Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 31 December 2011

Siapa Yang Racis : @ZambryAbdKadir Atau DAP...


Kulaan berkesempatan bercuti hujung tahun setelah penat berkerja sepanjang tahun 2011. Lokasi yang dipilih adalah Pulau Pangkor yang terletak di negeri Perak, negeri kelahiran Kulaan. Agak sudah lama Kulaan tidak menjejakkan kaki ke pulau ini. Seingat Kulaan kali terakhir ketika Kulaan menuntut di universiti dulu.



Macam biasa kita terpaksa menaiki feri untuk ke Pangkor. Cuma apa yang menarik lensa Kulaan adalah gambar ini. Bagaimana ada sebuah tokong kecil berada di tepi pantai yang tiada berpenghuni langsung. Puas Kulaan mencari takut-takut ada perkampungan nelayan ka atau rumah penduduk berbangsa cina. Puas Kulaan meneliti tapi tidak ditemui, lalu Kulaan bertanya kepada seorang pakcik yang kebetulan orang tempatan Pangkor dan selalu ke tanah besar. 


Kulaan bertanyakan perihal tokong di tepi pantai. Menurut pakcik yang juga anak jati Pangkor, kewujudan tokong-tokong ini berlaku ketika zaman pemerintahan 'Kerajaan Pakatan Rakyat 11 Bulan' yang ketika itu diterajui oleh "MB Boneka DAP" Datuk Seri Nizar dari parti PAS. Menurut pakcik tu lagi, bukan itu sebijik jer tokong yang ada kat tepi pantai tapi banyak lagi tokong dipacakkan di pantai berhampiran yang boleh kita lihat tetapi perlu menggunakan bot berasingan bukan feri yang sedang dinaiki untuk melihatnya.

Menurut pakcik tu lagi, apabila 'Pakatan Rakyat' menang dan memerintah Perak maka muncul la bagai 'cendawan tumbuh selepas hujan' tokong ditepi pantai. Perkara ini bukan la tidak diketahui oleh MB Nizar ketika itu, tapi 'dek' kerana dicucuk hidung oleh DAP yang juga menjadi sebahagian daripada kerajaan pakatan maka perkara ini 'dipandang sebelah mata sahaja'

Selama pemerintahan Boneka Nizar, DAP mula berleluasa. Tokong didirikan sesuka hati dan semakin banyak. Nizar hanya mendiam diri dan hanya memerhati kerana menurut Nizar, Pas tidak akan mendirikan "Kerajaan Islam" sama ada di Perak atau pun di peringkat nasional jika Pas menang PRU 13 nanti. Apa buktinya? Klik Sini untuk melihat buktinya.

Berbalik kepada cerita Kulaan tadi. Bila sahaja Kerajaan BN dapat membentuk kerajaan negeri 11 bulan kemudian dibawah Menteri Besar yang baru iaitu Datuk Seri Zambry, beliau tidak meroboh terus tokong-tokong ini seperti mana kerajaan Negeri Kedah merobohkan Madrasah Salihian di Alor Setar. Beliau menitik-beratkankan dahulu soal pembangunan dan kebajikan rakyat Pangkor dan Lumut. 







Kulaan perhatikan beberapa perubahan telah berlaku di pulau itu sendiri yang telah lama Kulaan tidak kunjungi. Deretan kedai batu menggantikan kedai-kedai kayu, premis-premis perniagaan. Hotel-hotel, rumah penginapan dan chalet-chalet juga semakin banyak terutama di Pekan Pangkor, Teluk Nipah dan Pasir Bogak. Taman-taman perumahan juga mulai tumbuh. 

Inilah antara pembangunan yang di bawa oleh Kerajaan BN di bawah Menteri Besarnya Datuk Seri Zambry. Kulaan rasa bukan sekadar pangkor sahaja merasa tempias kenikmatannya bahkan ke seluruh negeri Perak Darul Ridzuan, negeriku indah permai.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers