Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday 22 May 2012

Lensa Niring : Suasana Debat KJ vs Rafizi... @KhairyKJ @RafiziRamli

Gua sempat singgah jap kat Kraftangan Shah Alam di mana satu pertembungan tahap gaban "Clash of the Titan" antara Ketua Pemuda UMNO, YB Khairi dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli dengan tajuk perdebatan yang terhangat di pasaran pasal PTPTN.

Memang gua sedar gua tak dijemput pun dan jauh sekali tersenarai dalam jemputan program debat ni. Cuma gua mengambil kesempatan menjenguk macam mana suasananya majlis debat ni berbanding majlis debat sebelum ni antara KJ ngan Nasrudin, Ambiga ngan Tan Sri Wan.

Gua dapati debat kali ini agak tersusun perjalanan dengan ada kaunter pendaftaran tetamu jemputan dan urusetia yang hanya membenarkan jemputan sahaja masuk. Manakala penyokong kedua belah pihak kena la duduk luar. Cuba korang tengok gambar yang gua sempat snap ngan BB.

Dalam kegelapan sepasukan bodyguard Sinar menunggu depan dewan dan hanya membenarkan jemputan dan wartawan sahaja yang masuk. Itu pun kena mendaftar dulu. Tak ramai pun penyokong kat luar dewan hanya sekitar puluhan orang sahaja.

Mungkin ramai yang sedang tercongok di depan kaca TV tengok "live" di saluran Astro501 sambil makan popcorn. Tak pun tengok debat ni kat internet di MobTV. Gua pun tengah tengok internet kat MobTV sebab jelas dan terang, tak payah nak frust-frust tak dapat masuk.

Okey geng, gua pun takleh nak menulis panjang sebab gua nak "konsentret" kat internet nie. Gua xda Gtab ka Ipad ka, member gua kata kalo lu orang ada gajet tuh boleh tengok kat internet kat www.MobTV.my

Selamat menonton....

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers