Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 6 February 2012

Hikayat Moden : Pembangkang Jangan Baca Hikayat Ini Jika Tak Mahu Sakit Hati!!!...


SUASANA memang meriah di dalam bilik mesyuarat yang disewa di hotel Q itu. Di atas meja ada beberapa biji karipap yang belum diusik. Mungkin tidak diusik kerana menghormati pengerusi mesyuarat yang memang gemar makan karipap…

Sesekali suasana di bilik itu gamat dek kerana gurauan pengerusi dan ketawa yang dibuat-buat bagi membodek boss mereka itu.

Sebenarnya, mereka hadir setelah dipanggil boss mereka untuk bermesyuarat dan diberikan taklimat kepada para wakil rakyat. Lupa pula nak diberitahu, mereka merupakan wakil-wakil rakyat dari sebuah parti politik…

Sedang mereka bertepuk bertampar sesama sendiri, tiba-tiba telefon bimbit boss mereka berbunyi, menerima satu sms. Mungkin malas nak mencapai dan membaca sms tersebut, boss telah mengarahkan seorang “macainya” yang bernama Zulkifli Noordin (bukan nama sebenar!) untuk membuka dan membaca sms itu bagi pihaknya…

Sunday, 5 February 2012

Hutan Royal Belum Bakal Dipromosi Secara Agresif... @ZambryAbdKadir


Kerajaan Perak menerusi Perbadanan Taman Negeri Perak dan Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara sedang merancang dan meningkatkan usaha mempromosikan Royal Belum sebagai antara destinasi pelancongan utama dan bertaraf dunia, terutama ketika Tahun MelawatPerak tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir, berkata bagi menjayakan usaha itu, pihaknya sudah membincangkan semua aspek berkaitan termasuk kemungkinan memanjangkan landasan kapal terbang di Gerik.

"Landasan sedia ada hanya berukuran kira-kira 450 meter panjang dan ia perlu diperluaskan sehingga 700 dan 800 meter dan saya akan berbincang dengan pihak tentera (Kementerian Pertahanan) mengenai perkara ini."

Maulidur Rasul: Sejarah, Kontroversi Dan Sunnah...


Setiap tahun, seluruh umat Islam di negara ini menyambut hari kelahiran Rasul junjungan kita, Muhammad SAW, yang jatuh pada setiap 12 Rabiul Awal di tahun Gajah dengan mengadakan perarakan sambil bersalawat kepada Baginda.

Selain itu, turut diadakan majlis-majlis keagamaan seperti ceramah, bacaan Yaasin, tazkirah, dan sebagainya, memuji-muji kelahiran Rasulullah SAW yang telah menerangi kehidupan seluruh manusia sehingga ke akhir zaman.

Bukan saja di Malaysia, sambutan Maulidur Rasul juga disambut oleh umat Islam di seluruh dunia, tidak mengira sama ada di timur, barat, selatan atau utara.

Namun begitu, sambutan Maulidur Rasul sering dijadikan kontroversi di mana wujud kekhilafan pendapat atau fatwa dari para ulama dan pemerintah mengenai kewajaran umat Islam menyambutnya.

12% Rakyat Malaysia Sakit Mental???...


Tinjauan Kesihatan Mobiditi dan Kesihatan 2011 menunjukkan 12 peratus rakyat Malaysia berusia antara 18 dan 60 tahun berhadapan pelbagai jenis penyakit mental.

Presiden Persatuan Psikiatri Malaysia (MPA), Dr. Abdul Kadir Abu Bakar (gambar) berkata, statistik itu satu angka yang tinggi kerana menunjukkan seorang daripada enam rakyat negara ini ada penyakit mental.

"Macam kemurungan ada dua peratus, sakit risau ada 1.8 peratus dan psikosis ada satu peratus. Penyakit mental yang serius adalah macam psikosis dan kemurungan...penyakit keresahan itu pun kronik juga dan kemudiannya penyakit ringan-ringan lain," katanya ketika ditemui di sini."

Katanya, tinjauan Kajian Mobiditi dan Kesihatan itu juga mendapati wanita dua kali ganda lebih ramai mengalami sakit mental berbanding lelaki.

Di Mana Adik Nor Fitri??? Kepada Sesiapa Yang Terjumpa Sila Pulangkan Kepada Keluarganya...


Kulaan turut terpanggil untuk menyertai rakan2 blogger lain menyumbang inisiatif terhadap pencarian seorang kanak-kanak sindrom down bernama MOHD NOR FITRI BIN MARZUKI yang dilaporkan hilang sejak 22 JANUARI 2012.

Berikut adalah kronologi usaha kakak kepada adik Nor Fitri, NORAKMAR MARZUKI yang memohon pertolongan dan doa masyarakat 1MALAYSIA yang prihatin melalui laman Facebooknya:
Minta kerjasama semua rakan2 FB yang ader terjumpa/ternampak kanak2 di dalam gambar ini..sila laporkan/hantar kepada Balai Polis yg berdekatan.Untuk makluman kanak2 ini sindrom down.. kulit cerah dan badan agak berisi..Kanak2 ini telah hilang pada hari ahad (22 january) dan sehingga sekarang masih belum ditemui..Laporan polis telah dibuat dibuat.. Jika ader sebarang maklumat sila hubungi saya di number 013-3440366 Kerjasama anda semua amat kami hargai..Terima Kasih. -25/01/2012
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers