Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday 6 June 2016

Calon PAS & PAN Lena Diulit Mimpi Sedangkan Rakyat Sg Besar Dilanda Musibah!!!! #SCS93 #prksgbesar @BudimanZohdi @NohOmar


Dalam kerancakkan permulaan kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Sg Besar P093 yang bermula pagi semalam selepas penamaan calon yang memperlihatkan pertandingan 3 penjuru yang membabitkan calon BN, PAS dan PAN. Semalam juga merupakan hari pertama kempen bagi calon-calon yang bertanding dalam mengambil hati pengundi Sg Besar.

Dalam kehangatan permulaan kempen, Sg Besar dikejutkan dengan kejadian kebakaran sebuah rumah di Kg Sg Limau Sg Besar yang memusnahkan hampir 70% bangunan kediaman ini yang berlaku sekitar jam 9.30 malam tadi.


Persoalan yang mahu dibangkitkan di sini bukanlah hanya soal rumah yang terbakar tetapi apa yang dilakukan oleh calon-calon yang bertanding. Itu isu pokok sebenarnya.

Hanya kelihatan calon dari BN sahaja iaitu YB Budiman ADUN Pasir Panjang sahaja yang tiba ke lokasi kejadian bagi meninjau apa yang berlaku. Dalam masa yang sama juga Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Selangor Tan Sri Noh Omar turut hadir meninjau kejadian. YB Budiman dan Tan Sri Noh turut menyerahkan sumbangan segera dalam bentuk kewangan dan keperluan asas sementara bantuan penuh dapat disalurkan kepada mangsa. Tidak pulak kelihatan kelibat dari calon PAS yang juga merupakan orang luar iaitu ADUN Meru Dr Abdul Rani Osman manakala calon Amanah Azhar Abdul Shukur juga tidak kelihatan.


Ini jelas menunjukkan karektor sebenar kedua-dua mereka calon dari PAS dan PAN di mana mereka ini yang hanya mahu bertanding demi jawatan Ahli Parlimen bukan bertanding untuk membela nasib rakyat Sg Besar dan penduduk setempat. Jika dalam suasana dan tempoh berkempen pun mereka sukar untuk turun padang bukan sekadar menjenguk malahan membantu rakyat yang ditimpa musibah dan kesusahan.

Jika ada dari kalangan pembaca adalah pengundi, penduduk, rakyat, anak jati Sg Besar mahu pun mereka-mereka yang mempunyai kaitan dengan orang Sg Besar sampai-sampaikan kepada pengundi Sg Besar agar bijak memilih calon Ahli Parlimen Sg Besar kelak agar kesudahannya nanti tidak memberi kerugian kepada rakyat Sg Besar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers