Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday, 23 June 2012

Hairie Othman Bakal Ganti Bob Lokman Sebagai Ustaz Pas???...


Sedang gua belek-belek apa yang ada dalam fb gua hari ni, tetiba gua jumpa satu gambar yang menarik perhatian gua. Puas gua cuba belek dan perhatikan sampai gua cari kanta tengok dengan dekat dan besar. Betul ker apa yang gua lihat ni. Ternyata apa yang gua lihat adalah nyata. Patut ler muka mcam 'familiar' jer, rupa-rupanya artis yang dah di senja karier lakonan.

La.... Sapa lagi kalo bukan Hairie Othman yang terkenal dengan lakonannya sebagai "Leftenan Adnan". Kalo diikutkan berdasarkan maklumat yang terdapat dalam gambar ni, gambar ini diambil masih baru lagi. Gambar bertarikh 20 Jun 2012 jam 9.00 malam di satu lokasi tapi yang pasti dalam kawasan Batu Gajah, Perak.

Mungkin beliau sudah mendapat hidayah seperti rakan seperjuangan beliau Ustaz Bob Lokman untuk menyertai Pas dan InsyaAllah tak lama lagi beliau bakal bergelar Ustaz Hairie Othman kerana orang-orang Pas ni memang biasa mengiktiraf seseorang sebagai ustaz sesuka hati.


Jadi, nasihat gua kepada artis di luar sana yang mahu jadi ustaz atau ustazah "SEGERA", jangan malu-malu cepat-cepat isi borang ahli Pas. Tak

Friday, 22 June 2012

USM Berjaya Cipta "Mee Kurus" Kepada Mereka Yang Gemuk...


Sekumpulan penyelidik dari Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya mencipta mi kuning kering yang boleh membantu penggunanya menurunkan berat badan.

Ketua Penyelidik, Prof Azhar Mat Easa berkata produk yang dipanggil "mi berlapis" itu diperkaya dengan zat kapsaicin bagi membolehkan proses pembakaran lemak berjalan secara efektif.

"Kapsaicin adalah zat pedas aktif yang terkandung dalam tumbuhan seperti cili dan tidak ramai orang boleh mengambilnya begitu sahaja dalam kuantiti banyak," katanya dalam sidang media.

Katanya di negara maju seperti di Amerika Syarikat pengambilan kapsaicin lazimnya dalam bentuk kapsul dan mempunyai kesan sampingan terhadap kesihatan pengguna kerana ia mengandungi bahan kimia di samping memerlukan perbelanjaan yang besar.

Azhar yang menyifatkan produk itu adalah yang pertama seumpamanya di dunia kerana berbanding mi biasa, mi berlapis itu menawarkan pembekalan kapsaicin tanpa iritasi atau kepedasan dalam mulut.

Katanya setiap 100 gram mi mempunyai 17 miligram kapsaicin dan ia boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 1 kilogram seminggu jika diambil secara konsisten dengan kuantiti 50 gram sehari.

Bukti Pas Sudah Dirantai DAP???...


Setelah PAS berjanji dengan DAP dan PKR untuk mempertahankan (kekalkan dan gunapakai) Perlembagaan Negara yang sedia ada (yang PAS sendiri kata Perlembagaan Kafir Lord Reid tinggalan Penjajah) serta mengisytiharkan bahawa HUDUD bukan lagi agenda PAS bagi memenuhi syarat-syarat yang DAP kenakan kepada PAS untuk bergabung dalam Pakatan Sekular PR, PAS umpama sudah menjadi anjing DAP yang diikat rantai anjing dilehernya dan tak mampu buat apa-apa kecuali mendapat kebenaran tuannya, Kafir DAP.

PAS tidak boleh laksana hudud atau apa-apa perundangan Islam tanpa kebenaran DAP dan PKR, malah nak rampas arak di Selangor pun tak mampu dilaksanakan kalau tidak dibenarkan DAP.

Apatah lagi nak tutup rumah-rumah urut yang tumbuh macam cendawan sekarang ni atau pun nak tutup kilang arak seperi yang PAS janji dalam PRU12 dulu.

Jauh lagilah kalau nak meluluskan apa-apa Peraturan Undang-undang dalam DUN bagi mengawal penjualan arak dan operasi rumah-rumah urut.

DAP benarkan PAS terus MENIPU Umat Islam dengan bercakap tentang janji palsu perlaksanaan Islam malah turut serta bersandiwara dalam ceramah-ceramah politik PAS sebab DAP tahu, penipuan PAS kepada Umat Islam dapat memperdaya umat Islam (terutama ahli-ahli PAS) supaya mengundi kafir DAP dan PKR.

Selepas 20 Tahun Nik Aziz Benarkan Pulak Wanita Sertai Tilawah...


Alasan Nìk Azìz membenarkan semula wanita menyertai tìlawah al-Quran selepas 20 tahun... Kononnya rakyat Kelantan sekarang dah tahu menìlai halal haram.

Bukankah kenyataan ini satu penghinaan?

Sama ada Nik Aziz akan ikut mereka atau mereka menyertai Nik Aziz. Mereka ini mengikut siapa tak tahulah. Tapi menyembah selain dari ALLAH SWT dan tidak mengikut sunnahNYA Rasulullah SAW. Pada satu ketika benda yang dilakukan adalah haram kemudian benda yang sama dilakukan adalah halal. Orang ini celaru atau dia cuba menggantikan penggubal undang undang yang sebenarnya. Yakni ALLAH SWT. Sekira dia celaru dia perlu dikurung supaya tidak menyesatkan ramai yang lain..

Nik Aziz hanya guru mantik dan bayan sahaja, ini info yg gua dapat dari anak muridnya. Sebab tu pandai berkata-kata sampai kemaruk penyokongnya.

Thursday, 21 June 2012

Puaka Niring : Mandi Bersama Singa Petua Jinak Binatang Buas...


Petua mandi bersama singa rahsia seorang penjaga haiwan di Zoo Johor menjinakkan haiwan pemangsa itu, kerana berpendapat air mandian boleh mengeratkan hubungan antara makhluk Allah.

Selain menjalankan tugas sebagai penjaga haiwan, Mohd Sham Mahdon, 53, kini berasakan tindakannya itu sebagai tanggungjawabnya sama seperti membersihkan anak sendiri. Mohd Sham yang berkhidmat sejak lebih 30 tahun lalu berkata, dia tidak pernah memakai atau menggunakan ilmu penunduk bagi menjinakkan enam singa di bawah jagaannya, sebaliknya mengamalkan petua mandi bersama anak singa ketika ia masih kecil setiap hari.

“Saya mendapat petua itu daripada seorang kawan yang berpesan, setiap haiwan liar akan jinak sekiranya mandi bersama kerana air mandian manusia dan haiwan bersatu membangkitkan pertalian lebih erat antara makhluk Tuhan.

“Memang petua itu berkesan apabila semua singa di bawah jagaan amat manja dan dianggap seperti anak sendiri kerana sekiranya berjauhan, pasti merindui mereka.

“Memang sedih apabila setiap aktiviti kami lakukan bersama sebelum ini terbatas sebaik ia membesar.

“Ini kerana, ia perlu dikurung dalam sangkar atas sebab keselamatan, namun ia tidak memutuskan hubungan kami,” katanya.

Mohd Sham berkata, singa jantan dinamakan ‘Manja’ kini berusia lapan tahun haiwan jagaannya paling istimewa kerana gelagatnya amat manja, menurut kata dan tidak pernah menimbulkan sebarang masalah.

Katanya, dia menjaga Manja sejak berusia dua minggu dan ketika itu anak singa berkenaan dilayan seperti bayi baru lahir berikutan tempoh tiga bulan pertama dianggap kritikal bagi memastikannya panjang umur kerana terdedah kepada pelbagai serangan penyakit.

“Sepanjang tempoh itu, saya berjaga malam kerana Manja bangun untuk menyusu setiap dua jam sekali.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers