Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 7 July 2012

Puaka Niring : Misteri Ikan Duyung Hanya Dongeng...


Persoalan sama ada ikan duyung wujud atau tidak ditamatkan baru-baru ini apabila sebuah agensi saintifik Amerika Syarikat mengesahkan makhluk laut itu tidak wujud.

Pentadbiran Lautan dan Atmosferik Kebangsaan Amerika mengesahkan tidak ada bukti menunjukkan makhluk separuh manusia separuh ikan itu wujud.

Agensi berkenaan mengeluarkan kenyataan minggu lalu untuk menjelaskan bahawa spesies laut itu tidak wujud selepas menerima beberapa panggilan berikutan tayangan oleh saluran Animal Planet berjudul: Mermaid: The Body Found yang mengelirukan beberapa penonton. Selepas siaran rancangan fiksyen itu, yang direka untuk mempunyai format sama dengan sebuah dokumentari, beberapa penonton menelefon agensi berkenaan untuk mengetahui lebih banyak mengenai makhluk itu.

Hasrat Anwar Nak Jadi PM terkubur Bila DAP Bertanding 89 Kerusi...



PRU 13 DAP Bertanding 89 Kerusi, Adakah Anwar Ibrahim Bakal Jadi PM?

Berdasarkan satu laporan yang diterima, menunjukkan PKR hanya akan bertanding di 66 kerusi parlimen dalam PRU 13 nanti, jauh berkurangan berbanding sebelumnya.

Penyusutan 31 kerusi jika dibandingkan dengan 97 kerusi parlimen yang ditandingi PKR semasa PRU 12 2008 yang lalu.

Pengurangan mendadak jumlah kerusi yang ditandingi PKR ini juga berkaitrapat dengan tekanan dari DAP yang melihat dirinya lebih berpotensi memberi cabaran sengit terhadap BN.

Dengan ketetapan jumlah kerusi untuk PAS tandingi pula hanyalah 67 kawasan parlimen bermakna baki sejumlah 89 kawasan lagi bakal menyaksikan calon DAP yang berentap menentang BN.

Hampir kesemua kawasan majoriti Cina dan sebahagian kawasan parlimen yang komposisi kaumnya bercampur-campur yang sebelum ini ditandingi PKR juga bakal ditandingi oleh calon DAP.

Laporan itu juga menyebut PKR turut menghadapi masalah untuk mendapatkan calon yang berkaliber bagi menghadapi pilihanraya umum kali ini.

Banyak kawasan parlimen yang bakal ditandingi PKR masih kosong tak terisi sekaligus bakal mengulangi sejarah lama bila ramai calon payung terjun dan tidak berkualiti akan diletakkan untuk mewakili PKR.

Ini juga bermakna propaganda Anwar Ibrahim selama ini untuk merampas Putrajaya tidak lebih sekadar seekor ayam yang riuh sekampung tapi telurnya sebiji.

Untuk rekod, dalam PRU 12 tahun 2008, daripada 47 kerusi yang ditandingi DAP 28 darinya berjaya dimenangi dengan majoriti yang selesa. Kerusi milik DAP bertambah satu melalui kemenangan di parlimen Sibu.

PKR pula hanya menang di 31 kerusi sekalipun berbanding 97 kawasan yang ditandingi. Manakala PAS pula bertanding di 66 kawasan dan hanya menang di 23 kerusi.

Dalam tempoh kurang dua tahun, PKR kehilangan 5 kerusi parlimen apabila wakilnya keluar parti menjadi wakil BEBAS termasuk satu kerusi lagi dimenangi semula oleh BN melalui pilihanraya kecil.

Melihat kembali kepada rekod dan prestasi yang memihak pada DAP, seakan satu kewajaran untuk DAP menguasai pembahagian kawasan parlimen yang ditandingi pakatan pembangkang.

Dengan rekod pencapaiannya yang nyata lebih baik dari PKR dan PAS, tidak syak lagi DAP akan terus menguasai polisi dan dasar pakatan pembangkang.

Dan sekiranya pembahagian kerusi itu benar-benar dimuktamadkan, maka ura-ura Lim Guan Eng mahu dilantik sebagai PM sekiranya pakatan pembangkang dapat mengambil alih tampuk pemerintahan bakal menjadi kenyataan.

Adakah perkara sebegini akan dibiarkan berlaku oleh orang Melayu Islam yang berada dalam PKR dan PAS?

PR Kantoi Edit Gambar Rosmah!!! @NajibRazak


Pakatan Rakyat sedang sibuk memfitnah isteri PM dengan melakukan beberapa edit gambar, diantaranya yang dapat gua kenali berkaitan dengan gambar di bawah.

Timbul satu persoalan, pada tulisan yang tertulis "Perdana menteri Malaysia". Kenapa pada ejaan menteri itu kecil ( m) tidak besar seperti "M" yang ini??? Nampak sangat pakar edit telah terkantoi menipu. Sepatutnya perkataan Menteri itu mestilah besar!!!...

PR sudah sinonim dengan title 'Penipu Rakyat". Malu giler siot kantoii menipu!!!... Mana puak-puak PAS??? Tak mau tegurr ker???...

Wunan Bin Pendekar Laut, gua pinjam jap lu punya doa yee.

"Ya ALLAH selamatkan kami dari PEMFITNAH dan juga dari pemimpin-pemimpin kami DIZALIMI - RASUAH dan MUNAFIK". amin..

Agak-agak lu la kan brader King Jason, Lu & menipu memang tak dapat dipisahkan ye. Post lu ade gak nak tunjuk lu alim le, konon nak tunjuk lu nie pon berjuang la kan. Tapi kuat fitnah siot..

Saranan gua untuk korang geng PR (Peragut Rumput) terutamanya kepada Wunan laut & kaki penipu (King Pakingson) lu boleh la tukar gambar profile tue letak gambar Angry bird. cover malu.

hahahaha88x

Sumber - Nurul Izam

Friday, 6 July 2012

Betul Ker Abby Pertahankan Pas???... @Abby_Abadi112


Cerita pelakon Abby Abadi menyertai parti Pas sudah lama heboh sejak keputusannya berhijrah. Tambahan pula, dia sering dilihat berada di kebanyakan ceramah anjuran Pas.

Bagaimanapun, Abby sebelum ini pernah menafi kan hal itu dan mengakui tidak berminat untuk melibatkan diri dengan mana-mana parti politik.

Namun sejak kebelakangan ini, Abby dilihat banyak mengeluarkan status yang menjurus kepada keagamaan. Tidak terkecuali mengenai perihal Pas.

Paling ketara, semalam, status terbaru di laman sosial, Facebook miliknya, terang-terangan menyokong dan mempertahankan parti Pas.

Malah, statusnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada peminatpeminat. Tidak kurang ada yang menyokong dan ada juga yang menghentam.

Pun begitu, bekas pelakon Gerak Khas ini turut berbalas komen sambil tetap mempertahankan parti itu.

Sementara itu, Zass cuba menghubungi Abby namun tidak berjaya. Adakah Abby sebenarnya sedang berkira-kira hendak mengumumkan penglibatannya dalam parti Pas. -SH-

Rakyat Malaysia Perlu Diberi Pendidikan Mengenai Keganasan... @HishammuddinH2O @idamoerni @Ishammuddin @tunfaisal


KUALA LUMPUR - Masyarakat Malaysia perlu diberi pendidikan mengenai keganasan bagi mengekang fahaman ekstremis yang dikaitkan dengan Islam supaya tidak tercetusnya insiden keganasan di negara ini.

Pegawai Agama Kementerian Dalam Negeri (KDN), Zamihan Mat Zain berkata selain itu tafsiran yang salah mengenai Islam juga menyebabkan segelintir masyarakat negara ini terpengaruh dengan fahaman kumpulan ekstremis.

"Mereka (ketua), misalnya memberi tafsiran yang tidak tepat mengenai konsep jihad. Konsep jihad ini luas dan bukan hanya kepada peperangan tetapi ketua kumpulan terbabit mengeksploitasi ajaran agama demi kepentingan sendiri sehingga sanggup bertindak ganas dengan niat menggulingkan kerajaan," katanya.

Terdahulu, beliau menjadi anggota panel program bicara BernamaTV ‘Hello Malaysia’ bersama Timbalan Ketua Jabatan Pasukan Petugas Khas (Operasi/Anti Keganasan) Bukit Aman Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Dalam program bertajuk 'Agama dan Keganasan' yang disiarkan secara langsung malam ini, Zamihan berkata Malaysia perlu merangka modul pemulihan bagi anggota kumpulan militan yang ditahan supaya tidak kembali melakukan keganasan.

"Program pemulihan ini boleh dilakukan dengan kerjasama agensi berkaitan seperti Jabatan Agama Islam dan polis," katanya.

Sementara itu, Ayob Khan berkata berdasarkan pemerhatian polis terhadap kes-kes lampau berkaitan kumpulan militan, kebanyakannya didalangi pengaruh luar dan dikaitkan dengan Islam. - Bernama
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers