Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Wednesday 28 December 2011

Barat Iktiraf Cara Tun M Menangani Krisis Kewangan 1997 Bukan ANUar Ibrahim....


KESATUAN Eropah (EU) yang kini berdepan krisis kewangan terburuknya, mengiktiraf penyelesaian dan pendekatan yang dilaksanakan Malaysia ketika mengharungi krisis kewangan Asia pada 1997/1998.

Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia, Vincent Piket, berkata negara Eropah yang sepatutnya menjadi model kepada negara lain, perlu mengesan banyak isu berkaitan struktur ekonominya yang tidak pernah disedari sebelum ini bagi menyelesaikan krisis kewangan terbabit.

Kelemahan struktur ekonomi dan struktur yang tidak fleksibel adalah antara perkara penting yang dipelajari dalam krisis zon euro ketika ini apabila ia dengan mudah menjejaskan kekuatan ekonomi negara ahli. 

- Vincent Piket, Duta dan Ketua Delegasi Kesatuan Eropah ke Malaysia Sambil menyifatkan cara penyelesaian Malaysia untuk keluar daripada krisis kewangan 1997/1998 sebagai pendekatan terkenal, beliau berkata, itulah yang seharusnya dilakukan negara EU untuk mengiktiraf negara seperti Malaysia yang berjaya keluar dan memperoleh lonjakan dalam pertumbuhan ekonominya dengan pantas.


Katanya, kelemahan struktur ekonomi dan struktur yang tidak fleksibel adalah antara perkara penting yang dipelajari dalam krisis zon euro ketika ini apabila ia dengan mudah menjejaskan kekuatan ekonomi negara ahli.

“Perubahan dunia yang amat pantas menyebabkan setiap negara perlu memastikan ekonomi masing-masing terus bertenaga dan mempunyai fleksibiliti seperti yang diperlukan enterpris."

Inilah yang kita belajar di Eropah dan cuba berkongsi dengan Malaysia dan negara di Asia Tenggara amnya, untuk memastikan struktur ekonomi masing-masing kekal kukuh bagi mencapai pertumbuhan stabil untuk tempoh jangka panjang,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata tahap pelaburan dari negara ahli EU ke Malaysia sehingga pertengahan 2011 masih baik dan tidak terjejas walaupun rantau itu berdepan krisis ekonomi.

Sememangnya untuk keluar daripada krisis ini, EU perlu memperoleh pertumbuhan ekonomi mantap serta merendahkan kadar pengangguran di kalangan negara ahli, namun sehingga kini, saya tidak melihat sebarang impak yang boleh menyebabkan pelabur EU menarik keluar pelaburan mereka di Malaysia."

“Impak krisis ini bergantung kepada pelabur, prospek pelaburan serta keyakinan mereka terhadap pertumbuhan ekonomi sesebuah negara namun yang penting pelabur EU melihat potensi pelaburan dari prospek yang lebih luas iaitu global secara keseluruhan dan bukan terhad dalam zon euro."

“Jadi ia berbalik kepada penggubal undang-undang dan kerajaan, mereka perlu bekerja lebih keras untuk merebut pelaburan ke negara atau rantau masing-masing tidak kira sama ada ke rantau Eropah atau Asia mereka perlu membuktikan dan menunjukkan keupayaan polisi ekonomi masing-masing,” katanya.

Statistik terkini EU menunjukkan, bagi 2009, Malaysia adalah negara keempat destinasi pelaburan negara EU di ASEAN dengan purata aliran masuk modal dari negara ahli EU ke Malaysia mencecah 2 bilion euro bagi tempoh 2006 hingga 2009. -BeritaOnline

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers