Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 10 November 2011

Peranan Media Baru Diiktiraf Pemimpin BN Mempengaruhi PRU13

PETALING JAYA: Media perlu menjadi pemangkin dalam melakukan pembaharuan menerusi proses demokrasi dan memperkukuhkan institusi demokrasi.

Semasa membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Joseph Salang, berkata perubahan politik dan transformasi bagi demokrasi sedang merebak dengan cepat di kebanyakan bahagian dunia.

Ini, menurutnya adalah berpunca daripada penyertaan rakyat hasil daripada pendedahan media.
Salang berkata, di negara-negara yang mengamalkan demokrasi, masyarakat, kumpulan persatuan dan badan bukan kerajaan (NGO) mendapati media sosial adalah wadah yang efektif untuk menyebarkan pendapat dan buah fikiran mereka.

"Berita penyiasataan yang dalam sesetengah kes, membawa kepada penggulingan presiden dan kejatuhan kerajaan yang mengamalkan rasuah.

"Media menjadi mata dan telinga yang efektif dan berwibawa dan berjaya meningkatkan kredibilitinya di mata masyarakat," katanya semasa melancarkan Forum Peranan Media dalam Memperkukuhkan Demokrasi, di sini, hari ini.

Bagaimanapun, masyarakat juga perlu menilai sama ada media menjadi ejen perubahan yang efektif dalam memperkukuhkan demokrasi demi faedah generasi akan datang, katanya.

"Hakikatnya ialah peranan media dalam demokrasi yang baru dan dipulihkan adalah tidak seperti dijangkakan. Mereka (media) mungkin dikekang oleh undang-undang ketat, monopoli hak milik dan kadang kala ancaman daripada kuasa kejam," katanya.

Salang juga berharap media di Malaysia akan mendapatkan kemahiran profesional diperlukan bagi membolehkannya menganalisis, mengkritik dan melaporkan secara objekif demi faedah masyarakat dan negara.

Kerajaan Malaysia bersikap jujur dalam membincangkan peranan media untuk memperkukuhkan demokrasi dan bersedia bekerjasama dengan media ke arah transformasi politik demi kebaikan rakyat, katanya.

Lebih 150 peserta termasuk diplomat, pengamal media, pemimpin politik, ahli akademik dan wakil NGO dan persatuan mengambil bahagian dalam forum itu yang diadakan sempena Hari Pembangunan Penerangan Dunia tahun ini.

Penganjur Seksualiti Merdeka Masuk Lokap????


KUALA LUMPUR 9 Nov. – Polis telah mengambil keterangan 50 individu termasuk penganjur, penyokong dan peserta program Seksualiti Merdeka 2011 sejak kelmarin.

Bagaimanapun, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar (gambar), ramai lagi individu akan dipanggil untuk dirakamkan percakapan antaranya, aktivis sosial, Datin Paduka Marina Mahathir.

Beliau berkata, pihaknya dijangka mengambil keterangan anak bekas Perdana Menteri itu dalam tempoh terdekat ini.

“Kita juga akan rakam keterangan mana-mana pihak yang membuat laporan membantah penganjuran program seks bebas itu bagi membantu siasatan mengikut dua akta yang diperuntukkan.

“Tiada tangkapan dibuat setakat ini tetapi kita masih mengikuti perkembangan kes ini mengikut peruntukan undang-undang yang sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Hari Deepavali anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini hari ini.

Sebelum ini, polis telah mengambil keterangan penganjur program Seksualiti Merdeka 2011, Pang Khee Teik kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Turut diambil keterangan ialah bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga serta aktivis wanita, Maria Chin Abdullah dan Pengarah Eksekutif Tenaganita, Irene Fernandez.

Dalam pada itu, Khalid memberitahu, polis setakat ini menerima sejumlah 154 laporan di seluruh negara yang membantah penganjuran program tersebut.

“Keputusan pihak penganjur membatalkan semua aktiviti program Seksualiti Merdeka 2011 adalah tepat selepas majoriti masyarakat negara ini menyatakan bantahan mereka,” katanya.

Beliau turut menegaskan, semua pihak perlu mengambil kira sensiviti budaya, agama dan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Jangan kira ikut sedap hati kita sahaja, kita ingat nak mengambil hati golongan minoriti tetapi kita tidak sedar secara tidak langsung golongan majoriti pula marah. Kita kena ambil kira semua itu,” katanya lagi.

Sementara itu, Khalid berkata, dakwaan Ambiga berhubung pengharaman penganjuran program Seksualiti Merdeka 2011 berbaur politik, sebagai tidak berasas.

“Tiada kaitan antara pengharaman Seksualiti Merdeka 2011 dengan pihak polis dan politik. Pengharaman adalah semata-mata atas alasan keselamatan dan keharmonian agama,” katanya

Luahan Hati Blogger APA Yang Terpinggir Di Bloggesfera...



Sebenar nya aku ini tak suka nak cari hal ngan orang.Aku menulis ikut selera aku dan ikut apa yang terlintas dikepala aku.Aku tak main ikut ikut dan bawa agenda kepentingan peribadi seseorang individu ataupun kumpulan.Aku suka bersangka baik dengan semua orang dan semua bloggers tak kiralah dia duk disebelah mana pun.Tapi kebelakangan ini aku dah tak boleh tahan lagi dengan POLITIK BLOGGER yang bersuku suku dan berpuak puak ini.

Ada Blogger Elit dan ada Blogger Otai dan blogger baru macam aku ini aku rasa macam BLOGGER CIBAI je.Tak dinafikan lah di peringkat awal pembabitan aku dalam dunia ini MEREKA ini banyak membantu mempromosi blog aku,tapi kebelakangan ini aku macam kena boikot dengan puak puak Elitis ini.Entah kat mana silap nya aku pun tak pasti.Tapi yang aku pasti bila aku enggan menulis apa yang individu ni nak aku tulis aku di boikot.

Mula mula dulu aku layan jugalah kerana diberitahu suruh aku mulakan sesuatu isu lepas tu konon nya akan di pick up para sahabat yang lain.Tapi bila aku post aku tenguk tak ada siapa yang follow up pun..rupanya aku di peralatkan untuk agenda peribadi individu tertentu ini.Aku malas lah nak ulas panjang apa ke benda nya..tapi semua nya berkaitan dengan DUIT.Mungkin dengan artikel aku tu ada pemimpin yang KENA PAU.Lepas tu tak adalah aku nak menulis lagi bila diminta kecuali kebetulan pemikiran aku tentang sesuatu isu itu sama.Mungkin itulah sebab nya aku kena boikot secara senyap hari ini.


Aku ingat komuniti blogger sealiran ini SATU HATI,SATU MATLAMAT DAN SATU PERJUANGAN walaupun berbeza pandangan dan pendapat..rupanya tidak.Aku ingat kita bebas menulis tanpa di kongkong oleh pemikiran seseorang atau suatu kumpulan tertentu,ternyata sangkaan aku meleset.Tidak banyak bezanya ORANG POLITIK dengan BLOGGER POLITIK..bahkan lebih teruk kerana blogger ini politik nya 24/7.Tenguk je jam berapa sekarang dan aku masih lagi berpolitik..

Fikir punya fikir AKU PEDULI APA dengan diaorang punya politik.Aku bukan mintak makan dengan diaorang selama ini...kena kencing lagi ada.Lagipun kalau nak mendabik dada pasal apa yang dah aku SUMBANG pada UMNO dan BN dibandingkan dengan diaorang...jauh sangat beb..

Aku dah pernah dan dah siapkan projek RM250 juta untuk UMNO dan BN tahun 2004 lagi walaupun tak dibayar satu sen pun hingga kehari ini.Lama sebelum kebanyakan blogger hebat yang ada hari ini pandai berblog.ADA SIAPA YANG BERANI NAK PERTIKAIKAN?Tapi tak adalah aku nak mendabik dada mengaku diri ini PEJUANG siang dan malam.Bila berpeluang bercampur gaul dengan rakan rakan bloggers tak ada pun nak sembang deras..aku buat bodoh je.Bagi peluang blogger blogger hebat ni buka sayap mereka.Tapi sabar kita pun ada had nya...

JADI MULAI SAAT INI AKU NAK DECLARE YANG AKU KINI BERNAUNG DIBAWAH UMB PIMPINAN TUN FAISAL.KORANG ADA MASAALAH????

Dah alang alang orang nak berkumpulan tak salah rasanya aku juga memilih untuk duduk dalam satu kumpulan.Siapa aku pilih jangan nak di persoalkan sebab KORANG sendiri pun boikot aku!Aku rasa ada RAMAI lagi bloggers yang bernaung di bawah UMB tapi dek sebab takut menerima nasib macam aku ini diaorang buat bodoh je dengan KUMPULAN ELIT ini.

Tapi suka aku nak bagitau kepada komuniti bloggers..

Bila Tun Faisal mengaku ramai bloggers yang bernaung dibawah UMB dia TAK CAKAP KOSONG....memang itulah hakikatnya.Kalau lah Kumpulan Elit ini tau siapa dan siapa diaorang sendiri pun boleh ketuk kepala sendiri.Jadi mulai hari ini LU LU,GUA GUA!Ini kali terakhir aku sentuh isu ini dan aku harap korang pun sama.Lepas ini jangan lak nak berperang dengan aku tak ada faedah pun...gi berperang dengan Pakatan Rakyat tu.Bukan kah itu tujuan kewujudan KITA semua kan?Kalau berjuang nak bagi mati kawan kawan baik tak usah..

Aku ucapkan SELAMAT MAJU JAYA pada korang semua.Semoga matlamat perjuangan kita tidak tersasar walaupun tidak dalam satu kumpulan yang sama.Korang ikut Highway Elit dan aku ikut Highway Kesas asalkan sampai ke destinasi yang sama.

ADIOS.

P/S : Kepada sahabat sahabat yang rasa nak buang link APA macam yang dah di lakukan ramai sahabat..SILAKAN.Kalau yang tidak gentar memautkan blog ini walaupun di tekan APA ucapkan terima kasih.Fikirlah..untuk apa kita berada dalam dunia blog ini.Untuk satu pejuangan atau untuk akur kepada individu tertentu?Semua nya ditangan Allah SWT..bukan ditangan manusia biasa macam kita.
WALLAHU'ALAM.

Jaga-jaga Penjenayah, Polis Dah Ada Kereta Turbo Baru...


Tahniah kepada PDRM kerana telah mendapat kereta peronda baru dari pihak NAZA WORLD BHD.Pada Majlis penerimaan 3 kereta peronda dirasmikan oleh DS HishammuddinH20.Cantik dan bergayalah anggota PDRM lepas nie.diharap selepas ini segala tugas yang diberi dapat dijalankan dengan lebih sempurna dan efisen.inilah tranfomasi kerajaan BN untuk memperkasakan KDN dan PDRM.

KDN memberi tumpuan khusus terhadap usaha membasmi jenayah di negara ini bagaimana usaha memerangi jenayah dilaksanakan.

kemajuan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), Program Transformasi Kerajaan (PTK) mengenai usaha mengurangkan jenayah.

NKRA, seperti pengerahan semula para pegawai polis daripada tugas-tugas bukan teras kepada tugas-tugas kepolisan serta balai polis bergerak kami.

Di bawah Makmal Jenayah, lebih kurang 55 inisiatif telah dikenal pasti bagi membantu mencapai sasaran untuk menurunkan indeks jenayah sebanyak lima peratus dan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus pada 2010.
hampir kesemua 55 inisiatif berkenaan telah dilaksanakan di pelbagai peringkat dan telah menghasilkan pencapaian ketara daripada segi penurunan indeks jenayah.

Sebagai contoh, pemantauan yang kami buat secara suku tahunan (membandingkan pencapaian dalam tempoh suku tahun dengan tempoh suku tahunan asas iaitu suku kedua 2009), kami dapati di seluruh negara, indeks jenayah telah mencatat penurunan yang menggalakkan iaitu lebih kurang sebanyak 15.1 peratus, manakala jenayah jalanan pula menurun sebanyak 39.6 peratus.

Penurunan kadar jenayah ini juga menjadi bukti tentang keberkesanan strategi dan pendekatan

KDN dalam memerangi jenayah. Sebagai langkah pertama, KDN menganalisis statistik bagi mengenal pasti 50 kawasan yang paling banyak berlaku kes jenayah, yang kami labelkan sebagai titik panas. Kemudian, kawasan ini dipecahkan mengikut balai polis.

Selepas itu, makmal berkenaan akan menggubal kaedah penyelesaian secara holistik dan menyeluruh bagi memerangi jenayah yang meliputi bidang seperti pencegahan, pendakwaan, hukuman dan pemulihan.

Daripada segi pelaksanaan, KDN juga telah melaksanakan inisiatif bagi menambah jumlah pegawai penguatkuasaan di jalan-jalan raya.

Sumber : MatKilau Perang

Kulaan : Tahniah kepada Datuk Seri Hishammuddin dan KDN di atas penerimaan kenderaan baru yang canggih dan stylo Datuk Seri... baru la ganas... penjenayah pun pikir berbelas kali nak lawan pihak berkuasa... semoga dengan adanya kenderaan stylo nie boleh meningkatkan lagi KPI KDN dan pihak PDRM...

Wednesday, 9 November 2011

Tahanan I.S.A Terakhir Dibebaskan... Puas Hati Pembangkang????

TAIPING 9 Nov. – Seorang kerani perkapalan yang merupakan tahanan wanita yang terakhir bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (ISA) dibebaskan dari Tempat Tahanan Perlindungan Taiping, Kamunting, dekat sini hari ini.

Wanita tersebut yang berusia 48 tahun telah menjalani proses pemulihan di situ selama 217 hari iaitu sejak April 2011. – Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers