Gua sempat singgah jap kat Kraftangan Shah Alam di mana satu pertembungan tahap gaban "Clash of the Titan" antara Ketua Pemuda UMNO, YB Khairi dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan tajuk perdebatan yang terhangat di pasaran pasal PTPTN.
Memang gua sedar gua tak dijemput pun dan jauh sekali tersenarai dalam jemputan program debat ni. Cuma gua mengambil kesempatan menjenguk macam mana suasananya majlis debat ni berbanding majlis debat sebelum ni antara KJ ngan Nasrudin, Ambiga ngan Tan Sri Wan.
Gua dapati debat kali ini agak tersusun perjalanan dengan ada kaunter pendaftaran tetamu jemputan dan urusetia yang hanya membenarkan jemputan sahaja masuk. Manakala penyokong kedua belah pihak kena la duduk luar. Cuba korang tengok gambar yang gua sempat snap ngan BB.
Dalam kegelapan sepasukan bodyguard Sinar menunggu depan dewan dan hanya membenarkan jemputan dan wartawan sahaja yang masuk. Itu pun kena mendaftar dulu. Tak ramai pun penyokong kat luar dewan hanya sekitar puluhan orang sahaja.
Mungkin ramai yang sedang tercongok di depan kaca TV tengok "live" di saluran Astro501 sambil makan popcorn. Tak pun tengok debat ni kat internet di MobTV. Gua pun tengah tengok internet kat MobTV sebab jelas dan terang, tak payah nak frust-frust tak dapat masuk.
Okey geng, gua pun takleh nak menulis panjang sebab gua nak "konsentret" kat internet nie. Gua xda Gtab ka Ipad ka, member gua kata kalo lu orang ada gajet tuh boleh tengok kat internet kat www.MobTV.my
Selamat menonton....
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Jadilah Sahabat Kulaan...
SEWA
TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...
Tuesday, 22 May 2012
Lensa Niring : Suasana Debat KJ vs Rafizi... @KhairyKJ @RafiziRamli
Labels:
KhairyKJ
Peluang Bertemu Artis Di Himpunan Jutaan Belia Putrajaya... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit
Pengunjung karnival Himpunan Jutaan Belia Putrajaya yang akan berlangsung selama lima hari mulai Rabu ini berpeluang menemui beberapa artis yang mempunyai latar belakang pengajian undang-undang di gerai Pertubuhan Sukarelawan Peguam Malaysia (Sukaguam).
Pengerusi Sukaguam, Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata selain menawarkan khidmat nasihat berkaitan undang-undang kepada pengunjung khususnya golongan belia, program yang mendapat kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut menampilkan ruang buat golongan artis berkenaan berinteraksi dengan para peminat.
Beliau berkata setiap hari 10 peminat bertuah akan dapat menemui artis berkenaan secara bersemuka, berbual mesra, mendapat nasihat atau mendengar sendiri pengalaman artis semasa mengikut pengajian undang-undang, mungkin untuk kira-kira 45 minit.
"Bagi membuat temu janji dengan artis pada hari berkenaan, mereka yang berminat boleh melawat Facebook Sukaguam dan kami akan buat pilihan dan tetapkan temu janji," katanya dalam satu persidangan media yang turut disertai Timbalan Presiden Seniman, Zed Zaidi di pejabat Sekretariat perhimpunan di Kementerian Belia dan Sukan di sini hari ini.
Difahamkan selain Zed Zaidi, antara artis yang sudah menyuarakan minat untuk menjayakan program itu ialah Fahrin Ahmad, Neelofa dan Ana Rafali.
Labels:
Hari Belia 2012,
Sinar Harian
Aspek Keselamatan Himpunan Jutaan Belia Diberi Perhatian... #HBN2012 @ShaberyChik @razaliibrahim @beliabangkit
21 Mei 2012
PUTRAJAYA - Aspek keselamatan pengunjung dan peserta Himpunan Jutaan Belia akan diberi perhatian sewajarnya supaya tiada kejadian buruk berlaku sepanjang lima hari acara itu berlangsung.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata kira-kira 1,500 anggota keselamatan beruniform termasuk Polis Diraja Malaysia akan bertugas untuk memastikan keselamatan orang awam.
"Saya sempat bertemu Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar tadi dan berbincang mengenai aspek keselamatan termasuk mengawal keadaan lalu lintas.
"Beliau meminta kita tidak bimbang kerana mereka akan mengawal keadaan.
Malah seperti tahun lepas tiada sebarang kejadian buruk berlaku," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Celebrity Planet yang dikendalikan Stadium First Sdn Bhd dan majlis menandatangani memorandum persefahaman antara syarikat itu dan Majlis Belia Malaysia di sini hari ini.
Selain itu lebih 20,000 sukarelawan antaranya anggota Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Rakan Muda akan turut sama memastikan segala acara berjalan lancar.
Labels:
Hari Belia 2012,
Sinar Harian
Siapa Antara Mereka Berdua Ini Adalah Bapa Kandung Afifa Yang Sebenarnya???...
Siapakan antara dua individu ini adalah bapa kandung sebenar adik Afifa ini...
Jika anda ada jawapannya boleh ler berkongsi dengan gua... Gua bukan niat nak menuduh sesiapa...
Sekadar pertanyaan yang bersarang dalam kepala hotak nie...
Labels:
Anwar Ibrahim,
Azmin Ali
Monday, 21 May 2012
Beza Pas Dulu Dan Pas Sekarang???...
SEMASA PAS BERJUANG BERSENDIRIAN:
"Orang-orang Islam yang berkongsi dengan orang-orang kafir untuk memerintah negara, menjadi kafir atau haram " - Hukum Dewan Ulama PAS Kelantan, Ogos 1963.
PAS JUGA kata yang mereka menentang UMNO dan dakwa UMNO kafir kerana UMNO memerintah menggunakan Perlembagaan negara yang sedia ada yang PAS kata Perlembagaan kafir tinggalan penjajah.
PAS kata yang perjuangan PAS adalah untuk menubuhkan Negara Islam dengan mengambil Al Quran dan Hadis sebagai Perlembagaan negara dan akal laksanakan hudud dan segala perundangan Islam bila memerintah.
SEMASA PAS NAK BERSEKUTU DAN BERKONGSI KUASA DENGAN KAFIR DALAM PR : PAS bersetuju dan berjanji dengan kafir DAP dan PKR bahawa sekiranya PR memerintah, PAS/DAP/PKR akan kekalkan dan gunapakai Perlembagaan negara yang sedia ada yang PAS kata perlembagaan kafir tinggalan penjajah.
PAS gugurkan perjuangan menubuhkan negara Islam dan gantikannya dengan Negara Berkebajikan.
PAS istihar bersama-sama dengan kafir DAP dan PKR bahawa hudud bukan lagi agenda PAS/DAP/PKR, walaupun mendakwa bahawa DAP dah faham Islam hasil penjelasan PAS dan bawa DAP ke masjid-masjid dan surau-surau supaya Umat Islam menerima kafir DAP sebagai rakan kongsi kuasa PAS.
Nik Aziz dan puak-puak Anwarinas dalam PAS menolak sekeras-kerasnya tawaran UMNO untuk bermuzakarah dan menekan sesiapa saja dalam PAS (termasuk Presiden dan Tim. Presiden PAS) yang bersetuju dengan hasrat UMNO untuk bermuzakarah.
BILA DAP NYATAKAN AKAN TETAP BANTAH DAN TK SOKONG PERLAKSANAAN HUDUD : Nik Aziz buat pengistiharan bahawa PAS sedia bermuzakarah dengan sesiapa saja termasuk UMNO demi kepentingan Ummah.
Adakah Nik Aziz betul-betul ikhlas nak bermuzakarah atau sengaja BERSENDIWARA untuk nak gertak Karpal dan DAP supaya jangan bantah dan komen apa-apa tentang penipuan PAS untuk nak laksanakan hudud.
Sebab PAS dan DAP sama-sama faham bahawa tanpa sokongan dan persetujuan DAP, PAS tidak boleh laksanakan hudud dalam perkongsian kuasa mereka.
Adakah Nik Aziz dan PAS betul2 ikhlas nk bermuzakarah atau sekadar bersendiwara??
Subscribe to:
Posts (Atom)
The True Brothers
.jpg)
.jpg)

