Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Monday, 25 July 2011

Ambiga Derhaka Titah DYMM Agong

Inikah bakal pemimpin kita nanti...
Pengerusi perhimpunan BERSHIt 2.0 peguam murtad Ambiga telah melanggar 3 titah DYMM Agong kesayangan rakyat Malaysia ketika dipanggil mengadap ke bawah duli tuanku 4 hari sebelum perhimpunan BERSHIT 2.0 berlaku 9/7.

Apa 3 titah tuanku kepada hamba rakyat jelata terutama kepada si Ambiga ini :

1. Jangan mengadakan perhimpunan di jalanan terutama dalam kawasan ibukota.

2. Perhimpunan hendaklah dibuat di dalam stadium ( tapi DYMM Agong tidak menyatakan spesifik stadium mana terutama Stadium Merdeka).

3. JANGAN GUNA STADIUM MERDEKA

Perhatikan betul-betul kenyataan pembohongan Ambiga ini...


Dirgahayu Ke Bawah Duli Tuanku
Tak ada pun dinyatakan stadium mana yang DYMM Agong beri kebenaran berhimpun. Hanya dinyatakan “accepting the offer of the government to have a RALLY in a stadium, RALLY on the street WILL NOT take place…” Tapi lihatlah betapa kurang ajar dan besar kepalanya Ambiga yang rasa dia cukup hebat tambahan pula dibelakangnya menyokong penuh adalah orang Islam yang kononnya dulu nak menegakkan negara Islam tapi sekarang dah nak menegakkan negara bukan Islam pasal orang Islam boleh murtad nanti.

Rakyat yang menderhaka titah DYMM Agong macam Ambiga ni patut dihalau daripada negara ni, buang masa simpan dalam ISA. Makan minum nak kena bagi. Baik bagi kat rakyat lain yang lebih memerlukan. ini orang yang korang nak angkat menjadi pemimpin. ini bakal pemimpin yang direstui oleh PAS sebuah parti Islam kononnya. Fikir-fikirkanlah nasib anak cucu kita nanti....

Kulaan : Ampun Tuanku Sembah Patik Harap Diampun…

Sunday, 24 July 2011

Sajak buat Mat Sabu Kaki Kencing...

Mat Sabu... Oh! Mat Sabu...
Kau memang kaki kencing
Kaki penipu kaki pembohong
Kaki auta kaki putar belit
Kaki pusing spesis munafik
Kaki busuk sebusuk cekam
Kenapa aku kata kau begitu
Aku rasa kau tahu tapi buat tak tahu
Demi kelangsungan karier politikmu
Demi survival kantung poketmu
Agama kau perkotak-katik sesuka hati
Islam yang kononnya kau perjuangkan
Islam yang kononnya kau pertahankan
Tapi Islam jua yang kau permainkan

Mat Sabu... Oh! Mat Sabu...
Kau kata nyawa dihujung tanduk
Dilanggar 4x4 polis anjing kerajaan
Tanpa rasa belas kasihan bapak polisi
Mana boleh tahan Ex5 lawan Pajero
Pengikut fanatikmu percaya melulu
Bila polis keluar video panasmu
Tentang kebenaran kemalangan yang
Hampir merentap nyawamu
Barulah kebenaran terbukti nyata
Bahawa kau memang menipu
Polis tak langgar pun Mat Sabu
Tapi Mat Sabu yang tak tau bawak motor

Mat Sabu... Oh! Mat Sabu...
Adakah ini yang diajar Islam anutanmu
Islam tidak pernah mengajar menipu
Islam tidak pernah mengajar membohong
Pembohong dan penipu ciri orang munafik
Kau kata orang lain penipu
Tapi kau lebih pandai menipu
Itulah dia insan bernama Mat Sabu....

-Nukilan hati A. Jimat Senget-

Friday, 22 July 2011

Kerana KSN Parlimen Putrajaya Boleh Jatuh Ke Tangan Pembangkang Pada PRU13?


Bagi kakitangan kerajaan mustahil tidak mengenali siapa KSN sekarang. KSN atau penuhnya Ketua Setiausaha Negara ketika ini adalah Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan yang telah dilantik ke jawatan tersebut sejak 3 September 2006 sehingga sekarang. Beliau sepatutnya pencen pada tahun 2009 telah dilantik semula secara kontrak setahun lagi sehingga 23 Jun 2010. Setelah setahun berlalu beliau masih lagi disambung kontraknya selama setahun lagi berakhir Jun 2011. Kini jawatan tertinggi kakitangan kerajaan masih lagi ditangan Tan Sri Sidek dan akan disambung setahun lagi sehingga Jun 2012. Berdasarkan fakta ini bermakna Tan Sri Sidek sudah 3 kali disambung kontraknya. Persoalan yang saya mahu bangkitkan kenapa Tan Sri Sidek masih terus menerus disambung kontraknya sedang hasil kajian sikap dan soal selidik yang saya lakukan terhadap kenalan, kawan-kawan, sedara mara malah orang yang tidak saya kenali yang berkerja sebagai kakitangan dan tinggal serta menjadi pengundi Parlimen Putrajaya hampir 90% tidak menyukai cara pentadbiran Tan Sri Sidek hingga pada PRU12 yang lalu kakitangan kerajaan yang majoritinya pengundi Putrajaya menzahirkan rasa tidak puas hati mereka melalui kertas undi.

Statistik PRU12 2008 Klik Di sini menunjukkan calon pembangkang telah berjaya memperolehi 1304 undi berbanding hanya 540 undi pada PRU11 2004 Klik Di sini. Walaupun BN menang majoriti 2734 undi dengan mendapat 4038 undi semasa PRU12 dan peratus keluar mengundi adalah 81% serta hanya 38 undi rosak. Secara kasarnya kelihatan seperti calon pembangkang telah berjaya meningkat jumlah undi sebanyak 241%. Satu peningkatan yang mendadak.

Keputusan PRU12 2004                                  Keputusan PRU12 2008












Hakikatnya ini adalah satu signal daripada pengundi kakitangan kerajaan yang sememangnya menyokong kuat kerajaan tetapi apabila suara hati mereka tidak didengari dan ditangani dengan baik maka kesan secara langsungnya adalah kerajaan yang memerintah sekarang. Saya rasa perkara ini bukan hanya berlaku di Parlimen Putrajaya ketika PRU12 yang lepas tetapi jika dikaji statistiknya secara halus mungkin ia juga berlaku di parlimen-parlimen lain bahkan tindak mustahil dun-dun juga terlibat kerana kaki tangan kerajaan berada diseluruh negara. Kenapa ini berlaku? Menurut risik-risik ia ada kaitan dengan polisi dan peraturan yang dibuat oleh Tan Sri Sidek yang memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada kakitangan kerajaan. Tahniah KSN.
Tan Sri Sidek mesti mengambil tahu hal ini. Walaupun secara asasnya beliau telah merombak delivery system di Malaysia ini tetapi dasar itu kurang/tidak popular langsung dikalangan penjawat awam. Dari cakap-cakap yang diterima, dasar-dasar KSN ini hanya membebankan beban tugas yang ditanggung oleh penjawat awam. KSN mesti "review" semula dasar-dasar beliau. Ataupun golongan ini meminta supaya KSN "undur" dari kerusi KSN yang beliau duduki sekarang ini.

Antara jawapan yang diberikan oleh kakitangan kerajaan atas isu ini :

1. Mendapatkan saguhati untuk tahun 2007

KSN, yang gajinya tinggi berkali ganda dari seorang pegawai awam biasa, boleh hidup senang tanpa saguhati. Tetapi bagaimana pula seorang PAR atau Kerani serta Kumpulan Sokongan yang mendapat gaji sekitar RM 800- ke Rm 1200 untuk membeli baju sekolah anak, baju raya anak dan sebagainya. bagaimana mereka ini hendak menguruskan kewangan mereka? untuk pengetahuan KSN, sebulan selepas gaji naik, harga barangan naik mendadak sehingga 30% untuk sesetengah barangan. Perkara ini harus difikirkan oleh KSN bukan hanya memikirkan perkara berkaitan diri sendiri.

2. PTK (Penilaian Tahap Kecekapan)

PTK adalah menyusahkan dan tidak memberi manfaat kepada ramai penjawat awam. Ini terbukti apabila hanya mereka yang tahu menghafal dan kemudiannya "memuntahkan" maklumat itu dalam peperiksaan PTK yang layak dinaikkan pangkat. Golongan yang menghafal ini terdiri daripada kakitangan yang masih muda dan/atau banyak masa menghafal kerana tidak banyak buat kerja.

Bagaimana pula dengan makcik/pakcik yang hanya tinggal 4 5 tahun lagi untuk bersara. Mereka ini amat mahir dalam pekerjaan mereka tetapi dinafikan hak untuk naik pangkat hanya kerana gagal hafal untuk PTK?

3. Polisi-polisi dan peraturan-peraturan baru yang menyusahkan kakitangan kerajaan yang bertugas khususnya di Putrajaya

Ada suara-suara kecil melahirkan rasa tidak puas hati apabila Tan Sri Sidek membuat polisi berkenaan waktu minum pagi kakitangan kerajaan. Mungkin sejak saya kecil lagi budaya minum pagi kakitangan kerajaan ini sudah sebati dengan mereka apabila masa yang diambil untuk minum agak lama dan menyusahkan “public” atau orang awam berurusan dengan jabatan kerajaan. Ini saya bersetuju tapi kaedah yang digunakan agak baru dan asing bagi kakitangan kerajaan. Perbuatan mereka minum pagi di luar waktu yang diberi akan dirakam dengan lensa kamera oleh “spy-spy” dan akan dihantar kepada pegawai atasan. Ada pro dan kontranya apabila sesuatu peraturan baru hendak diaplimentasikan dan Tan Sri Sidek harus menanganinya seperti kata bidalan “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus tepung tak berselerak”.

Sebab ke 2 ini mungkin telah diselesaikan apabila kerajaan telah memansuhkan peperiksaan PTK dan hasil soal selidik rata-rata kakitangan lega dan menyambut baik keputusan terbaru kerajaan. Secara tidak langsung sokongan kakitangan kerajaan telah kembali. Mungkin peraturan-peraturan lain yang sedikit sebanyak mengganggu kakitangan kerajaan ini ditangani dengan bijaksana jika tidak kesan langsungnya akan terpalit kepada Ahli Parlimen Putrajaya sekarang iaitu Datuk Seri Utama Tengku Adnan Tengku Mansor. Agak susah kepada beliau nanti apabila pilihanraya menjelang tiba untuk mengembalikan sokongan dan undi pengundi Putrajaya.

Cukuplah disenaraikan 3 sebab utama mengapa KSN gagal menjadi "bos" yang baik. Dan disebabkan itu terdapat cakap-cakap supaya Tan Sri Sidek letak jawatan. Ini lah juga punca mengapa kakitangan kerajaan mengundi parti pembangkang kerana mereka rasa kecewa dengan tindakan ketua mereka KSN Tan Sri Sidek.

Kulaan : kada baduit awak pun kada wagas bagawi angahnya...

Sah Mati Bunuh Diri Bukan Mati Dibunuh…

Siapakah Teo Beng Hock. Kenapa kematiannya begitu sensasi sehingga dipolitikkan terutama oleh pembangkang. TBH bukanlah artis cina terkenal macam Daniel Juara Malaysia Idol tapi matinya mendiang gempar satu Malaysia sehingga tertubuhnya Suruhanjaya Siasatan untuk menyiasat kematian mendiang Teoh Beng Hock semata-semata untuk menyiasat dan mencari fakta sebenar untuk membuktikan kebenaran sebenar disebalik kematiannya yang penuh misteri. Harus diingat bahawa Suruhanjaya Siasatan ini juga dianggotai wakil NGO, wakil kerajaan dan juga ada wakil daripada pihak pembangkang. Jangan dilaungkan bahawa keputusan Suruhanjaya Siasatan ini tidak adil kepada mendiang kerana wakil pembangkang juga ada semasa Suruhanjaya Siasatan ini berjalan.

Hasil daripada prosiding maka Laporan Suruhanjaya Siasatan setebal 124 muka surat itu memutuskan bahawa kematian Teoh Beng Hock adalah kerana BUNUH DIRI hasil keputusan sebulat suara oleh kesemua anggota panel Suruhanjaya Siasatan berkenaan yang dipengerusikan oleh Hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri James Foong Cheng Yuen setelah Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin berkenan dengan cadangan kerajaan untuk menubuhkan suruhanjaya berkenaan di bawah Akta Suruhanjaya Siasatan 1950. Prosiding Suruhanjaya Siasatan itu bersidang selama 50 hari dan membabitkan 70 saksi di Mahkamah Tinggi Sivil Baharu (NCvC) di Kompleks Mahkamah di sini sejak 14 Feb dan berakhir pada 10 Mei lalu.

Kematian TBH telah dimanupulasikan dengan begitu terancang dan licik sehingga mendiang TBH telah menjadi ikon kepada orang cina yang bersimpati kepada kematian beliau. Secara tidak langsung isu ini menjadi kelebihan dan senjata kepada pembangkang terutama DAP untuk menghentam kerajaan. Pembangkang berjaya memainkan emosi orang cina dengan isu kematian TBH apabila orang cina mula rasa benci dengan kerajaan apabila timbul rasa simpati dengan TBH. Keadaan ini jauh berbeza dengan kematian Sarbani yang mati juga semasa siasatan SPRM.

Perkara yang paling ditakuti oleh pembangkang terutama DAP ialah apabila selesainya isu TBH ini maka tiada lagi ikon yang boleh digunakan untuk menarik simpati orang cina. Sebab itu keluarga TBH dan pembangkang masih tidak dapat menerima hakikat keputusan Suruhanjaya Siasatan dan tetap mahu membawa kes ini ke mahkamah.

Kulaan : jangan biarkan diri anda diselubungi misteri....

Thursday, 21 July 2011

Gugurnya Seorang Syahid Pembangkang Ketika Perhimpunan BERSIH 2.0


Tanggal 9hb Julai 2011 bersamaan hari Sabtu hujung minggu berlaku satu insiden yang menyayat hati apabila seorang insan yang berjuang demi prinsip perjuangan Islamnya gugur syahid dij alanan yang disaksikan beribu manusia yang sama sepertinya cuba mencari SYAHID di jalanan. Video ini walaupun tidak boleh dijadikan bahan bukti kebenaran syahidnya insan itu kerana tidak ada 4 orang saksi yang mahu tampil menjadi saksi kejadian tetap tidak dapat diterima pihak yang kononnya mencari kebenaran walaupun kebenaran di depan mata tetapi tetap dibutakan mata. Kekejaman pihak polis yang dikatakan lambat memberi bantuan akhirnya menyebabkan insan tua ini gugur sebagai syahid.



 Namun inilah yang dikatakan kekuasaan Allah, insan yang dikatakan sudah hampir dengan SAKARATUL MAUT datang menjemput akhirnya Allah panjangkan umur hamba Allah ini agar diberikan masa dan ruang lagi untuk bertaubat jika dia ada melakukan kesalahan semasa hidup. Allah berikan satu lagi peluang agar jangan ditambahkan dosa fitnah yang menjadi makanan hariannya. Satu malaya bahkan satu dunia terkejut dengan peristiwa yang berlaku. Maka riuhlah satu kampung dari satu kampung, dari utara hingga ke selatan akan peristiwa yang takjub ini. Polis yang digelar anjing kerajaan dicop sebagai penyebab kepada kematian ini dan jika kematian ini benar-benar berlaku maka satu lagi ingkues kematian akan ada untuk menegakkan kebenaran yang batil.

Nah! Kalian telah diberikan kebenaran di hadapan mata untuk menilai dan menimbang dengan akal fikiran yang waras bukan dengan nafsu serakah membabi-buta. Sedarlah bagi yang masih belum sedar akan kebenaran kerana hidup kita sebahagiannya berkaitan dengan “Berkatalah benar sekali pun pahit”.

Kulaan : kaitu pang amon kadanya berakal…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers