Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Thursday, 25 April 2013

Rintihan Hati Anak Nelayan Sepanjang Sungai Muar Didengari Calon BN #P146 @razaliibrahim...



sayu hati nurani KN bila terbaca artikel daripada sahabat APA yang menceritakan tentang susah payah jerit perih kehidupan seorang insan yang bergelar NELAYAN... 

untuk cerita penuh dari APA KLIK SINI

Wednesday, 24 April 2013

[Video] Ahli UMNO Muar Yang Bagi 2 Ribu Air Mineral Kepada Petugas Pas Mengaku???? #P146 @razaliibrahim



Pengakuan Ketua Umno Bahagian Muar Dato Mohd Ismail Mohd Shah yang kononnya beliau memprotes dengan menyumbang 2 ribu botol air mineral kepada Markas Pas Parit Bakar,Muar.

cerita penuh KLIK SINI

Tuesday, 23 April 2013

Kantoi!!! Blog PR Tutup Takut Kena Saman Fitnah Ahli Umno Muar #P146??? @razaliibrahim



Dua hari lepas sebuah blog dikenali sebagai gigitabkerengge.blogspot.com telah mengeluarkan satu artikel berkenaan kononnya ahli UMNO Muar telah bertindak memprotes kepimpinan UMNO Bahagian Muar apabila namanya tidak naik menjadi calon DUN Bukit Naning oleh PM dengan bertindak memberikan 2 ribu air mineral kepada petugas dan jentera calon Pas.

Hari ini secara tiba-tiba hari ini bila dirujuk kembali blog ini telah ditutup oleh admin. KN yakin admin blog ini terpaksa menutup blognya untuk mengelakkan adminnya daripada dikenakan tindakan saman fitnah oleh Datuk Mohd Ismail Mohd Shah yang baru tengahari tadi membuat penafian melalui rakaman video yang akan KN kongsikan dalam posting akan datang.

Nampak sangat blog tersebut telah mengeluarkan artikel berunsur fitnah semata-mata tanpa fakta yang sahih. Mungkin setelah mendengar ada ura-ura pihak Datuk Mohd Ismail mahu menyaman admin blog tersebut kerana memfitnah beliau maka cepat-cepat admin blog menutup blog tersebut.

Dalam entri yang akan datang, KN akan posting rakaman video secara eksklusif penafian oleh tuan punya badan mengenai dakwaan fitnah beliau memberi 2 ribu air mineral tersebut.

p/s : terlajak perahu boleh diundur... Terlajak posting mampos ko kena saman...
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Panas!!! Beribu Orang Muar Datang Ceramah Calon Pas Tapi Hanya 50 Orang Yang Datang Program Calon BN Muar #146???... @razaliibrahim @muarP146



Dua gambar di atas sekali adalah gambar program ceramah calon PKR bagi Parlimen Muar, Hizwan di Sg. Balang malam tadi. Korang agak-agak berapa ribu orang tu dalam gambar tu. Ada 4 5 ribu tak or just hanya 30 40 orang jer.


Lepas tu korang tengok plak enam gambar kat bawah gambar tadi. Agak-agaknya siapa lagi ramai. Cuba korang buat perbandingan antara ceramah calon PKR dengan ceramah calon BN Muar, Datuk Razali siapa lagi ramai.


Ini jelas menunjukkan penduduk Muar tidak memberi sokongan terhadap calon PKR berbanding dengan calon BN. Penduduk Muar sudah muak dengan mainan politik kotor Pakatan Rakyat terutama PKR yang lebih suka membuat fitnah, menanam kebencian kepada rakyat, masalah moral pemimpin atasan, menjadi kuda tunggangan DAP.

Monday, 22 April 2013

Panas!!! Amaran Kepada Penyokong Pembangkang!!! Jangan Baca Nanti Anda Panas!!! #P146 @razaliibrahim @MuarP146


Ahad April 21, 2013
Pembangkang di Muar Kurang Bijak, Tipikal - Razali Ibrahim
Oleh KEMALIA OTHMAN

MUAR: Pembangkang di Parlimen Muar disifatkan sebagai kurang bijak dan bersifat 'tipikal' apabila memainkan isu masalah kekurangan pekerjaan serta terlalu ramai pekerja asing di sini.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan yang juga calon Parlimen Muar, Datuk Razali Ibrahim, mempersoalkan bagaimana mereka boleh mengaitkan masalah kekurangan pekerjaan tetapi pada masa yang sama mengatakan terlalu ramai pekerja asing di sini.

"Jika tiada pekerjaan tentu saja tidak ramai pekerja asing di sini, takkan itu pun nak salahkan Kerajaan Barisan Nasional (BN), inilah pembangkang yang tipikal, cuba menyebarkan kebencian," katanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers