Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Sunday 5 June 2016

Panas!!! @TeresaKok Kena Boooo Dengan Penyokong PAS Gara-gara Silap Pintu Masuk Pencalonan #prksgbesar??? #SCS93


Entah apa suweynya Teresa Kok hari ini boleh pulak tersalah jalan termasuk ke pintu masuk penyokong PAS yang mungkin pada asalnya beliau mahu menyertai kumpulan penyokong calon PAN ketika waktu pencalonan calon PRK Sungai Besar pagi tadi di bawah Pakatan Baru gabungan PKR, DAP dan PAN.

Akibatnya hari ini Teresa telah di "boo" oleh penyokong PAS menyebabkan Teresa Kok menjadi takut untuk keluar dari kumpulan penyokong PAS serta terpaksa berlakun masih sayangkan PAS. Tapi sayang penyokong PAS tidak percaya langsung Teresa Kok malah menjadi bahan kutukan dengan sorakan seperti sorakan parti pengkhianat, kawan bunuh kawan, komunis dan pelbagai lagi. 

Itulah orang dah pesan kepada penyokong PAS jangan berkawan dengan DAP, mereka itu komunis dan sekarang apa dah jadi DAP berjaya pecah belahkan PAS. DAP sekarang sanggup biayai calon proksi PAN yang terdiri dari orang luar bahkan beliau juga merupakan pengundi Parlimen Temerloh ketika kempen PRK Sungai Besar dengan bajet besar untuk menghancurkan PAS. Sampai bila PAS hendak terus dihina sebergini rupa.

Ini satu lagi kisah liciknya Pakatan Baru yang dikuasai DAP yang mempergunakan pemimpin PKR seperti  Azmin Ali yang tidak tahu dia dilarang menghadiri hari pencalonan PAN kerana 2 sebab!!!!!

1 - Untuk mengurangkan kemarahan PAS sebagai satu strategi peperangan psikologi.

2 - Kerana krisis Azmin Ali - Wan Azizah masih panas terutama penglibatannya bersama Pakatan Rakyat.

Tetapi Azmin juga sedar dia kerajaan pimpinannya terbabit dalam krisis pentabiran dikaitkan dengan rasuah dan pemerdagangan wanita dalam urus tabir kerajaaan Negeri Selangor. Apatah Rafizi telah buat laporan SPRM.

Kalau Azmin tidak engkar arahan mungkin situasinya akan menjadi lebih teruk sebab itu dia hadir juga walaupun implikasinya membabitkan 2 perkara di atas.

Oleh itu dalam seronok-seronok makan siapa sangka sindiran pedas Presiden PKR Wan Azizah sekali terkena Lim Kit Siang dan Mat Sabu.

Lain pula dengan PAS, sekarang PAS boleh fikir-fikirkan sama ada parti PAS masih bersama dalam kerajaan Selangor atau bakal menjadi orang buangan Selangor. Apa guna menyokong kerajaan Selangor untuk menjadikan PKR Menteri Besarnya?

PAS sudah terkena 3 kali :

1- Dikhianati DAP.
2- Dipecah-belahkan DAP hingga PAS berpecah menjadi PAN.
3- PKR mula tunjuk taring yang PAS hanya sesuai sebagai mangsa untuk diperalatkan bukan sahabat untuk susah senang bersama.

Makna kata PAS hanya najis dalam Dewan Undangan Negeri. Itupun masih PAS sayangkan PKR... Insaflah pengundi di Sungai Besar....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers