Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday 29 March 2012

Biar Betul!!!... Geng Pro M Tunggu Konvoi Kembara Aman Kampus Di Utara Tanahair???... @AmanKampus @shaharabd


Gua dengar cerita geng Aman Kampus 2 hari ini akan bergerak ke Utara tanahair bagi menuju ke beberapa lokasi IPT di sana bersama mahasiswa bukan "MAHASEWEL" bagi membuat beberapa aktiviti berfaedah dan program kemasyarakatan bersama pelajar-pelajar IPT dan penduduk serta masyarakat setempat.

Ini adalah sesinambungan daripada program Aman Kampus 1 sebelum ini yang mendapat sambutan baik daripada golongan mahasiswa dan masyarakat. Jesteru itu, Aman Kampus 2 ini diadakan kembali.

Ia amat bertepatan seperti apa yang telah dinyatakan oleh sahabat Double Y seperti kenyataannya di bawah dan blog Harapan Esok serta Brader Jai :

Setelah selesai siri pertama KEMBARA AMAN KAMPUS - MAHASISWA BERSAMA MASYARAKAT yang berlangsung pada 6 Februari - 19 Februari tempoh hari. Siri Jelajah AMAN KAMPUS kini memasuki fasa ke-2 sebelum ke acara kemuncak iaitu Himpunan Aman Anak Muda Bersama Perdana Menteri.
Jika jelajah siri pertama tempoh hari kumpulan ASPIRASI MAHASISWA ini mendekati masyarakat yang terdiri dari pelbagai latar belakang dalam usaha mereka menggali permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat Malaysia. Siri ke-2 JELAJAH AMAN KAMPUS membawa kumpulan MAHASISWA yang rasional ini mendekati golongan mahasiswa di setiap IPTA di seluruh negara.
Setiap permasalahan yang dihadapi oleh masyarakat dan para mahasiswa yang dikumpul oleh peserta JELAJAH AMAN KAMPUS ini akan dibentangkan kepada Perdana Menteri DS Najib Tun Razak bagi memastikan setiap permasalahan yang dihadapi dicari jalan penyelesaian oleh para pemimpin negara dalam memastikan negara serta kampus-kampus di Malaysia terus kekal aman di bawah pemerintahan kerajaan yang dipimpin oleh PM.
Sebelum serbu kampus-kampus di bahagian Utara esok, JELAJAH AMAN KAMPUS telah pun mendekati golongan mahasiswa di Kolej MARA Kuala Nerang Kedah, Universiti Teknikal Malaysia Melaka, Kolej Yayasan Antarabangsa Melaka, Universiti Teknologi Malaysia Johor, Institut Kemahiran Belia Pagoh dan Universiti Tun Hussein Onn. Laporan aktiviti JELAJAH AMAN KAMPUS minggu lepas baca di blog HARAPAN-ESOK [KLIK]

Siri JELAJAH AMAN KAMPUS kali ini juga agak menarik kerana menampilkan bekas mahasiswa yang pernah berjuang dengan kumpulan mahasiswa PRO-PEMBANGKANG yang kini telah sedar bahawa perjuangan yang dibawa oleh kumpulan minoriti itu sebenarnya tidak membawa ASPIRASI MAHASISWA yang sebenar, sebaliknya kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG ini dijadikan alat oleh parti politik pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan.
Kumpulan pelajar PRO-PEMBANGKANG mula mengirimkan sms ugutan kepada pelajar ini, tetapi walaupun menerima ugutan dan ancaman. Pelajar ini tetap akan meneruskan JELAJAH AMAN KAMPUS kerana beliau tidak lagi rela dirinya diperkudakan oleh parti politik pembangkang!

So, kepada Mahasewel-mahasewel di luar sana... nantikanlah kehadiran mereka ini dan cubalah perbetulkan sikit otak lu orang yang dah senget tuh... udah-udah ler buat perangai budak-budak yang tak sesuai dengan taraf lu orang sebagai manusia bertuah dapat belajar di Menara Gading... gua dulu pun pernah gak duduk kat situ tapi tak ler sampai otak gua jadi sewel macam lu orang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers