Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 17 April 2013

Panas!!! Mislina Muak Dengan Golongan Yang Benci LGBT



Jika disebut nama Mislina Mustaffa, pelakon dan juga pengarah ini sememangnya seorang yang mempunyai kelebihan dan bakatnya yang tersendiri. Karya-karya yang pernah dibawanya juga ada yang menimbulkan kontroversi.

Dan terbaru, dia telah mengarahkan serta turut berlakon sama di dalam sebuah pementasan teater berjudul "M.Butterfly" yang turut dibarisi oleh pelakon Benjy.

Karya ini sememangnya karya yang sangat kontroversi dan di Malaysia sendiri ia adalah isu sensitif kerana mempunyai unsur-unsur cinta dan seks sama jenis.

Mislina ketika ditemubual menjelaskan antara tujuan dia memilih "M.Butterfly" sebagai naskhah untuk tontonan umum adalah untuk memberi kesedaran tentang betapa pentingnya seseorang itu mempunyai perasaan untuk mengorek ilmu pengetahuan dengan lebih mendalam.

"M.Butterfly adalah satu karya kontroversi, kerana ia ada cinta dan seks sama jenis. Saya dah muak terhadap kebencian orang terhadap LGBT, dan saya yang berpelajaran ada tanggungjawab untuk korek kenapa perkara itu berlaku.

"Saya sedar, jika anda sentiasa korek pengetahuan, takkan ada peluang untuk anda menjadi seorang yang 'judgemental'," tambahnya lagi.

Bagi yang tidak tahu, "M.Butterfly" merupakan sebuah karya yang memaparkan watak utama, Rene Gallimard, seorang kakitangan awam dihantar untuk bekerja di kedutaan Perancis di China. Gallimard kemudiannya jatuh cinta dengan diva opera China, Song Liling, yang sebenarnya seorang lelaki menyamar sebagai seorang wanita.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, 16 April 2013

Gempar!!! Biar Betul Tak Sampai 50 Orang Yg Datang Ke Majlis Kesyukuran Tengku Adnan???... @TengkuAdnanReal @tunfaisal





Mesti Baca!!! Berikut Adalah Saingan Sengit di Beberapa Kerusi Panas Parlimen & DUN Seluruh Negara???...


Beberapa kerusi panas bakal menyaksikan saingan sengit selepas BN mengumumkan calon yang akan mewakili parti itu pada PRU13, yang akan berlangsung, 5 Mei ini.

Setakat pukul 11.30 pagi tadi, Datuk Abdul Ghani Othman sah akan bertanding mewakilin BN bagi kerusi Parlimen Gelang Patah, beliau akan menentang Penasihat DAP Lim Kit Siang.

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi DUN Permas Jaya sementara Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mempertahankan kerusi Parlimen Pulai yang disandangnya.

Ini sekaligus menguatkan spekulasi salah satu calon berkenaan akan menjadi Menteri Besar Johor yang baru.

Khaled pernah menolak khabar angin beliau akan dilantik sebagai Menteri Besar yang baru sekiranya BN berjaya mempertahankan Johor.

Sebaliknya beliau menegaskan matlamat utama adalah memastikan kemenangan BN di Johor selepas itu barulah bercakap mengenai jawatan Menteri Besar.

Fathul Bari vs Juanda!!! Pertarungan Dua Ulama Muda Di Kangar???...


Pertarungan merebut kerusi Parlimen Kangar, Perlis pastinya antara yang paling mendapat perhatian dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) kelak.

Ini kerana, ia akan menyaksikan pertembungan dua ulama muda yang mewakili perti berlainan.

Pakatan Rakyat akan meletakan Mufti Perlis, Dr Juanda Yahya manakala Barisan Nasional (BN) dijangka akan meletak Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Pertubuhan Ilmuan Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya.

Dr. Juanda dilahirkan di Sibu, Sarawak. Beliau dipinjamkan oleh kerajaan Sarawak bagi memenuhi kekosongan jawatan Mufti Perlis bermula 27 Januari 2009.

Beliau telah melanjutkan pelajaran menengahnya di Kolej Islam Kelang, kemudiannya menuntut di Universiti Al-Azhar dari 1991 hingga 1995 dalam jurusan syariah.

Desas-desus mengatakan Dr Juanda yang mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan dilantik ke jawatan Menteri Agama oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya.

Ini kerana kelayakan beliau lebih tinggi berbanding kalangan ulama PAS.

Manakala Fathul Bari yang lahir di Kepala Batas, Pulau Pinang pada 4 November 1980 memiliki latar belakang pendidikan seperti berikut;

-Maahad Tahfidz al-Qur'an, Negeri Terengganu (1996-1999)

-Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (1999-2000)

-Fakulti Hadis dan Pengajian Islam, Universiti Islam Madinah peringkat ijazah Sarjana Muda B.A Hadith dan Pengajian Islam (2000-2004)

-Fakulti Syariah dan Pengajian Islam, Universiti Yarmouk Jordan peringkat Sarjana M.A Usuluddin (Hadith) (2005-2006)

-Fakulti Ilmu Wahyu dan Ilmu Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia peringkat Doktor Falsafah Ph.D. Quran Sunnah (Hadith) (2007-2013)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 15 April 2013

Gempar!!! Gambar Cai2 Husam Guna Jalan Terakhir Bakar Bendera BN Di Putrajaya??? @TengkuAdnanReal


Kurang ajar... memang kurang ajar... ini semua cara penakut bacul buat kerja dek kerana terdesak dengan tekanan... 

Semalam ketika sebahagian besar penduduk Putrajaya mengambil peluang sempena cuti hujung minggu berehat di kediaman masing-masing, cai-cai Pas anak buah Husam Musa calon Pas yang kononnya mempunyai keperibadian keIslaman membenarkan, membenarkan dan mendiamkan diri sahaja apabila anak buahnya bertindak gila membakar bendera parti lawan. Insiden ini berlaku sekitar tengahari bila bendera BN yang berkibar megah di tepi jalan Sekolah Presint 8 (2) dibakar.

Tindakan bodoh cai-cai pas nie dilakukan tanpa berfikir panjang kononnya mereka dapat melepaskan diri daripada dikesan. Sebab itu mereka yang melakukan kerja bodoh ini disyaki bukan daripada kalangan penduduk atau penyokong Pas dari kalangan orang Putrajaya tetapi perbuatan ini dilakukan oleh mereka-mereka dari luar Putrajaya. Mungkin mereka tidak menyedari bahawa perbuatan mereka berjaya dirakamkan oleh CCTV milik Perbadanan Putrajaya yang dipasang di sekitar kawasan kejadian.

Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Putrajaya mengenai insiden biadap cai-cai Pas ni. Perbuatan ini juga kurang disenangi penduduk setempat apabila kehadiran pembangkang di Putrajaya cuba memperkenalkan budaya liar dan biadap ke dalam masyarakat Putrajaya yang selama ini hidup dalam harmoni.

Cerita penuh mengenai insiden ini boleh KLIK SINI 

Kat bawah ni adalah sebahagian daripada gambar-bendera BN yang dibakar tersebut...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers