Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 3 July 2012

Puaka Niring : Lembaga ‘Misteri’ Di Kota Damansara?


Kegembiraan seorang penarik kereta yang mahu bersantai bersama rakannya untuk menonton perlawanan suku akhir Kejohanan Euro 2012 antara Jerman dan Greece tidak kesampaian apabila kereta Honda City dipandunya terbabas serta berpusing beberapa kali sebelum terbalik di bahu jalan bertentangan.

Dalam kejadian pada jam 2 pagi di Persiaran Kenangan Seksyen 6 itu, mangsa dikatakan cuba mengelak lembaga misteri yang secara tiba-tiba melintas jalan tersebut.

Penarik kereta berusia 30 tahun itu bagaimanapun bernasib baik dan hanya mengalami kecederaan pada bahagian kepala serta luka pada bahagian badan.

Hairie Othman Mengaku Dapat Imbuhan Daripada Pentas Ceramah Pas???... @hairieothman


"A picture speaks a thousand words"... itu kata-kata hikmah yang gua pinjam daripada peribahasa orang putih bekas penjajah Malaya zaman tok nenek gua. Baru-baru nie gua ada ler 'berbual' dengan sorang artis yang dan semakin senja dalam dunia hiburan ditenggelami oleh artis-artis baru yang lebih muda dan hensem. Gua rasa korang mesti dah tau sape dia.

Gua adatanya kat dia pasal apa beria-ia masuk Pas dan sibuk ke hulu ke hilir di pentas-pentas ceramah Pas. Gua tanya adakah sebab perjuangan Pas yang kononnya memperjuangkan Islam seperti yang didakwa beliau hanya Pas adalah platform yang terbaik untuk beliau mendalami agama Islam setelah beliau rasa telah jauh tersesat dalam dunia artis atau kerana WANG.

Pada mulanya beliau cuba mengelak dengan mengatakan beliau mendekati Pas dengan tujuan kononnya untuk mendalami Islam yang tidak mungkin dapat beliau belajar dengan alim ulama' selain Pas terutama sekali ulama' UMNO. Tapi akhirnya, Allah maha kuasa menunjukkan apa sebenarnya niat beliau untuk masuk Pas.  Kerana WANG... Ya! semuanya kerana WANG RINGGIT atau RM.

Gua bukan la mahu mempertikaikan niat baik seseorang individu yang mahu berubah ke arah kebaikkan lebih-lebih lagi ingin mendalami ilmu agama Islam tapi jika niat pun sudah serong apatah lagi kesudahannya. Gua sedar gua bukan la tinggi sangat bab ilmu agama ni sebab mengaji kat pondok dulu pun sekejap jer, baru 7 tahun sedangkan tok-tok guru dan alim ulama' lain berpuluh tahun mengaji bab keagamaan ni tapi kalo setakat baru 2 3 bulan "sembang" pasal Islam dan nak nasihat orang lain pulak apatah lagi nak bagi ceramah, gua rasa baik beliau cermin dulu diri beliau.

Tak mustahil juga (sekadar teori yang akan disusuli dengan bukti kemudian) niat beliau "mungkin", gua ulangi "mungkin" masuk pas sebagai platform untuk menjadi calon Pas dalam pilihanraya akan datang kot. Wallahualam, hanya Allah sahaja yang mengetahuiNya.


Untuk hadis pertama ini berkaitan pasal niat. Sesuai sekali diletakkan di hadapan kerana dalam hidup kita, setiap amalan mesti dimulakan dengan niat. Niat yang baik akan mendapat pahala, dan niat tak baik selagi tidak melakukannya selagi itu tidak mendapat dosa. Betapa sayangnya Allah pada kita.

Hadis pertama: [terjemahan]

“Daripada Amirul Mukminin Abu Hafa, Umar ibnu Al-Khattab r.a berkata: aku mendengar Rasulullah saw bersabda: bahawasanya setiap amalan itu adalah dengan dan semua orang mendapat pahala berdasarkan apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kerana Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasulnya. Barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang diperolehinya atau perempuan yang ingin dikahwininya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.”

Dalam hadis diatas menunjukkan bahawa setiap amalan dan perbuatan kita haruslah dimulakan dengan niat. Niat amat perlu untuk membolehkan amalan kita menjadi sah seperti solat, puasa, haji dan sebagai. Selain itu niat juga membolehkan kita bekerja untuk mendapatkan sesuatu dengan berterusan. Sebagai contoh kita berniat untuk berkorban tahun ini, dan dengan niat itu kita akan bekerja keras untuk mendapatkan rezeki sehingga tercapai niat kita.

Waktu untuk berniat bagi ibadah adalah sebelum atau ketika ingin melakukan perkara tersebut sepeti niat solat dilakukan ketika mengangkat takbir dan niat puasa dilakukan sebelum terbitnya fajar. Manakala tempat berniat adalah didalam hati, dengan melafaznya di mulut, kita menjadi lebih mudah untuk menanamkan niat itu kedalam hati.

Bukti Apa Kaitan Anwar Ibrahim Dengan IIIuminati???...


Illuminati merupakan sebahagian daripada Freemasonary yang berdiri atas landasan falsafah Zionisme.

Illuminati adalah sebuah kerajaan bayangan yang terdiri daripada tokoh-tokoh penting samaada dari segi politik, ekonomi, ahli saintis dan sebagainya dalam mencaturi segala pergolakan dunia serta mendalangi segala konspirasi untuk menguasai dunia. Matlamat mereka adalah untuk mencipta New World Order iaitu One world Goverment. Illuminati lebih kepada sebuah organisasi dunia yang terdiri daripada ahli super power elite yang kaya untuk menjadikan masyarakat dunia menjadi hamba (slave).

Tokoh-tokoh penting ini pula berusaha sedaya upaya untuk mencari agen. Diharapkan agen ini akan menjalankan operasi proksi di beberapa negara agar New World Order menjadi kenyataan di dunia ini. Sehubungan dengan itu, apakah wujud proksi tersebut di Malaysia? Mari kita sama-sama merenung perhubungan dan interrelation di bawah.
7 PRINSIP UTAMA ILLUMINATI:

1. Aboliton of all national government.
(Menghapuskan seluruh pemerintahan yang berorientasi kepada nasionalisme)

2. Abolition of all religions except satanism.
(Menghapuskan seluruh agama kecuali ajaran syaitan)

3. Aboliation of family value.
(Menghapuskan nilai-nilai kehidupan keluarga dan individu harus tunduk kepada nafsu)

4. Abolition of private property.
(Menghapuskan hak pemilikan pribadi)

5. Abolition of inheritance by high inheritance taxes.
(Menghapuskan nilai pajak yang tinggi)

6. Abolition of patriotism.
( Menghapuskan jiwa patriot - semangat cintakan negara)

7. Creation of the world government under the United Nations by Illuminati
(Menciptakan pemerintahan dunia dengan memperalat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN) yang telah dikuasai kaum Iluminati)

Kerana Abby Abadi Dan Hairie Othman Masuk Pas, Semakin Galak Pas Keluar Fatwa Gila... @abby_abadi112 @hairieothman




PAS semakin 'gila' menjadikan hukum-hukum agama sebagai modal politik mereka.

Kenyataan seorang penceramah PAS yang dirakam ketika kunjungan Abby Abadi di Pasir Puteh, Kelantan pada 29 Jun 2012 yang lalu mungkin agak melucukan serta menimbulkan keraguan kepada pendengarnya.

Lalu saya merujuk kepada Kitab Bahrul Madzi dan beberapa sahabat yang berkelulusan dari Al-Azhar, Mesir.

Menurut mereka Rasulullah S.A.W ada menegaskan bahawa soalan pertama yang akan Allah S.W.T tanya kepada kita di akhirat kelak adalah berkenaan solat dan empat perkara iaitu :
  • Tentang umur, adakah kita mempergunakannya dengan sebaik-baiknya.
  • Tentang masa mudanya, bagaimanakah kita melaluinya.
  • Tentang harta, dari mana kita memperolehi sumbernya dan ke arah manakah pula ia dibelanjakan.
  • Tentang ilmunya, adakah kita mengamalkan ilmunya.

Tidak pula saya tahu jika ada soalan tambahan yang berbunyi "Bakpo mung pakoh Najib, mung tok pakoh Tok Guru?".

Mungkin sahabat pembaca yang lebih arif boleh merungkai keraguan yang ditimbulkan oleh Ustaz PAS dalam paparan video di atas, Maklumlah semakin canggih kemajuan yang kita kecapi semakin ramai pihak yang mempermainkan hukum agama.

Semakin hampir pilihanraya, semakin banyaklah 'fatwa' baru yang PAS akan timbulkan.

Sumber : YY

Monday, 2 July 2012

Puaka Niring : Misteri Dolphin Pink Yang Semakin Pupus....



Pernah lihat ikan lumba-lumba atau dolphin yang berwarna merah jambu atau lebih mudah, warna ‘pink’?

Dolphin pink sememangnya wujud tetapi kita jarang melihat haiwan tersebut memandangkan kebiasaannya, kita hanya mengetahui dolphin hanya ada yang bewarna hitam atau kelabu.

Dolphin pink adalah ikan lumba-lumba spesis Inia geoffrensis di mana hidup di dalam air tawar.

Dolphin pink lebih dikenali dengan nama Boutu, Amazon River Dolphin dan Pink River Dolphin.

Habibat awal dolphin pink adalah di sekitar sungai di benua Amerika Selatan iaitu sungai Amazon atau Orinoco.

Uniknya, di awal usia ‘remaja’ dolphin ini, kulit dan tubuhnya berwarna kelabu tetapi bertukar kepada ‘pink’ apabila menjadi dewasa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers