Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Tuesday, 4 February 2014

Gempar!!! Surat Keluar PKR ADUN Hutan Melintang Tersebar??? Betul Ker Surat Nie???


Panas!!! Memang panas!!! Kalah goreng pisang panas...

Mana tak panasnya, tengah sedap-sedap panas dengan cerita perletakan jawatan ADUN Kajang dari PKR tanpa sebab munasabab yang boleh diterima akal yang waras tetiba timbul plak cerita kemunculan surat yang masih dicari kesahihannya sama ada memang ditandatangan dan dikeluarkan oleh tuan punya badan atau tak lain dari "black ops" individu tertentu.

Kalo kita lihat betul-betul surat tu adalah surat keluar parti PKR oleh YB Kesavan a/l Subramaniam ADUN Hutan Melintang dari PKR menyatakan beliau keluar PKR kerana sudah hilang kepercayaan kepada parti.

Pejabat Speaker Negeri Perak memaklumkan mengesahkan ada menerima surat atas nama Kesavan tetapi apakah surat itu benar-benar dari Kesavan atau sebaliknya sedang diperiksa.

Sementara itu, bos PKR Perak, Datuk Dr Mohd Nur Manuty yang cuba dihubungi bagaimana pun memberi jawapan "No Komen". Ini berikutan, kata beliau pihaknya tidak menerima apa-apa maklumat daripada Adun PKR Hutan Melintang itu. Bagaimanapun difahamkan, sudah lama Kasevan mempunyai masalah dengan partinya sendiri.

Yang menjadi persoalan sekarang adakah benar-benar surat ini dari Kesavan dan ditandatangani sendiri oleh Kesavan atau ia salah satu dari "black ops" dari Pakatan sendiri yang mahu menimbulkan isu baru bagi mengalih perhatian rakyat dan negara terhadap kerakusan dan ketamakan kuasa yang mahu dilakukan oleh Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dengan melahirkan hasrat mahu bertanding di kerusi DUN Kajang selepas dikosongkan oleh penyandang asal dari PKR juga. Sehingga buat masa ini ia masih menjadi persoalan yang hanya terjawab jika tuan punya badan membuat kenyataan rasmi.

p/s : usah biarkan hidup anda diselubungi.... MISTERI...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, 3 February 2014

Korang Kena Baca Nie!!! 10 Janji Allah SWT Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin...


Apabila seorang muslim baik lelaki atau wanita akan berkahwin, biasanya akan timbul pelbagai perasaan akan timbul. Ada rasa gundah, resah, risau, bimbang, termasuk juga tidak sabar menunggu datangnya si pendamping. Bahkan ketika dalam proses taaruf sekalipun masih ada juga perasaan keraguan.

Inilah khabar gembira berupa janji Allah bagi orang yang akan berkahwin. Bergembiralah wahai saudaraku…

1. "Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula),dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)". (An Nuur : 26)

Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh, jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2. "Dan kawinkanlah orang-orang yang sendirian diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkawin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memampukan mereka dengan kurniaNya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui". (An Nuur: 32)

Sebahagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang untuk berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu nilai gajinya. Dalam fikiran mereka, "apakah gaji ini cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?".

Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang ragu untuk melangkah ke jinjang pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi keperluan keluarga.

Allah akan menolong mereka yang menikah. Allah Maha Adil, apabila tanggungjawab para pemuda bertambah – dengan kewajipan memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya, maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataannya di masyarakat, banyak mereka yang semula miskin tidak mempunyai apa-apa ketika berkahwin, kemudian Allah memberinya rezeki yang berlimpah dan mencukupkan keperluannya?

3. "Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang menikah kerana ingin memelihara kehormatannya". (HR. Ahmad 2: 251, Nasaiy, Tirmidzi, Ibnu Majah hadits no. 2518, dan Hakim 2: 160)

Bagi siapa sahaja yang berkahwin dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan Rasulullah dalam hadits ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

Kurang Ajar!!! Teresa Kok Hasilkan Video Biadab, Untuk Apa???


Nampaknya Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok  dari parti DAP sudah mula menceburkan diri dalam  bidang lakonan murahan terutamanya dalam drama politik yang lucu serta nakal dengan melakukan pelbagai provokasi kepada kerajaan Barisan Nasional (BN).

Program ala bual bicara itu dihasilkan sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang disambut Jumaat lepas melibatkan Teresa kononnya sebagai moderator dengan menampilkan tiga orang panelis.

Ketiga-tiga ahli panel berkenaan mewakili pakar Feng Shui dalam cina tetapi mereka sebenarnya membincangkan isu politik sambil menjadikan watak-watak dalam politik Malaysia sebagai gurauan.

Menurut Teresa, sambutan Tahun Baharu Cina iaitu Tahun Kuda kali ini bukan sahaja disambut dengan tiga  bintang yang biasa iaitu, Bintang Bertuah, Bintang Malang dan Bintang Pergaduhan tetapi ada bintang lain.

Teresa berkata, ada juga bintang kenaikan harga rumah, bintang kenaikan harga petrol, kenaikan kos barang keperluan termasuk dua bintang yang luar biasa iaitu bintang kenaikan harga dan bintang kenaikan semua harga.

Sunday, 2 February 2014

Puaka Niring : Dah Mati Masuk Kubur Dengan Motosikal Skali!!!


Columbus – Satu keluarga di Ohio memenuhi permintaan seorang lelaki agar membolehkan dia menunggang motosikal Harley-Davidson yang disayanginya buat kali terakhir sebelum dikebumikan.

Mayat Billy Standley yang meninggal dunia Ahad lalu dilihat memakai jaket kulit dan berkaca mata hitam sambil menunggang model Electra Glide keluaran 1967 itu di dalam keranda yang ditutupi kaca lutsinar. Mayat Standley, 82, yang mati akibat kanser paru-paru dapat dilihat dengan jelas menerusi keranda istimewa itu.

Selama bertahun-tahun dia memberitahu keluarga dan rakan yang dia bukan saja mahu menunggang motosikal ke 'syurga,' tetapi turut mahu orang lain melihatnya melakukannya.

Dia membuat persediaan untuk upacara pengebumiannya dengan membeli tiga lot tanah bersebelahan kubur isterinya, Lorna agar kawasan itu dapat memuatkan keranda besarnya yang unik itu.

Anak lelakinya, Pete dan Roy kemudian mereka keranda daripada kaca lutsinar yang dilengkapi dengan kayu dan logam di bahagian bawahnya. Bagi memastikan Standley tidak terjatuh di sepanjang perjalanan, mayatnya diampu dengan pendakap dan tali pengikat.

"Kami pernah melakukan sesuatu yang istimewa tetapi tidak sampai ke peringkat sebegini," kata Tammy Vernon pekerja rumah mayat.

"Standley meminta dia dikebumikan bersama motosikalnya dan kami gembira untuk membantu," katanya. Keluarga Standley menyokong penuh rancangan pengebumiannya dan berhasrat untuk mempamerkan keranda berkenaan yang disimpan di garaj kediaman mereka selama lima tahun kepada orang ramai.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

B**i!!! Kurang Ajar DAP Kecam Khutbah Jumaat!!!


Parti Pembangkang sekali lagi mempertikaikan kandungan khutbah yang disediakan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada Jumaat lalu kerana didakwa tidak menyokong keharmonian antara agama di negara ini.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa, khutbah Jumaat di ibu negara pada 31 Januari lalu menyebut perpecahan dalam kalangan umat Islam bukan sahaja disebabkan oleh iman yang lemah tetapi juga kerana hasutan umat Kristian dan Yahudi.

Meskipun teks ucapan khutbah Jumaat itu memetik Firman Allah S.W.T mengenai kaum Yahudi dan Nasrani, Kit Siang menegaskan bahawa khutbah Jumaat tersebut bercanggah dengan usaha untuk mewujudkan perdamaian nasional di negara ini.

"Persoalan yang perlu ditanya sama ada pegawai Jakim yang menyediakan khutbah Jumaat itu menyokong konsep inisiatif Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) dan Wasatiyyah yang dipromosikan oleh kerajaan.

"Tiga prinsip Wasatiyyah iaitu kesederhanaan, keadilan dan saling menghormati tidak ditunjukkan dalam khutbah Jumaat semalam," tegasnya melalui satu kenyataan media hari ini.
Sehubungan itu, Kit Siang mempersoalkan sama ada Kabinet bersedia membuat pendirian khutbah Jakim semalam tidak mencerminkan perdamaian untuk menamatkan hasutan perkauman dan keagamaan di negara ini.

"Adakah khutbah Jakim pada Jumaat depan akan berbeza," soalnya lagi.

Parti pembangkang dan Pengerusi Persekutuan Kristian Malaysia (CFM), Dr. Eu Hong Seng pada September tahun lalu pernah membidas Jakim sebagai keterlaluan dalam mempertahankan kalimah `Allah' daripada dipakai bukan Islam di negara ini melalui khutbah Jumaat.

Mereka menganggap langkah Jakim itu tidak bertanggungjawab kerana cuba mengapi-apikan sentimen benci kepada penganut Kristian.

Berikut sebahagian petikan teks ucapan khutbah Jumaat pada 31 Januari lalu seperti yang diperoleh mynewshub.my melalui laman web http://www.islam.gov.my:

Sidang Jumaat Yang Dirahmati Allah,

Perpecahan sememangnya merugikan tetapi persoalannya mengapa umat Islam masih terjebak dalam perselisihan dan perpecahan walaupun dilarang agama. Jawapan persoalan ini bukan semata-mata terletak pada lemahnya penghayatan agama, tetapi didorong oleh hasutan musuh-musuh tradisi Islam seperti kaum Yahudi dan Nasrani yang tidak pernah padam, sebagaimana yang telah diperingatkan oleh Allah SWT melalui firman-Nya:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers