Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday, 5 June 2016

Panas!!! @TeresaKok Kena Boooo Dengan Penyokong PAS Gara-gara Silap Pintu Masuk Pencalonan #prksgbesar??? #SCS93


Entah apa suweynya Teresa Kok hari ini boleh pulak tersalah jalan termasuk ke pintu masuk penyokong PAS yang mungkin pada asalnya beliau mahu menyertai kumpulan penyokong calon PAN ketika waktu pencalonan calon PRK Sungai Besar pagi tadi di bawah Pakatan Baru gabungan PKR, DAP dan PAN.

Akibatnya hari ini Teresa telah di "boo" oleh penyokong PAS menyebabkan Teresa Kok menjadi takut untuk keluar dari kumpulan penyokong PAS serta terpaksa berlakun masih sayangkan PAS. Tapi sayang penyokong PAS tidak percaya langsung Teresa Kok malah menjadi bahan kutukan dengan sorakan seperti sorakan parti pengkhianat, kawan bunuh kawan, komunis dan pelbagai lagi. 

Itulah orang dah pesan kepada penyokong PAS jangan berkawan dengan DAP, mereka itu komunis dan sekarang apa dah jadi DAP berjaya pecah belahkan PAS. DAP sekarang sanggup biayai calon proksi PAN yang terdiri dari orang luar bahkan beliau juga merupakan pengundi Parlimen Temerloh ketika kempen PRK Sungai Besar dengan bajet besar untuk menghancurkan PAS. Sampai bila PAS hendak terus dihina sebergini rupa.

Ini satu lagi kisah liciknya Pakatan Baru yang dikuasai DAP yang mempergunakan pemimpin PKR seperti  Azmin Ali yang tidak tahu dia dilarang menghadiri hari pencalonan PAN kerana 2 sebab!!!!!

1 - Untuk mengurangkan kemarahan PAS sebagai satu strategi peperangan psikologi.

2 - Kerana krisis Azmin Ali - Wan Azizah masih panas terutama penglibatannya bersama Pakatan Rakyat.

Tetapi Azmin juga sedar dia kerajaan pimpinannya terbabit dalam krisis pentabiran dikaitkan dengan rasuah dan pemerdagangan wanita dalam urus tabir kerajaaan Negeri Selangor. Apatah Rafizi telah buat laporan SPRM.

Kalau Azmin tidak engkar arahan mungkin situasinya akan menjadi lebih teruk sebab itu dia hadir juga walaupun implikasinya membabitkan 2 perkara di atas.

Oleh itu dalam seronok-seronok makan siapa sangka sindiran pedas Presiden PKR Wan Azizah sekali terkena Lim Kit Siang dan Mat Sabu.

Lain pula dengan PAS, sekarang PAS boleh fikir-fikirkan sama ada parti PAS masih bersama dalam kerajaan Selangor atau bakal menjadi orang buangan Selangor. Apa guna menyokong kerajaan Selangor untuk menjadikan PKR Menteri Besarnya?

PAS sudah terkena 3 kali :

1- Dikhianati DAP.
2- Dipecah-belahkan DAP hingga PAS berpecah menjadi PAN.
3- PKR mula tunjuk taring yang PAS hanya sesuai sebagai mangsa untuk diperalatkan bukan sahabat untuk susah senang bersama.

Makna kata PAS hanya najis dalam Dewan Undangan Negeri. Itupun masih PAS sayangkan PKR... Insaflah pengundi di Sungai Besar....

Saturday, 28 May 2016

@BudimanZohdi Winable Candidate Untuk #BN Di #PRKSgBesar!!!!


Orangnya masih muda berumur 44 tahun tapi sudah punya pengalaman yang luas dalam dunia politik tanahair terutama dunia politik negeri Selangor yang umum mengetahui sebuah negeri yang penuh pergolakan politik semenjak dimenangi oleh Pakatan Pembangkang yang ditadbir oleh PKR. 

Namun, malam ini dalam satu majlis perasmian Cammand Center Jentera Pilihan Raya Parlimen Sungai Besar di Parlimen Sungai Besar, Barisan nasional melalui UMNO pusat telah mengumumkan Ahli Dewan Undangan Negeri Sungai Panjang, Budiman Ahmad Zohdi sebagai calon UMNO dan Barisan Nasional bagi menghadapi Pilihan Raya Kecil P093 Sungai Besar yang dijadual bakal diadakan pada 18 Jun nanti. Pengumuman yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Pemangku Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Command Center di Sungai Panjang, Sungai Besar sebentar tadi.


Pilihan Raya Kecil ini diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen ini, Allahyarham Datuk Hajjah Noriah Kasnon dalam kemalangan helikopter di Kampung Triso, Sebuyau, Sarawak. Turut sama terkorban, Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Mohammad Khair-il Wan Ahmad dan empat yang lain.

Mahu mengenali siapakah YB Budiman ini boleh KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI KLIK SINI 

Saturday, 2 April 2016

Panas!!! Antara Dua Darjat!!! Usaha Baik Kerajaan Dan Usaha Buruk Pembangkang!!! @NajibRazak


Hari ni heboh penuh timeline facebook dengan gambar-gambar perhimpunan haram pembangkang di Dataran Merdeka kononnya membawa suara rakyat tapi tak nampak pun rakyat beramai-ramai turun berdemo. Yang ramai turun hanyalah pemimpin pembangkang bersama penyokong yang boleh dibilang dengan jari. Hari ini pembangkang berkumpul menggunakan alasan lapuk berdemo menuntut agar Pm Najib meletakkan jawatan serta mendesak kerajaan memansuhkan GST. Berdasarkan gambar-gambar yang diperolehi dari sumber-sumber yang sahih menunjukkan hanya sekitar 500 orang sahaja yang turun berdemo yang entah-entah dibayar. Hanya sekeping sahaja gambar demo yang mahu dikongsikan kerana kalo letak kat sini pun amat menyedihkan serta menitik airmata untuk ditatap terutama penyokong pembangkang nanti.

Tapi dalam masa yang sama usaha kerajaan membantu rakyat terutama anak muda serta belia tetap terus dijalankan menerusi Program Jelajah Pendidikan Bumiputera yang membantu anak muda yang kurang bernasib baik memasuki IPTA atau IPTS yang bersesuaian dengan keputusan peperiksaan. Usaha ini dilakukan oleh Pemuda UMNO Malaysia yang diterajui oleh sdr Armand Adha yang juga merupakan Exco Pemuda UMNO malaysia.

Bak kata omputih "a picture speak a thousand words" maka biarlah gambar-gambar di bawah ini berbicara....(kredit : gambar-gambar kiriman sdr Firdaus)





Wednesday, 24 February 2016

Panas!!! @BrigedKesatria Report MB Selangor @AzminAli Salah Guna Duit Rakyat Selangor??? @NajibRazak @KhairyKJ @Armand_PJU


Pagi ini bertempat di Balai Polis Damansara Utama, Pengerusi Bridged Kesatria Muda (BKM) yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Armand Azha bersama beberapa NGO telah membuat laporan polis terhadap Azmin Ali yang juga merupakan Menteri Besar Selangor mendesak pihak polis dan pihak yang berkaitan menyiasat dakwaan salah guna kuasa dan dana Kerajaan Negeri Selangor dan rakyat Selangor apabila menggunakan peruntukan Kerajaan Negeri Selangor mendirikan papan-papan tanda iklan yang tidak sepatutnya seperti papan iklan "Pembebasan Anwar ibrahim". 


Kehadiran papan tanda "Bebaskan Anwar" bagai cendawan tumbuh selepas hujan di merata-rata tempat dalam negeri Selangor menimbulkan tanda tanya apakah tujuan dan niat papan tanda ini didirikan. Yang lebih menghairankan bagaimana papan tanda ini memdapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan terdapat bukti mengatakan bahawa papan tanda ini menggunakan bajet kerajaan negeri Selangor termasuk penggunaan peruntukan PBT untuk kepentingan peribadi seorang banduan.
PETALING JAYA: UMNO Selangor telah meminta pihak berkuasa menyiasat pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kerana membenarkan papan tanda #BebasAnwar dipamerkan di beberapa kawasan di negeri itu.
Ketua Penerangan UMNO Selangor Datuk Zein Isma Ismail berkata kandungan papan tanda yang dipamerkan itu dianggap mencabar keputusan mahkamah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Semua tahu yang dia (Anwar) ditahan kerana salah lakunya terhadap Mohd Saiful Bukhari Azlan dan bukannya dia tahanan politik.
"Bagaimana PBT Selangor boleh luluskan? Ini serius dan apa yang lebih teruk papan tanda itu turut mempamerkan logo PKR," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh, di sini hari ini.
Katanya, papan tanda dengan gambar bekas ketua pembangkang itu serta tulisan "Bebas Rakyat, Bebas Anwar" itu dipamerkan di beberapa kawasan di Selangor antaranya di Ampang Jaya, Kepong dan Rawang.
(Baca Selanjutnya Di Sini AstroAwani)

Adakah kerajaan negeri Selangor hanya memperjuangkan kepentingan seorang individu yang bergelar banduan demi kepentingan politik dengan mengguna wang hasil cukai rakyat Selangor sewenang-wenangnya sedangkan dana itu boleh disalurkan bagi pembangunan infrastuktur untuk kebaikan rakyat.




Thursday, 17 December 2015

Siapa Kata UMNO Putrajaya Tak Buat Kerja!!! @NajibRazak @TengkuAdnanReal


Sapa kata Ahli Parlimen Putrajaya merangkap Menteri Wilayah Ku Nan tak buat kerja kat kawasan. Sesibuk mana pun beliau jika tidak menjalankan tanggungjawab sebagai Menteri Wilayah beliau pasti akan kembali ke kawasan bagi melihat permasalahan pengundi beliau. 

Ku Nan yang lebih gemar dipanggil Ketua Kampung Putrajaya berkhidmat untuk menjaga kebajikan bukan sahaja pengundi bahkan penduduk Putrajaya walaupun bukan pengundi beliau. Bagi memudahkan lagi tugas Ahli Parlimen ini beliau dibantu oleh AJK Biro Kebajikan UMNO Putrajaya yang dipengerusikan oleh Pn. Husna Rahman yang dibantu oleh Timbalan beliau En. Sahul Hameed serta ahli jawatankuasa yang lain.




Biro Kebajikan UMNO Putrajaya membantu Pejabat UMNO Parlimen Putrajaya dalam hal-hal berkaitan kebajikan dan permasalahan yang dihadapi serta memanjangkannya ke pengetahuan Ku Nan agar dapat diselesaikan dengan kadar segera. tAntara usaha yang dilakukan oleh Biro Kebajikan ini adalah menziarah dan menyampaikan bantuan UMNO Putrajaya tidak kira sama ada di hospital atau di rumah pesakit. Kehadiran mereka ini sudah pasti mengembirakan hati pesakit kerana terasa seperti permasalahan mereka diambil perhatian oleh UMNO Putrajaya. Disamping itu juga Biro ini akan menyampaikan sumbangan bagi pihak Ku Nan yang kadangkala tidak dapat hadir kerana tugas-tugas rasmi beliau. 


Bukan ini sahaja usaha yang dilakukan oleh Biro ini. Antara sumbangan besar yang sering menjadi perbualan masyarakat di Putrajaya adalah membantu menguruskan jenazah jika berlaku kematian. Pengurusan jenazah sama ada dari bilik jenazah, mandi jenazah sehinggalah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Presint 20 atau menghantar jenazah pulang ke kampung tidak dapat dinafikan usaha yang dilakukan ini adalah demi untuk kepentingan penduduk Putrajaya. Dan jika Ku Nan mempunyai kesempatan beliau sendiri akan turun padang menziarah keluarga arwah.

Jadi, siapa kata UMNO Putrajaya tak buat kerja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers