC?

Kulaan : tau gak skit-skit tapi detail tak ler berapa arif. Kenapa?

Sahabat : kau tau macam mana rupe nyer kondo lembu NFC.

Kulaan : dalam blog ada la tengok. Itu pun gambar jer.

Saturday, 11 February 2012

Benarkah Raja Nong Chik ‘Dalang’ Di Sebalik Pendedahan Isu NFC???... @RajaNongChik @rajanongchik_my


Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menafikan sekeras-kerasnya beliau adalah dalang disebalik isu NFC sehingga menjejaskan imej dan kedudukan politik Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau dengan tegasnya meminta wartawan bertanyakan pada Shahrizat dan suaminya Datuk Seri Mohamed Salleh samada dakwaan itu betul atau tidak.

"Adakah ianya betul…you boleh tanya Shahrizat samada dakwaan itu betul atau tidak," kata Raja Nong Chik yang ditemui di Majlis Tun Daim Bersama BN Lembah Pantai di sebuah hotel dekat Jalan Klang Lama malam Jumaat.

Friday, 20 January 2012

Akibat Terlalu Marah Pasal NFC Kak Ijat Saman RM100j???...


Kak Ijat yang sejak kebelakangan ini dihimpit dengan isu NFC terutama daripada pembangkang akhirnya sudah tidak tahan lagi dan sudah hilang kesabarannya lalu bertindak menyaman RM100j.

Sapa yang kena saman? Menurut sumber yang boleh dipercayai, Kak Ijat telah memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi RM100j daripada Ketua Wanita PKR, Zuraida dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi kerana mengaitkan Kak Ijat dengan isu NFC.

Thursday, 1 December 2011

Sharizat Cabar Wan Azizah Berundur, Berani ka???? #PAUMNO

Selepas Kak Ijat berulang kali didesak melepaskan jawatan kerana dikaitkan dengan isu NFC, semalam ketika ucapan Ketua Wanita UMNO, Kak Ijat mencabar pula Presiden PKR, Wan Azizah isteri ANUar pula meletakkan jawatan sebagai mengambil tanggungjawab terhadap isu skandal video seks suaminya.

Thursday, 24 November 2011

Sembang Kedai Kopi : Blogger Dibayar Bela Pemimpin BN...



Alkisah tengah-tengah sidang tergempar ahli-ahli dewan kedai kopi bersidang membelasah Indonesia yang tidak ada hormat kepada lagu kebangsaan kita timbul seorang blogger yang tidak berapa tersohor tetapi mengaku tersohor duduk sesama. 

Sidang sedang menceritakan betapa hodohnya sikap penyokong Indonesia – sungguhpun keluarga mereka ada yang bekerja di negara ini menghantar duit untuk menyara keluarga mereka di sana, si blogger muda yang tidak tersohor ini mula menceritakan tentang lembu. 

Apa taknya, kita bercerita tentang otak lembu penyokong Indonesia – tak semena-mena topik lembu tercetus dan nama Sharizat tersembur keluar. 


Monday, 21 November 2011

Isu Fidlot : Lembu Punya Susu... Sapi Yang Dapat Nama...


Tolong ler baca... pastu, tolong ler faham... dah tuh, tolong ler jangan buat citer lagi... penat dah dengan isu nie... tukar isu lain la...

Kini ia jelas (sekurang-kurangnya) bahawa tiada unsur penipuan atau apa-apa tanda-tanda kegagalan di Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) kerajaan seperti yang didakwa oleh pembangkang. Walaupun KPN Ismail Omar memberi jaminan bahawa pihak polis masih menyiasat dakwaan itu, semua pihak telah dinasihatkan supaya berhenti membuat spekulasi apa-apa. Kasihan Shahrizat kerana menjadi subjek serangan politik oleh Pakatan Pembangkang. 

Monday, 14 November 2011

Panas!!! Kak Ijat Bayar Blogger Tersohor Untuk Jadi Jurucakap Dan Tangkis Fitnah NFC...


Hari ini isu National Feedlot Centre (NFC) semakin heboh diperkatakan. PKR telah menjadikan isu ini sebagai senjata untuk menyerang kepimpinan UMNO apatah isu ini melibatkan keluarga kepada Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Daripada maklumat yang kami perolehi, "wanita pertama" negara, Datin "Hajjah" Rosmah Mansor memberi "blessing" kepada Shahrizat dalam isu National Feedlot Center (NFC). Benarkah Datuk Seri Najib juga tahu tentang ini akan tetapi mendiamkan diri kerana ini adalah "habuan" kepada Shahrizat sebagai Ketua Wanita UMNO dan kesetiaannya kepada beliau dan isterinya?
Di dalam usaha untuk menyelamatkan Shahrizat, berberapa laman web dan blogger telah mendapat arahan "berbayar" untuk memastikan serangan terhadap Ketua Wanita UMNO itu dapat ditangkis. Di antara blogger yang mendapat arahan ini adalah Papagomo dan Parpukari. Lihatlah bagaimana mereka bermati-matian menyelamatkan Shahrizat dalam blog mereka.
Sementara itu, kami juga menerima maklumat tentang pergerakan menentang Najib di dalam UMNO. Habuan telah mula turun agar blogger-blogger elit dalam UMNO mula menyerang Najib. Blogger-blogger seperti Another Brick In The Wall dan Bigdogdotcom bakal menyerang Najib dengan lebih dahsyat tidak lama lagi.
Apakah yang bakal berlaku kepada UMNO sebagai parti Melayu terbesar di Malaysia?
Sumber : AnakSungaiDerhaka

Kulaan : berapa agaknya Kak Ijat kita nie bayar kat blogger-blogger yang kononnya kata "dilacurkan"... dilacurkan atau melacurkan diri... kenyang-kenyang... masyuk-masyuk... kata blogger Pro BN sokong Lillahita'Ala... sapa bapak ayam dia? jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers