Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Friday, 30 March 2012

Al-Fatihah... Kemangkatan Anakanda Sultan Perak, YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah... @ZambryAbdKadir @Azwanbro @promelayu





Inna lillahi wainna ilaihi rojiun....

YTM Raja Ashman Shah ibni Sultan Azlan Shah, anakanda Sultan Perak Darul Ridzuan juga sebagai Raja Kecil Sulong Perak telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 1.30 pagi ini akibat sakit asma di Bukit Damansara...

Thursday, 29 March 2012

Puaka Niring : Ghost Caught on Security Camera in Adelaide South Australia...

Subhanallah! Seorang Lelaki Membaca Ayat Al-Quran Ketika Masih Koma???...

Subhanallah! Segala puji-pujian bagi Allah SWT yang memberikan keajaiban terhadap seorang pemuda yang begitu asyik mengalunkan ayat-ayat Al-Quran dalam keadaan tidak sedarkan setelah baru dibawa keluar dari bilik pembedahan.

Pemuda yang hanya dikenali sebagai As-Syeikh Nidhal itu dikatakan terlibat dalam satu kemalangan telah dimasukkan ke hospital kerajaan Al-Bashir di Jordan dalam keadaan koma dan terpaksa menjalani pembedahan atas kecederaan yang dialaminya.

Menakjubkan, beliau yang baru berusia 35 tahun dan merupakan seorang imam di sebuah masjid di sana begitu asyik membaca beberapa potong kalamullah dalam keadaan koma meskipun cuba disedarkan oleh rakan yang menyambutnya keluar dari pintu bilik bedah di hospital berkenaan.

Melalui rakaman video Youtube yang dimuat naik oleh TheKimof, antara firman Allah yang dibaca oleh Nidhal adalah dari Surah Al-Hasyar, bermula dari ayat 18 sehingga ayat 21.

Ayat-ayat Al-Quran yang dibaca Nidhal itu menceritakan mengenai golongan fasiq yang lupa pada perintah Allah SWT serta perbezaan ketara di antara golongan ahli syurga yang dianggap sebagai 'pemenang sebenar' berbanding ahli neraka.

Selain itu, di dalam 'tidur'nya, Nidhal turut menceritakan tentang keagungan Al-Quran yang diturunkan kepada manusia yang berbanding gunung-ganang yang akan hancur kerana tidak mampu menerima amanah kitabullah tersebut.

Justeru, sama-samalah kita renungkan apakah hikmah yang tersirat disebalik keajaiban yang Allah SWT berikan kepada insiden yang menimpa Nidhal yang hafal Al-Quran 30 juzuk ini, wallahua'alam.

Biar Betul!!!... Geng Pro M Tunggu Konvoi Kembara Aman Kampus Di Utara Tanahair???... @AmanKampus @shaharabd


Gua dengar cerita geng Aman Kampus 2 hari ini akan bergerak ke Utara tanahair bagi menuju ke beberapa lokasi IPT di sana bersama mahasiswa bukan "MAHASEWEL" bagi membuat beberapa aktiviti berfaedah dan program kemasyarakatan bersama pelajar-pelajar IPT dan penduduk serta masyarakat setempat.

Ini adalah sesinambungan daripada program Aman Kampus 1 sebelum ini yang mendapat sambutan baik daripada golongan mahasiswa dan masyarakat. Jesteru itu, Aman Kampus 2 ini diadakan kembali.

Ia amat bertepatan seperti apa yang telah dinyatakan oleh sahabat Double Y seperti kenyataannya di bawah dan blog Harapan Esok serta Brader Jai :
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers