Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 21 September 2011

Luahan Hati Pengarah HMLBR Mamat Khalid Terhadap Layanan Yang Diterima Namewee!!!!

Sedari mula aku mula jadi pengarah filem hinggalah ke hari aku merasakan letihnya mengarah. Aku mahu filem dan drama Melayu tinggi martabat sumbangannya kepada bangsa dan negara. Soal bangsa Melayu adalah keramat besar kami kerana itu adalah akar yang mencengkam bumi menahan langit yang dijunjung.

Mamat Khalid pengarah filem tersohor...

Apabila isu perkauman dimainkan oleh beberapa pengarah muda yang mulia di mata sesetengah masyarakat menduga isu perkauman dengan hasil kerja mereka, aku gusar. Aku mula gusar dengan masyarakat itu sendiri. Mengapa seseorang yang terang-terangan menghina akar Melayu aku di bumi Melayu aku ini diangkat hero dan layak berjumpa pak menteri, minta diberi pertolongan di dalam karyanya yang kononnya menyokong intergrasi kaum.


Bangsa melayu sendiri melompat berdondong-dondong membayar tiket mengasak panggung menyokong filem yang "lebih elok dari filem biasa" itu. Aku ingat lagi akan hari Malaysia dikejutkan dengan video "Negarakukunya" yang menghina kedaulatan negara dan bangsa aku. Dan kini diangkat jadi hero? Kini layak berjumpa Datuk Seri Perdana Menteri. Adakah aku tidak cukup bangsat untuk mendapat tempat setaraf si polan? Mahukah Perdana Menteri berjumpa aku jika aku menyanyikan "gua mau jumpa lu" berulangkali di Youtube.


Bongkaknya entry aku kali ini, adalah mencerminkan bongkaknya hati aku yang tidak cukup bangsat untuk menjadi pengarah yang memperdayakan masyarakat aku dengan pembikinan filem yang dapat menyucikan segala dosa terhadap bangsa dan negara aku.

terkejut Mamat bila Namewee nak jumpa PM
pakai Youtube jer...

Apa la Mat! Itu pun mau sensitif ka. Biarlah! Masing-masing pun mau hidup maa. Dan aku mahu anak cucu aku terus hidup dengan megah bangsa bermaruah.

Kulaan : bukan setakat Mamat Khalid jer... banyak lagi pengarah yang hangin satu badan dengan isu Namewee... esok pandangan orang lain plak yang akan aku kongsi bersama korang... lagi pedas... lagi panas... sepanas Nasi Lemak 2.0....

Tuesday, 20 September 2011

Siri 1 : Hassan Ali Sokong Tauliah Penceramah Sebar Fitnah Politik Ditarik Balik!!!



Hassan Ali bersetuju dan akan cuba berbincang dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dengan isu penceramah yang diberi tauliah berceramah di Selangor agar menarik balik tauliah kepada penceramah bertauliah yang menyalahgunakan tauliah jika berceramah bukan mengenai agama Islam tetapi menyebarkan fitnah politik dan mengelirukan jemaah yang hadir ke surau-surau atau masjid-masjid.

Sekarang ini Kulaan perhatikan penceramah atau guru agama ada yang menyalahgunakan Institusi Agama dengan menyebarkan fahaman politik dan menabur fitnah politik berbanding dengan mengajar agama kepada jemaah yang hadir.


Hasrat jemaah yang hadir ke masjid bertujuan untuk mendalami hal agama, tetapi mereka keliru, marah dan tertipu dengan ceramah sedemikian. Benarlah kata Rasullullah s.a.w, pada akhir zaman, orang berilmu agama dipandang rendah dan orang kurang beragama disanjung. Ini disebabkan mereka meletakkan martabat pada tempat hina, tiada disiplin ilmu, menyindir dan mengumpat di rumah Allah s.w.t.

Komunis tetap dengan ideologinya iaitu negara Republik, menindas agama dan berpegang kepada fahaman agama adalah candu masyarakat, walaupun dari segi ekonomi mereka beralih ke sistem kapitalis.

Antara masjid yang dikesan penceramah atau guru agama menyalahgunakan masjid ialah masjid Keramat sebuah masjid terkenal dalam daerah Gombak. Sumber memberitahu ada seorang ustaz veteran bekas pegawai kerajaan menyibarkan fitnah dan kecaman terhadap Kerajaan Pusat yang suatu ketika dulu adalah tempat beliau mencari rezeki untuk keluarga.

Apa Kata Pembangkang Dan Fuziah Saleh?

Duta Bangladesh Kata Fuziah Dengan MiloSOHAI Moron...? - Kenyataan Rasmi Duta Bangladesh



Di atas adalah kenyataan rasmi daripada Duta Bangladesh yang mengatakan bahawa berita yang dihebohkan oleh pembangkang kononnya warga Bangladesh ramai jadi pengundi di Malaysia adalah palsu.

Berita yang disiarkan oleh Malaysia Cronicle adalah tidak benar.

Lagipun menurut maklumat yang saya dapat dari Kedutaan Bangladesh, di Malaysia warga yang berasal dari Bangladesh yang mana kini sah menjadi pengundi berdaftar hanyalah seramai 15 orang. 15 Orang ini telah menetap di Malaysia lebih 20 tahun dan berkahwin dengan warga tempatan.

Jadi mereka layaklah bergelar warganegara mengikut perundangan. Dakwaan konon beribu warga Bangladesh layak jadi pengundi adalah satu pembohongan yang tidak berfakta.

Kalau dakwaan mereka ini benar saya cabar Fuziah Saleh  kemukakan bukti kepada rakyat Malaysia, kami tunggu! Kemukakan nama-nama warga Bangladesh dan nombor mykad mereka yang berjumlah beribu-ribu ini.

Boleh...?


Jadi kenyataan yang dimainkan oleh blogger penipu besar si 'MiloSOHAI auw-auw' adalah satu fitnah ke atas kerajaan Bangladesh.

Desakan Naib Presiden PKR si Fuziah Saleh yang memang disahkan menipu dalam kes Lynas supaya kerajaan menubuhkan Suruhanjaya di Raja untuk menyiasat isu tersebut sama sekali tidak berasas dan tidak diperlukan.

Mula-mula warga Indonesia dikatakan disuruh bersumpah dengan kenyataan 'akuan sumpah' yang ditaip sendiri oleh pembangkang, 'senjata' tersebut dipatahkan mereka wujudkan isu #mismahgate dan kod 71, tapi semuanya telah dibongkar oleh bloggers pro-kerajaan mereka mainkan pendedahan kabel wikileaks berhubung isu di zaman Mahathir.

Kini semua 'senjata' tersebut gagal mereka dakwa Bangla pula jadi pengundi.

Lepas ini gunalah warga Myanmar dan pelarian UNHCR pula sebagai isu baru. Alasan-alasan ini sebenarnya dimainkan mereka pada tahun 2008 ketika hampirnya tarikh pilihanraya.

Motifnya adalah jika mereka kalah kelak, isu ini akan digunakan sebagai modal untuk menyalahkan kerajaan. Fuziah Saleh dah memang sah penipu itu bukan saya kata MP PAS sendiri yang kata.

Blogger MiloSohai usah cakaplah, sudah berapa banyak artikel 'bodoh piang' dia dipatahkan oleh blogger kerajaan sambil tutup mata sahaja.

Dipetik daripada : Double-Y

Blogger Milosuam Asyik Kantoi...

Pro komunis semenjak ISA dimansuhkan semakin menggelupor hendak mencari isu-isu panas. Akhirnya terpaksa hijack laman sesawang PM Bangla. Kisahnya di pautan ini


TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK MYKMU kerana cepat bertindak.

Fuziah Rektor Pecah Dare kantoi lagi. Aek kantoi je lah pencacai pro komunis nie. Tak serik-serik lagi ke? Sudah-sudahlah buat malu pemimpin pakatan pro komunis sahaja.

MULA-MULA HIJACKED LAMAN SESAWANG TERSEBUT KEMUDIAN EKSYEN TERLEBIH DOK NGAKU.


KEMUDIAN BUAT FITNAH YANG BUKAN-BUKAN
kerja siapa ?
Si Julitawan Jadian Milosuam-suam kuku


Lepas itu hacker itu mohon maaf pulak .....


Julitawan milosuam-suam kuku saja buat provokasi murahan agar ada desakan supaya ISA tidak dimansuhkan
=====================




dipetik dari: semaremas.blogspot.com

Monday, 19 September 2011

Jalur Gemilang Akan digantikan dengan Bendera Baru????

 Terkejut Kulaan bila baca berita pagi ni. Bendera Malaysia yang dikenali dengan Jalur Gemilang akan digantikan dengan bendera baru. Apa cerita ni, apa kes sampai bendera Malaysia kena tukar dengan bendera lain. Buruk sangat ker Jalur Gemilang sampai perlu ditukar baru.
Rupa-rupanya hasrat nak tukar bendera Malaysia diutarakan oleh DAP melalui ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan seorang peguam yang berpelajaran tinggi tapi buta sejarah. Ada ka patut dia kata bendera Malaysia ni kelihatan lebih BN daripada Malaysia. Manoharan dalam facebook peribadinya memaklumkan beliau mengedarkan bendera DAP di kawasan DUN Kota Shah Alam dan menolak untuk mengedarkan bendera Malaysia kerana kononnya kelihatan lebih BN daripada Malaysia. Beliau menulis "I distributed many DAP flags today in my constituency. I refused to fly the Malaysian flag because it looks more BN than Malaysian. (Saya mengedarkan banyak bendera DAP hari ini dalam kawasan pengundi saya. Saya menolak untuk mengibarkan bendera Malaysia kerana ia kelihatan seperti BN berbanding Malaysia)".
Mengaitkan Jalur Gemilang dengan BN menunjukkan begitu ceteknya pengetahuan am ADUN yang menjadi peguam itu. Bendera Malaysia juga dikenali sebagai Jalur Gemilang dicipta dan diwartakan dengan persetujuan Majlis Raja-raja pada tahun 1949 sedangkan BN ditubuhkan pada tahun 1974.
pencipta bendera Malaysia atau Jalur Gemilang
Apakah selepas ini tidak mustahil DAP nak tukar pulak lagu kebangsaan lagu Negaraku. Mungkin DAP nak tukar jadi tajuk jadik NegaraDAPku pulak. Silap-silap Perlembagaan Malaysia pun mereka akan gubal bila sudah berkuasa nanti. Inilah harga yang perlu dibayar oleh rakyat jika terus mengundi pembangkang terutama DAP.

Kulaan : baru Kulaan perasan yang M.Manoharan nie gile glamour macam Namewee... Namewee keluar klip video lagu "Negarakukukuku", dia pun keluar isu tukar bendera... maklum ler dah kurang glamour kat kawasan sendiri...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers