Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 2 September 2012

Puaka Niring : Misteri Kipmai Masai Johor...


Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yang di katakan 'berpenghuni'

Tahukah korang bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak digunakan? Maka terjadilah tempat-tempat jin melepak.. Jangan disangka rumah kosong yang dibiarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..

Surau sepi ini berdekatan dengan pekan Masai.. Surau tu dibuat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma untuk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz untuk mengajar kuliah di surau berkenaan..

Yang anehnya setiap kali mengikuti kuliahnya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yang dihadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa-apa pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..

Ustaz ini amat daif kehidupannya dari segi harta. Semua kenderaan yang digunakan adalah sumbangan dari anak muridnya. Dia tinggal di rumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama. Masyallah hebatnya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kepadanya... Dia telah kembali ke rahmutullah pada tahun 1990an.

Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun dirobohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah didirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!

[Video] : Ustaz kazim Penjelas Bahaya Murtad Yang Berlaku Sekarang...



Penjelasan Ustaz Kazim tentang isu Murtad yang semakin berleluasa di Malaysia

Jawapan Bijak Mengenai Isu Air Selangor...


Dasar Air Percuma Tidak Bijak, Bukan Bersifat Lestari - Ahli Akademik

KUALA LUMPUR: Dasar kerajaan negeri Selangor memberi bekalan air percuma sejak empat tahun lepas adalah langkah yang tidak bijak dan bukan bersifat lestari, kata seorang ahli akademik.

Prof Dr Suhaimi Abdul Talib berkata dasar itu menyebabkan hasil bagi kerajaan negeri terus merosot yang akan sebaliknya memberi manfaat atau berguna bagi meningkatkan kemudahan infrastruktur.

"Walaupun pemberian air percuma kelihatan baik dari segi faedah jangka pendek, tetapi dari segi jangka panjang kita tidak mendidik orang ramai untuk menghargai air," katanya.

Dr Suhaimi, yang juga Penolong Naib Canselor bagi Pembangunan, Pengurusan Kemudahan dan ICT Universiti Teknologi Mara (UiTM), memberi amaran bahawa Malaysia tidak mempunyai limpahan bekalan air yang tidak terhingga.

"Kita perlu sedar bahawa sumber-sumber air semakin berkurangan berikutan peningkatan permintaan yang mendadak," katanya.

Beliau berkata negeri itu akan sampai pada satu peringkat di mana ia tidak lagi dapat menarik air mentah dari sumber luar dan sumber air yang baru akan perlu datang bergantung kepada bagaimana ia dapat menguruskan sumber dalamannya sendiri dengan cara yang terbaik.

Gambar Ustaz Azhar Idrus Bawak Ferrari, Betul Ker Kereta Dia???...


NILAIKAN SENDIRI USTAZ PAS SORANG NI..!!

Hebat, bergaya dan mantop. Itulah ungkapan yang boleh diberikan kepada artis PAS sorang ni, sebabnya artis lain dan pelakon pun tak dapat nak merasa apa yang dirasai oleh penceramah bini 4 ni. Orang perempuan mesti suka nak tengok Ustaz Glamour ni, mengalahkan Ustaz Akhil..!!!

Hebatkan, mana ada artis ataupun pelakon kahwin sampai 4 bini, sedangkan penceramah yang terlalu diberi kebebasan bersuara dalam masjid ni lantang menghuraikan pendapatnya. Biarlah gambar di atas berbicara tentang kehidupan mewahnya.

Itu sebab penceramah ni sokong PAS, sebab masyuk banyak..!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers