Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 1 August 2011

(Video) Anggota PSM Dibebaskan?

Penjelasan berkenaan pembebasan 6 orang anggota Parti Sosialis Malaysia (PSM) setelah ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat.
Datuk Seri Hishammuddin menjelaskan kepada wartawan berkenaan pembebasan ahli PSM yang telah ditahan kerana disyaki cuba untuk menghidupkan unsur komunisme dan subversif semasa perhimpunan Bersih tempoh hari. Menurut beliau lagi, pihak Polis (KDN) hanya boleh membuat siasatan dan penangkapan jika terdapat laporan polis dibuat. jika terdapat unsur-unsur di bawah Ordinan Darurat (Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah) 1969 kerana dipercayai terlibat dalam anasir subversif merupakan langkah pencegahan bagi mengelakkan daripada perkara lebih serius berlaku bertujuan bagi memastikan keamanan dan ketenteraman negara dikekalkan.

Dalam masa yang sama, Datuk Seri Hishammuddin memberi penjelasan berkenaan isu tindakan pihak polis yang dilihat lemah kerana selepas penangkapan dilakukan tiada tindakan susulan seperti pendakwaan ke mahkamah. Beliau menjelaskan bahawa pihak polis hanya membuat siasatan terhadap kes-kes ini dan jika saksi atau suspek enggan tampil memberi kerjasama maka barulah pihak polis boleh mengeluarkan waran tangkap dan menangkap individu terlibat. Setelah siasatan terperinci dibuat, kertas siasatan akan dihantar ke Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya iaitu tindakan pendakwaan ke mahkamah jika Peguam Negara merasakan wujudnya kes "Prima Facie" bagi sesuatu kes tersebut. Seterusnya mahkamahlah yang akan nanti menentukan sabit kesalahan sama ada bersalah atau dibebaskan.

Bagi mereka yang diluar sana Kulaan berharap agar mencari maklumat yang tepat dan benar mengenai sesuatu perkara dan isu bukannya sekadar mengikut isi hati yang tiada sandaran fakta. Biarlah kita tidak tinggi sijil pelajaran tetapi kita tinggi dengan budaya mencari ilmu kerana ilmu ada di mana-mana dalam dunia tanpa sempadan ini.

Kulaan : tuhok amon kada basakulah deminik... ungol kada paasian...


Beza Antara Fungsi Dan Peranan Polis Diraja Malaysia Dengan Peguam Negara


Ada diantara kita yang kurang memahami peranan dan fungsi dua agensi kerajaan ini. Terdapat perbezaan ketara antara keduanya. Satu berperanan membuka kertas siasatan dan menyiasat mengenai sesuatu perkara atau kes dan satu lagi adalah mendakwa menurut peraturan undang-undang Perlembagaan Malaysia. Pihak polis akan membuat siasatan setelah menerima laporan daripada orang awam mengenai sesuatu kes atau perkara. Jika memerlukan maklumat daripada saksi, maka saksi akan dipanggil bagi memberi keterangan. Jika saksi enggan hadir memberi keterangan maka polis boleh mengeluarkan waran tangkap dan menangkap individu tersebut. Jika terdapat suspek yang terlibat, pihak polis boleh menahan reman mengikut peruntukan undang-undang bagi melakukan siasatan terhadap suspek. Maka setelah lengkap siasatan dilakukan, kertas siasatan akan dihantar ke pejabat peguam negara untuk tindakan pendakwaan jika peguam negara merasakan wujudnya kes “Prima Facie” terhadap kes tersebut dan membawa kes tersebut untuk pendakwaan di mahkamah. Jika tiada bukti kuat dan kukuh maka tersebut akan digugurkan. Jika terdapat tahanan reman sabit berkaitan kes yang disiasat dan digugurkan kes, maka tahanan reman tersebut hendaklah dilepas dan dibebaskan.

Tugas sebagai Peguam Negara merupakan ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan dan bertanggungjawab menasihati menteri berhubung prosedur undang-undang di negara ini. Dalam masa yang sama, Peguam Negara juga adalah pendakwa bagi pihak awam (rakyat) dan boleh menggunakan kuasanya untuk menyiasat, mendakwa dan mengambil sebarang tindakan undang-undang ke atas mana-mana pihak yang melakukan kesalahan termasuk pegawai dan pemimpin kerajaan.
Jadi jika kita kurang memahami maklumat atau fakta yang sebenar dan tepat maka mudah kita tersilap dan terkhilaf dalam membuat kenyataan, pendapat dan pandangan. Bukan sekadar dalam aktiviti seharian kita malah dalam melaksanakan ajaran Islam dalam kehidupan harian, ilmu yang tepat dan sahih perlu ada agar kita tidak mudah diperkotak-katik dan diperbodohkan dek kecetekan ilmu yang dimiliki. Biar Kulaan perhalusi peranan dan fungsi kedua-duanya agar dapat melihat perbezaan.

Polis Diraja Malaysia

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam

Secara amnya, jabatan (KDN/KA) ini berperanan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam adalah terpelihara. Jabatan ini merangkumi sebahagain besar dari operasi PDRM dari pengawalan trafik ke operasi mencari dan menyelamat. Jabatan ini juga bekerjasama dengan pelbagai agensi lain. Misalnya dengan Angkatan Tentera Malaysia serta Angkatan Tentera/Laut dalam rondaan maritim bersama untuk mencegah jenyah lanun dan pencerobohan sempadan negara. Selain itu, mereka juga membantu Kementerian Pengangkutan dan Kementerian Perusahaan Awam dalam penguatkuasaan Akta Lalulintas.

Jabatan Siasatan Jenayah

Jabatan ini terlibat dengan dengan penyiasatan, penangkapan dan pendakwaan bagi jenayah-jenayah yang keganasan terhadap manusia (seperti pembunuhan, samun dengan senjata api, rogol dan kecederaan) dan jenayah harta benda (seperti kecurian dan pecah rumah). Selain itu jabatan ini menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap di Malaysia.
Fungsi
  • Mengendali penyiasatan dan pengesanan jenayah
  • Menangkap dan mendakwa pesalah-pesalah
  • Menguatkuasakan Undang-Undang berhubung perjudian, maksiat dan kongsi gelap
Peguam Negara

Peguam Negara Malaysia merupakan penasihat undang-undang utama kerajaan Malaysia. Beliau juga merupakan Ketua Pendakwa Raya di negara. Bidang kuasa dan tugas Peguam Negara diperuntukkan dalam Perkara 145 

Antara tugas Peguam Negara ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Jadi mereka yang sedang disiasat oleh polis belum tentu bersalah. Seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah .

Fungsi Jabatan Peguam Negara

  1. Memberikan khidmat nasihat, termasuk memberi khidmat nasihat dalam bidang undang-undang antarabangsa dan syariah kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
  2. Menjadi sumber rujukan kepada Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri mengenai apa-apa masalah perundangan yang timbul.
  3. Menggubal semua perundangan untuk Kerajaan Persekutuan.
  4. Memberikan arahan pendakwaan bagi kes-kes jenayah.
  5. Mewakili Kerajaan di dalam semua kes-kes sivilnya.
  6. Menguruskan penyemakan dan pencetakan semula undang-undang dan membuat kajian pembaharuan undang-undang.

Peranan dan Tanggungjawab

Peguam Negara ialah penasihat undang-undang utama kepada Kerajaan. Peranan dan tanggungjawab beliau diperuntukkan dalam Perkara 145 Perlembagaan Persekutuan :
  1. Yang di-Pertuan Agong hendaklah, atas nasihat Perdana Menteri, melantik seorang yang berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan sebagai Peguam Negara bagi Persekutuan .
  2. Menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri atau mana-mana Menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang, dan melaksanakan apa-apa tugas lain yang bersifat undang-undang, yang dari semasa ke semasa dirujukkan atau ditugaskan kepadanya oleh Yang di-Pertuan Agong atau Jemaah Menteri, dan menunaikan fungsi yang diberikan kepadanya oleh atau di bawah Perlembagaan ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.
  3. Peguam Negara hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya, untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan, selain prosiding di hadapan mahkamah Syariah, mahkamah anak negeri atau mahkamah tentera.
    1. Undang-undang persekutuan boleh memberi Peguam Negara kuasa untuk menentukan mahkamah yang di dalamnya atau tempat apa-apa prosiding yang dia mempunyai kuasa untuk memulakannya di bawah Fasal(3) itu hendaklah dimulakan atau mahkamah yang kepadanya prosiding itu hendaklah dipindahkan.
  4. Pada melaksanakan tugasnya Peguam Negara berhak untuk didengar di dalam mana-mana mahkamah atau tribunal di Persekutuan dan hendaklah diberi keutamaan daripada mana-mana orang lain yang hadir di hadapan mahkamah atau tribunal itu.
  5. Tertakluk kepada Fasal (6), Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong dan boleh pada bila-bila masa meletakkan jawatannya dan, melainkan jika dia ialah anggota Jemaah Menteri, hendaklah menerima apa-apa saraan yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong.
  6. Orang yang memegang jawatan Peguam Negara sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini hendaklah terus memegang jawatan itu atas terma-terma dan syarat-syarat yang tidak kurang baiknya daripada terma-terma dan syarat-syarat yang terpakai baginya sebaik sebelum permulaan kuat kuasa Perkara ini dan tidaklah boleh dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan mengikut cara yang sama seperti seorang hakim Mahkamah Persekutuan.

Selamat Berpuasa Dari Kulaan....


Sempena kehadiran bulan Ramadhan yang penuh berkat ini, Kulaan berharap agar fathilatnya dapat dirasai bersama...
Surah Al Baqarah ayat 183

Siri 1 : Siapakah DAP sebenarnya?

Keris akan mengeluarkan beberapa siri 'Dalil-dalil Kenapa Parti DAP Harus di Tolak'. Sebagai permulaannya, Keris perkenalkan dahulu sejarah penubuhan Parti kauvinis ini bermula dengan sejarah PAP dan diikuti oleh sejarah DAP. Ini kerana ramai rakyat Malaysia terutama masyarakat Islam melayu masih belum jelas akan perjuangan dan matlamat sebenar kedua Parti tersebut. Keris akan memberi maklumat mengenai peminggiran melayu di Singapura jika berkesempatan.

Menyingkap sejarah PAP (People’s Action Party) atau dalam Bahasa Melayu – Parti Tindakan Rakyat Singapura di tubuhkan seawal tahun 1954 lagi yang dipelopori Setiausaha utamanya pada masa itu , Lee Kuan Yew. Siapa yang tidak kenal dengan Lee Kuan Yew, pemimpin yang terkenal dengan sikap suka bermuka-muka dan selalu menimbulkan sikap ketidakpuasan hati kepada bangsa Malaysia (Melayu) dan (Islam) sama ada Singapura masih bersama Malaysia pada ketika itu atau sudah terkeluar dari kesatuan Malaysia.

Biar penulis menceritakan detik sejarah yang benar dimana saat – “Semasa merancang strategi untuk berkuasa, Kuan Yew dan PAP menjadi terlalu Melayu. Masuk masjid turun masjid menjadi lumrah. Setelah berkuasa, umat Islam, kaum Melayu tiada dalam kamus Kuan Yew mahupun PAP. Ini kebenaranya, modus operandi PAP hanya mahu berkuasa-setelah menawan hati Melayu dan Islam, akhirnya keturunan melayu dibersihkan di Singapura. Jahatnya Lee Kuan Yew pada masa itu.

Penulis mencari persamaan pula dengan Parti DAP di Malaysia , yang seratus peratus sama strateginya dalam berkuasa iaitu jelas sekali apa yang berlaku di Pulau Pinang, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan anaknya, Lim Guan Eng sanggup turun naik masjid serta surau semata-mata mahu memikat hati orang Melayu. Akhirnya disambut oleh PAS ketika ini, yang percaya pendekatan DAP nampak Islamik dan pada hakikatnya menghancurkan umat Melayu dan Islam di Malaysia.

Serius BAHAYA!!! “Siap isytihar diri sebagai Khalifah Guan Eng lagi. Maka bertakbirlah Melayu terpukau dengan silap mata DAP. Sampai nama tuhan pun dijual tidak apa sebab Kit Siang dan anak lelakinya itu saudara kita sekarang, kata pak janggut,”

Persoalan!! yang harus kita semua fikirkan baik Melayu, Cina dan India juga kaum–kaum di Malaysia apakah kesamaan antara DAP-PAP satu kebetulan??? Democratic Action Party (DAP) adalah adik People Action Party (PAP). Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran serpihan parti PAP yang ada di Malaysia dibatalkan. Devan Nair (MP Bangsar pada waktu itu) cuba menghidupkan semua PAP dengan nama Parti Tindakan Rakyat tetapi ditolak oleh pendaftar pertubuhan. Devan Nair kemudian menggunakan nama Parti Tindakan Demokratik atau dalam Inggerisnya Democratic Action Party (DAP). Dan ianya diluluskan pada 19 Mac 1966 lalu meneruskan agenda PAP di Malaysia. Nah !!! adakah ini kebetulan???

DAP sering memanggang 5 ekor babi dalam program makan malamnya. Kenapa 5 ekor? Ianya adalah simbolik kepada bintang satu yang mempunyai 5 bucu. Setiap bucu melambangkan ketenteraan, inteligensia, petani, buruh dan generasi muda. Bintang berbucu 5 adalah logo universal komunis di seluruh dunia. Bucu 5 juga bermaksud 5 benua dan tangan. Lihatlah warna yang digunakan DAP-PAP iaitu merah. Warna merah ini adalah warna rasmi parti-parti komunis di seluruh dunia. South Sea Communist Party atau Nanyang Communist Party dibuka di Singapura pada 1922 sebelum dibubarkan menjadi Parti Komunis Malaya pada tahun 1930. Satu lagi ruang minda anda terbuka!!!

Satu perkara utama yang perlu kita tahu tentang LOGO parti DAP-PAP teryata ada kesamaan- buat perbandingan mengikut resipi sendiri, lihat perbezaan dan kesamaan logo parti DAP-PAP ini :
-Keduanya ada hubungkait dengan zionis ? -

-Warna merah membawa ideologi komunisma yang sama-
 
-Diawal kemunculan PAP-MELAYU|ISLAM fokus utama-

DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, kita harus tanam didalam hati akan perkara ini-  Serius BAHAYA !!! jika DAP dibiarkan akan meracuni pemikiran orang Melayu dan Islam-tolak mereka sebelum kita ditolak dan diusir bagai sampah.
DAP adalah anak atau serpihan kepada PAP di Singapura, selatan Persekutuan Tanah Melayu. Lee Kuan Yew yang tidak setuju dengan cubaan Perikatan-UMNO bertanding dalam pilihan raya di Singapura , telah membuka cawangan PAP di Semenanjung Malaysia. Apabila Singapura berpisah dari Malaysia pada 9 Ogos 1965, pendaftaran parti PAP telah dibatalkan pada 9 September 1965, tahun yang sama. 

Bangsar yang ditinggalkan oleh PAP cuba menghidupkan PAP yang baru dengan nama Parti Tindakan Rakyat Malaysia. Tetapi pendaftar pertubuhan menolak penubuhan PAP kerana nama yang sama itu akan mengelirukan orang ramai. Oleh itu Devan Nair menggunakan nama baru iaitu 'Parti Tindakan Demokratik' atau DAP. Pada 3 Mac 1966 Surat dari Pendafar Pertubuhan menolak penubuhan DAP kerana perlembagaan parti itu tidak selaras dengan peraturan undang-undang Perdaftaran Persatuan. 
 
Pada 19 Mac 1966 pendaftaran DAP diluluskan oleh Pendaftaran Pertubuhan. Devan Nair berulang kali menegaskan bahawa DAP tidak akan mengamalkan dasar perkauman dan berusaha mencantumkan kembali Singapura ke dalam Malaysia. 

Sebelum pendaftaran DAP diluluskan, pilihan raya kecil Rahang, Negeri Sembilan telah diadakan berikutan kematian Ahli Dewan Negeri Rahang dari parti Perikatan telah meninggal dunia. Dr Chen Man Hin  selaku Ahli Jawatankuasa Penaja DAP telah bertanding atas tiket bebas dan menang dalam pilihan raya yang diadakan pada November 1965 itu.  

Sumber dipetik dari blog : Keris7Lok

Kulaan : Kulaan amat sedih bila ada bangsa Melayu yang sengaja memejamkan mata dari melihat kebenaran dan implikasi yang bakal mengundang. Malahan yang lebih teruk daripada itu apabila ada Melayu yang sanggup bersekongkol dengan DAP demi kelangsungan politik kononnya, sedangkan mereka tahu kesannya kepada bangsa melayu. Jika Kulaan digelar RACIS sekali pun biarlah Kulaan terima demi kelangsungan survival anak cucu Kulaan.

Sunday, 31 July 2011

Suhardi Mat I.S.A : Siapa Kelirukan Siapa?

Suhardi Mat I.S.A 48 tahun, yang juga Setiausaha Agung Persatuan Usahawan Konsultan & Pengarah Islam Malaysia (Uruskop) menyangkal dakwaan blogger-blogger alam maya yang menuduhnya konon berlakon mati seperti yang dapat dilihat dalam laman Youtube sebagaimana yang tersiar dalam Berita Minggu Ahad Klik Sini.
Suhardi Mat I.S.A
Si Suhardi 2 nyawa ni mengaku kononnya beliau terpaksa bersembunyi sampai ke Danok akibat tertekan bila muka dia yang tak hensom ni tersebar satu malaya. Dari budak kecik sampai orang tua semua dah kenal sapa Suhardi Taiko Dengkil ni.
Siapa yang mendalangi lakonan beliau?
Kenapa nak melalak melolong bila muka dah glamour keluar Youtube. Untuk makluman abang Suhardi Mat I.S.A, kisah kematian arwah Baharuddin dimainkan dulu oleh blogger-blogger pro pembangkang kononnya ada penyokong perhimpunan Bersih yang meninggal dunia akibat kekerasan yang dilakukan oleh pihak polis dan clip video tersebut dengan jelas menunjukkan muka si Sukardi Mat I.S.A. 
Nak saman, saman la apa tunggu lagi...
Kalau nak saman, saman dulu blogger-blogger pembangkang. Kulaan dengan berbesar hati boleh menyenaraikan senarai artikel-artikel yang dikeluarkan oleh puak-puak ni. Kulaan rasa bukan setakat Kulaan sahaja, bahkan banyak lagi blogger-blogger lain yang ada bukti siapa dulu yang memanipulasi story ni.
Lakonan mantap Suhardi Mat I.S.A
Beliau berdoa agar diberikan nyawa tambahan agar beliau sempat bertaubat...
Lakonan mantap bakal Pelakon Lelaki Terbaik 1Malaysia
Macam real ooo aksi maut yang dipertontonkan....

Itulah sikap penyokong Pas ini yang sama seperti pemimpin mereka yang suka menipu rakyat. Terima kasih kepada blogger-blogger yang mengeluarkan klip video KEBENARAN Klik Sini kisah sebenar disebalik tipu helah si Sukardi Mat I.S.A. Sapa yang dok cakap dalam klip video “mari… mari… duduk… duduk… kalau dia tak datang kita gagal…” ini ayat provokasi si Sukardi Mat I.S.A kepada pihak polis.


Kalau benarlah kata si Sukardi Mat I.S.A bahawasanya beliau pengsan selepas terkena gas pemedih mata, takkan la macam orang yang kena cabut nyawa oleh malaikat Ezrael. Bukan kita tak pernah tengok orang pengsan. Nak pengsan, pengsan jer la. Ni macam separuh nyawa nak mati apasal?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers