Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday, 26 March 2014

Gempar!!! Teori Terkini Kehilangan #MH370 Libatkan "Drone" Amerika???? #PrayForMH370


Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.

Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH370? Perkara ini berlaku seperti ini:

Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) KLIK SINI telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. KLIK SINI

Apa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu. KLIK SINI


Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.

China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.

Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.

Monday, 24 March 2014

Puaka Niring : Dubai Haram ‘Terapi Puntianak’???


Pihak berkuasa Dubai mengharamkan rawatan kecantikan yang menggunakan sel darah pelanggan untuk mengekalkan keremajaan wajah.

Prosedur platelet kaya plasma (PRP) itu dikenali sebagai rawatan wajah puntianak dan popular di kalangan pelanggan di banyak spa dan klinik di bandar raya itu.

Pembantu Pengarah Jabatan Kesihatan di Pihak Berkuasa Kesihatan Dubai (DHA), Dr Laila Mohammad Al Marzouqi mengesahkan PRP diharamkan.

“Ia satu bentuk prosedur baru dan perlu dikawal selia seperti prosedur kosmetik atau terapeutik lain untuk memastikan keselamatan pesakit, yang menjadi keutamaan kami,” katanya.

Pengurus operasi Klinik Dermalase di Dubai, Natasha Bennett, berkata beliau berhenti menawarkan rawatan berkenaan di kliniknya berikutan arahan itu.

Suntik ke wajah Namun sebahagian klinik di Bandar Raya Penjagaan Kesihatan Dubai terus menawarkan rawatan berkenaan, dengan berkata mereka tidak tertakluk dengan garis panduan DHA.

Rawatan PRP adalah prosedur selama sejam yang memerlukan pakar terapi mengambil darah daripada kulit pesakit dalam dua hingga empat tiub. Ia kemudian diletakkan dalam mesin emparan yang memisahkan sel darah merah daripada plasma dalam darah.

Plasma dikumpulkan dalam 12 hingga 14 jarum suntikan dan disuntik ke wajah pesakit. Harga purata bagi satu sesi PRP antara Dh4,000 dan Dh5,000 (RM3,575 dan RM4,469).

Selebriti Kim Kardashian adalah antara yang menjalani prosedur itu, walaupun keberkesanan dan keselamatannya belum dikaji dalam ujian klinikal terkawal.

Sah...!!!! Ini Bukti Raja Bomoh Pengikut Setia Anwar Ibrahim.. Kantoi Sudah..#MH370


Daripada banyak isu berkaitan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 Kuala Lumpur-Beijing, 8 Mac lalu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hanya berminat isu penglibatan Raja Bomoh Sedunia.

Bomoh tersebut bernama Ibrahim Mat Zin, tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), pada 10 Mac, menggunakan amalan ritual, menggunakan mata kail dan binokular bambu, kononnya untuk mencari menjejaki pesawat berkenaan.

Kemunculan ‘Raja Bomoh’ menjadikan asas untuk Anwar bersuara, setelah sekian lama berdiam diri dalam isu tersebut.

“Siapa bayar bomoh 1Malaysia?” soal Anwar dengan memberi label penjenamaan yang berkaitan program 1Malaysia yang disinonimkan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sedangkan bomoh itu mendakwa dirinya sebagai ‘Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP,’ namun Anwar menterbalikkan menjadi ‘bomoh 1Malaysia.’

Sekaligus, Anwar mahu mengalih isu daripada usaha mencari dan menjejaki pesawat itu kepada isu Raja Bomoh.

Raja Bomoh Sedunia Nujum VIP

Sebelum Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) lalu melaporkan Raja Bomoh yang sama meramalkan Pakatan Rakyat (PR) yang diketuai oleh Anwar dapat memenangi PRU 13.

Raja Bomoh Ibrahim meramalkan berdasarkan tilikannya PR telah mendahului BN sebanyak 65 peratus dan bakal memenangi PRU 13, namun ramalannya meleset apabila BN masih mengekalkan kemenangannya dalam PRU tersebut.

Namun, saluran youtube Utara News mendedahkan Raja Bomoh Ibrahim sudah berkait dengan Anwar Ibrahim sejak dari tahun 1998 apabila khidmat Raja Bomoh itu dipanggil untuk memagar kawasan mahkamah daripada ‘anasir luar’ ketika perbicaraan kes Anwar sedang dilakukan.

Sunday, 23 March 2014

Bukti PKR Bayar RM200 Kepada Macai-macai Di #PRKKajang????


Pagi ini beberapa keping gambar menunjukkan satu sms yang mengarahkan sukarelawan PKR untuk mengambil gaji sebagai macai pilihanraya Kajang tersebar meluas melalui wassap. Gambar sms ini mula tersebar menerusi wassap-wassap group menunjukkan satu sms berbunyi :
"Utk sukarelawan PRK shj : Sila ambil RM200 anda bila2 masa di blk gerakan PKR, Lot 4711 Bt 12 3/4 Jln Cheras 4300 Kjg." - from 016-9313048



Jika sebelum ini pihak pembangkang dari Pakatan Rakyat seringkali mendakwa bahawa segala apa yang mereka lakukan adalah demi rakyat dan rakyat bersama-sama mereka melakukannya secara sukarela ternyata dakwaan itu jauh meleset. Dengan mentadbir dua negeri yang kaya dengan kuasa ekonomi seperti Pulau Pinang dan Selangor memudahkan pemimpin pembangkang menggunakan sumber kekayaan negeri terbabit bagi menampung perbelanjaan politik mereka. Sudah tentu tidak mustahil pembangkang mampu menggerakkan peserta-peserta ke perhimpunan dan demonstrasi dengan membayar mereka bukan kerana mereka hadir secara sukarela.

Sekarang semasa pilihanraya kecil Kajang sekali lagi pembangkang seperti PKR juga membayar sukarelawan dengan jumlah yang amat besar juga. Nama jer "SUKARELAWAN" tapi buat kerja bukan secara sukarela tapi berbayar. 

#PRKKajang Adalah PRK Paling Kotor Dan Membazir Dalam Sejarah Kerana Ia Diadakan Khas Untuk Anwar Ibrahim???


Tidak salah jika kita katakan bahawa PRK Kajang adalah PRK paling kotor dan membazir dalam sejarah kerana ia diadakan khas untuk Anwar Ibrahim. Seolah-olah seorang artis yang sudah hampir dilupakan, Anwar menjadikan PRK Kajang sebagai medan untuk mempromosi diri bagi memastikan hayat politiknya tidak terkubur begitu saja. Apatah lagi dengan rayuan kes liwat yang tampak agak ‘sukar’ akibat kegagalan mengenepikan Dato’ Shafiee Abdullah dari barisan pendakwaan.

Walaupun Anwar ingin menjadikan PRK Kajang sebagai pentas untuk ‘memasarkan’ dirinya dan kesinambungan partinya, tetapi hakikat sebenarnya ialah PRK ini turut ada baiknya untuk rakyat kerana ia mampu membantu rakyat menilai buat kesekian kalinya, siapa itu Anwar dan apakah jenis parti yang diwakilinya.

Lebih dari itu, dengan pengumuman dari MCA untuk menyahut cabaran Anwar, maka PRK ini juga sekali gus dapat membantu rakyat menilai kembali komitmen MCA di dalam Barisan Nasional.

Sekiranya rakyat ingin melihat PRK Kajang sebagai pertandingan moral pemimpin, maka calon MCA iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun, bukanlah lawan Anwar. Chew Mei Fun yang juga Naib Presiden MCA, berkeperibadian baik serta berprinsip. Untuk itu, beliau turut dipuji oleh media pro-PR sebagai bersih dan berintegriti. Pendek kata, Chew Mei Fun adalah pilihan terbaik dan tepat sehinggakan tiada siapa pun yang dapat berkata sesuatu yang buruk terhadap dirinya. Ini menjadikan beliau dengan Anwar bagaikan langit dengan bumi.

Justeru, adalah tidak perlu rasanya untuk kita membandingkan antara kedua personaliti ini, tetapi melihat PRK ini sebagai kayu pengukur kematangan pengundi dalam memilih calon dan parti.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers