Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 29 March 2014

Gerakan Kadir Jasin Dan Daim Mahu Jatuhkan PM Tidak Mendapat Sambutan!!! @NajibRazak @KadirJasin @KhairyKJ @tunfaisal









Tak habis-habis lagi blogger cabuk reporter pencen Kadir Jasin ni meroyan pasal kepimpinan PM Najib Razak. Ingatkan dah bertaubat pi masjid buat amal ibadah memandangkan usia anda tu dah lanjut usia bak kata orang tua-tua "rumah kata pergi kubur kata mari". Kali ini Kadir cuba buat perbandingan kononnya zaman pentadbiran Najib lemah jika dibandingkan dengan zaman pemerintahan Tun M. KLIK SINI. Mabuk ketum ka atuk Kadir. Cuba cerita skit berapa lama Tun M memerintah dan berapa lama Najib baru memegang tampuk pentadbiran. 20 tahun tahun Tun M jadi PM sama ka dengan baru 5 tahun Najib jadi PM. Matematik mana orang tua nyanyuk ni pakai.

Kalo nak dibuat perbandingan populariti antara dua individu ini biar la berasa. Kalo kita lihat ketika zaman Tun M menjadi PM dari tahun 1980 - 1998 semasa jangka waktu tersebut Tun M juga tidak popular dan beberapa dasar yang di bawa oleh Tun M juga tidak memberansangkan. Cuma selepas tahun 90an baru nampak kesan apa yang dilakukan oleh Tun M tapi itu pun selepas 15 tahun menjadi PM dan memerintah negara. Sudah tentu tidak adil jika dengan hanya 5 tahun (2009-2014) jangka masa pentadbiran Najib hendak dijadikan sandaran dan berbandingan bangang Kadir ini. Lainlah jika tempoh masa pentadbiran Najib sama seperti Tun M atau jika tidak pun jika sudah lebih 10 atau 15 tahun barulah adil jika Kadir mabuk ketum ni nak buat perbandingan.

Nampaknya gerakan yang cuba di bawa oleh blogger pencen mabuk ketum yang di biayai oleh Daim ini semakin tidak mendapat sambutan terutama dari kalangan blogger sendiri tidak seperti semasa suasana tahun 2008 seperti yang diakui oleh blogger-blogger otai sezaman dengan masa itu KLIK SINI. Kenapa gerakan yang cuba dibuat seperti tahun 2008 gagal mendapat sambutan kerana beberapa perkara. Namun jawapan paling tepat adalah kerana ramai yang melihat gerakan ini sudah tidak sama seperti apa yang berlaku pada tahun 2008 kerana tujuan utamanya sudah jauh menyimpang dari tujuan asal. Jika pada tahun 2008 gerakan ini bertujuan untuk menjatuhkan Tun Abdullah atau Pak Lah kerana melihat kegagalan dan kelemahan pentadbiran dan dasar kepimpinan Pak Lah ketika itu tapi kini ia sudah tidak relevan lagi sebab itu ia tidak mendapat sambutan. Lebih teruk lagi bila ramai blogger-blogger terutama blogger-blogger otai melihat gerakan ini tidak lebih kepada hanya akan menguntungkan sekelompok sahaja iaitu blogger-blogger Tun Daim sahaja. KLIK SINI

Gerakan lemah ini kini makin dijauhi oleh blogger-blogger terutama blogger otai kerana mereka melihat dalam gerakan ini mereka tidak ada tempat berbanding dengan blogger-blogger Tun Daim yang memperolehi pelbagai kepentingan sedangkan mereka tidaklah teruk berusaha dan bekerja KLIK SINI.  Ini jelas menampakkan KETIDAK-JUJURAN terutama apabila diperhalusi gerakan ini bukan bersifat untuk menjaga kepentingan parti, bangsa, agama dan negara tetapi sekadar memenuhi kehendak dan kepentingan peribadi. Gerakan yang cuba di bawa oleh Kadir Jasin ini jelas dilihat tidak jujur untuk membantu Melayu dan Islam tetapi lebih jelas mempunyai kepentingan individu tertentu dan kroni-kroninya sahaja.

Suasana sudah berubah bila pengamal media sosial sudah melihat usaha baik yang sudah di buat dan akan di buat oleh PM Najib bila mana beberapa transformasi dalam pentadbiran Najib sama ada dalam pentadbiran kerajaan atau parti bila mula menyuntik orang muda menjawat jawatan tertinggi atau jawatan utama terutama apa yang Najib lakukan dalam parti UMNO bila beliau menremajakan parti itu KLIK SINI. Pemimpin muda seperti Khairy Jamaludin, Rahman Dahlan, Mukhriz Tun M serta beberapa pemimpin muda lain sudah diberi tempat dan diangkat dengan sewajarnya. Sebab itu pengamal media sodial dan pemimpin parti serta rakyat melihat usaha baik Najib ini lebih kepada menjaga masa depan dan survival UMNO, Melayu dan Islam berbanding dengan gerakan yang cuba di bawa oleh blogger-blogger Tun Daim seperti Kadir Jasin yang lebih kepada menjaga kepentingan dan survival kumpulan mereka sahaja. KLIK SINI

Jadi, sebagai kesimpulannya elok ler blogger pencen Kadir Jasin ini memikirkan kepada mengusahakan gerakan yang lebih berfaedah seperti gerakan membantu saudara seIslam kita di Timur Tengah semoga dapat mati syahid. Kalo tak pun elok ler buat gerakan ke Masjid atau ke Tanah Suci.

Buat atuk Kadir Jasin yang mabuk ketum, ini ada lagu khas buat atuk...


Friday, 28 March 2014

Mesti Baca!!! Mana Mak??? Buat Anak-anak Yang Masih Ada IBU...



MANA MAK???

Renung2kan....

Jam 6.30 petang.
Mak berdiri di depan pintu. Wajah Mak kelihatan resah. Mak tunggu adik bungsu balik dari sekolah agama.

Ayah baru balik dari sawah.
Ayah tanya Mak, “Along mana?’
Mak jawab, “Ada di dapur tolong siapkan makan.”
Ayah tanya Mak lagi,” Angah mana?”
Mak jawab, “Angah mandi, baru balik main bola.”
Ayah tanya Mak, “Ateh mana?”
Mak jawab, “Ateh, Kak Cik tengok tv dengan Alang di dalam?”
Ayah tanya lagi, “Adik dah balik?”
Mak jawab, “Belum. Patutnya dah balik. Basikal adik rosak kot. Kejap lagi kalau tak balik juga jom kita pergi cari Adik.”

Mak jawab soalan ayah penuh yakin. Tiap-tiap hari ayah tanya soalan yang sama. Mak jawab penuh perhatian. Mak ambil berat di mana anak-anak Mak dan bagaimana keadaan anak-anak Mak setiap masa dan setiap ketika.

Dua puluh tahun kemudian
Jam 6.30 petang

Ayah balik ke rumah. Baju ayah basah. Hujan turun sejak tengahari.

Ayah tanya Along, “Mana Mak?”
Along sedang membelek-belek baju barunya. Along jawab, “Tak tahu.”
Ayah tanya Angah, “Mana Mak?”
Angah menonton tv. Angah jawab, “Mana Angah tahu.”
Ayah tanya Ateh, “Mana Mak?”
Ayah menunggu lama jawapan dari Ateh yang asyik membaca majalah.
Ayah tanya Ateh lagi, "Mana Mak?"

Thursday, 27 March 2014

Tuduhan Palsu COMANGO Terhadap Kerajaan Malaysia Di Dedahkan MuslimUPRo!!!! #AntiComango @tunfaisal


Sesi berkaitan Malaysia pada 20/3/2014 yang lepas dan telah selesai dgn penerimaan muktamad tersebut.

Pada 21/3 pihak Comango telah mengadakan suatu acara sampingan – ‘side event’ untuk menyatakan bantahan mereka terhadap ketegasan kerajaan Malaysia menolak pelbagai tuntutan yg tidak munasabah.

Selain dari menyatakan tidak puas hati terhadap pendirian tegas Malaysia untuk tidak terburu-buru meratifikasi baki enam konvensyen HAM (termasuk ICCPR & ICERD) mereka juga terus menimbulkan tuntutan berkaitan undang-undang perkahwinan Islam.

Mereka terus campurtangan di dalam hal ehwal undang undang Islam dengan mempersoalkan penafian Malaysia tentang wujud sebarang diskriminasi terhadap wanita Islam dan mendesak Malaysia menarik semula pengecualian atau “reservation” di dalam beberapa konvensyen berkaitan CEDAW dan CRC.

Yu Ren Cheng (Women’s Aid Organization) menyatakan: “We are disappointed that Malaysia rejected all seven recommendations to remove its reservations to CEDAW, CRC, and CRPD.” “Malaysia stated during its review that it is ‘unfounded’ that Malaysia’s ‘Islamic Family Law … discriminates Muslim women on marriage issues.’ This means Malaysia should have no objections to removing its reservations to Article 16 of CEDAW, on equality in marriage.”

Selain itu, isu LGBT terus dipolemikkan dengan kenyataan Thilaga Sulathireh dari Seksualiti Merdeka – Pada sesi lalu, Malaysia telah menolak terus segala tuntutan berkaitan ‘Sexual orientation and gender identity (SOGI).
Thilaga memanipulasi isu ini dengan menuduh pihak berkuasa dan autoriti agama “mendiskriminasi” golongan LGBT, sedangkan mereka berselindung di sebalik isu ini dengan bermatlamat akhir untuk mendapat pengiktirafan perlakuan homoseksual secara bebas dan perkahwinan sesama jenis.

Thilaga: “Violence against LGBT persons continues with impunity by the police, religious officials and some members of the public.” “Restrictions on freedom of assembly, association and expression equally affect LGBTI persons in Malaysia. It is of great concern that issues pertaining to sexual orientation and gender identity continue to be politicized to further create religious and racial divide in Malaysia,”.

Pihak COMANGO juga terus menuduh secara palsu bahawa mereka ditindas di dalam melaksanakan perjuangan HAM di Malaysia dan mengadu kepada Majlis HAM PBB seolah olah mereka dilayan dengan buruk. Hakikatnya, pihak KDN hanya mengisytiharkan kedudukan pendaftaran NGO NGO individu yg tidak semuanya berdaftar sebagai pertubuhan yang sah di bawah mana mana undang-undang Malaysia.

Sangat menghairankan apabila di PBB mereka hanya dibenar bercakap jika mewakili NGO berdaftar dgn status ECOSOC, tetapi hal ini tidak dijadikan isu. Di Malaysia, mereka tidak berdaftar, tetapi masih dibenarkan bersuara tetapi membuat tuduhan melulu apabila status pendaftaran mereka didedahkan. Mengapa wujud sikap hipokrit sebegini?

Di London MuslimUPRo sedang di dalam rangka untuk bertemu beberapa tokoh sarjana Muslim, termasuk Syaikh Dr. Abdal Hakim Murad (Universiti Cambridge), Muslim Council of Britain, Campaign Againts Criminalizing Communities (CAMPACC), Muslim Lawyers’ Circle London dan beberapa NGO dan institusi HAM di UK. Tujuan pertemuan yang dirancang ini adalah untuk menerangkan kepada pihak tersebut tentang isu isu terkini pasca UPR Malaysia dan mendapatkan pandangan dan maklum balas tentang respons NGI.

Selain itu, pihak MuslimUPRo juga sedang dalam rangka melantik di kalangan sarjana Muslim terkemuka Eropah untuk bersama sama sarjana terkemuka dan aktivis Islam di Malaysia ke ‘International Council of Experts’ yang akan diwujudkan dlm usaha membantu ke arah pembentukan Pusat Hak Asasi Manusia Malaysia. Ini merupakan suatu usaha gabungan NGI2 di Malaysia sebagai suatu inisiatif jangka panjang menangani isu isu Islam dan HAM.

Terima kasih kepada rakyat Malaysia yang mendoakan. Tahniah kepada kerajaan Malaysia yang berpendirian tegas.

Azril Mohd Amin
Ketua Delegasi MuslimUPRo

Perlukah PM @NajibRazak Campurtangan Bantu Ikhwanul Muslimin Di Mesir???? @tunfaisal


Ini antara petikan yang mula tersebar di wassap-wassap group sejak sehari dua lepas cerita berkaitan pemimpin kumpulan Ikhwanul Muslimin dan pengikutnya yang dijatuhkan hukuman bunuh oleh tentera kerajaan Mesir. Dan dalam masa yang sama tersebarnya khabar angin kononnya pihak Ikhwanul Muslimin meminta bantuan Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak untuk membantu menyelesaikan konflik ini.

Persoalannya sekarang, perlukan PM Najib membantu pihak Ikhwanul Muslimin ini. JIKA PM Najib membantu nanti apakah ini akan dilihat sebagai campurtangan politik dari Malaysia ke atas negara Mesir.

Persoalan ini ditujukan khas buat rakyat negara Malaysia.... apa pandangan korang...

"Lebih kurang 24 jam yang lepas Israel telah menutup kesemua kedutaannya diseluruh dunia. Tindakan tersebut dibuat dengan alasan bahawa "pegawai kedutaan mogok kerana gaji rendah". Alasan tersebut adaah sesuatu yang sama sekali tidak masuk akal.

Dan...setelah itu, 6 jam kemudian lebih kurang 529 pengikut Ikhwanul Muslimin telah dijatuhkan hukuman mati oleh tentera Yahudi-Mesir (Sisi).

Tatkala dunia seluruh dunia leka dengan permainan media Barat (CNN, BBC, REUTERS dll) tahukah anda bahawa tentera Yahudi-Isrel dengan kekuatan 1000 buah kereta kebal kini telah mengepung Gaza.

Berikut adalah mesej yang disampaikan ke Whatapps admin;

baru dpt info dari gp lain. Rasa info ni sohih.
Gaza yg keluasannya 3 suku dari bandar Klang, kirinya laut dan border berwarna purple adalah tembok setinggi 3 tingkat binaan Zionis. Satu2nya jalan menghubungkan dgn dunia luar adalah melalui Rafah dan terowong2 disitu. Setelah kejatuhan Presiden Mesir Dr Morsi, pintu Rafah ditutup dan terowong2 dimusnahkan oleh tentera Mesir sendiri. 

Bantuan utk Gaza lumpuh 100%. Malam kelmarin wakil dr MAPIM memberitahu dikhabarkan lebih 1000 buah kereta kebal Israel di tempatkan di Rafah. Ini bermakna umat Islam Gaza telah terkepung dan pada bila-bila masa sahaja mereka akan diratah oleh Zionis. Mungkin inilah antara agenda mereka menggulingkan Dr Morsi. Saya hanya menyampaikan apa yg telah disampaikan pd saya dan jemaah yang lain oleh wakil MAPIM tentang amanat Perdana Menteri Palestin. 

"Kami tidak meminta kamu datang bersama2 kami mengangkat senjata kerana kami sentiasa bersedia disini utk mempertahankan tanah umat Islam,tetapi kami hanya meminta dari kamu doa kerana doa lah senjata paling hebat yg tidak ada pada org kafir. Selain itu bantulah apa saja yg kamu termampu dan tolong sebarkan tentang kami kpd semua umat Islam kerana kami terkepung utk memberitahu kpd dunia". Jika itu juga tidak mampu kamu lakukan bagaimana kamu hendak menjawab dihadapan Allah kelak?". 

Sila sebarkan jika anda peduli... Hj. Nazri Deraman, Pengerusi Cakna Palestin Ambil masa lebih kurang 5 minit utk sebarkn msg ini supaya kita boleh menjawab soalan dari Allah s.w.t apabila ditanya apa yg kita buat. Harap anda tidak membiarkan msg berhenti disini shja. Sebarkan...Demi agama kita, Islam. Ingat kita ni umat islam ada DOA , mari DOA kan mereka ! AllahuAkbar!!

Jawapan Menteri Pertanian Isu Bernas Tutup Mulut MalaysiaKini!!! @IsmailSabri60 @tunfaisal #DSIS


Ini PC Ismail Sabri di parlimen berkaitan dengan isu penyenaraian keluar Bernas,

PC YBM Pertanian Dan Industri Asas Tani di Parlimen :
"Saya nak menegaskan, walaupun Bernas akan delisted, tanggungjawab menjaga kebajikan pesawah tidak akan terjejas kerana dia masih terikat dengan perjanjian konsesi yang bertanggungjawab untuk menjaga kepentingan pesawah.

Dalam Bernas, ada wakil dari MOA dan MOF, jadi kepentingan kementerian masih ada dalam board Bernas. Jadi tiada masalah / tidak perlu bimbang akan terjejasnya kepentingan pesawah kerana itu tidak akan berlaku.

Kita lihat isu ini dari segi dua sudut, satu dari segi perniagaan, dan lagi satu dari segi kebajikan pesawah sama ada mereka terjejas atau tidak. Dari pihak kementerian, kita akan lebih mengutamakan kebajikan pesawah, kita sudah ada perjanjian konsesi yang menyenaraikan tanggungjawab bernas terhadap para pesawah kita.
Kalau Bernas Delisted, dalam 5 tahun mungkin akan relist, tapi bergantung kepada bursa juga."
Jawapan ini telah menjawab tohmahan dari pihak pembangkang terutama dari portal rasmi pembangkang, MalaysiaKini yang cuba memutar-belitkan kenyataan sebenar Menteri berkenaan isu penarikan keluar Bernas ini. Ini antara sebahagian daripada kenyataan MalaysiaKini yang cuba memutar-belit dengan mempengaruhi rakyat agar melihat isu ini dari sudut negatif.

Kalau bernas delisted, within 5 years mungkin akan relist, tapi bergantung kepada bursa juga.
The delisting of national rice firm Bernas from Bursa Malaysia represents a "good deal" for farmers and fishermen, said Agriculture and Agro-Based Industries Minister Ismail Sabri Yaakob.
Sumber : MalaysiaKini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers