Jadilah Sahabat Kulaan...

SEWA

SEWA

TRIP

TRIP
PAKEJ TRIP KE KRABBI, HATYAI TERMURAH...

Saturday 3 December 2011

Panas!!! Jentera Parti Dihalau Keluar Dari Interview @khairykj Ketua Pemuda UMNO... #PAUMNO

KJ ketika di "interview" oleh Unit Media Baru (UMB)....
Semalam Kulaan mendapat panggilan daripada sahabat Kulaan yang mengadu dia sebagai "Jentera Parti" tak dapat nak interview Ketua Pemuda UMNO Malaysia, sdr Khairy Jamaluddin di PWTC petang semalam gara-gara kerenah birokrasi dan sikap "besar kepala" ketua berpangkat Datuk, assistant dia, urusetia dan pak guard yang bertugas. Cerita yang sama Kulaan baca kat blog APA pasai kes "kerek"nya Datuk nie... cerita betoi Klik Sini bro...

Kulaan : betoi ka hangpa nie kena halau atau korang jer perasan kena halau...

Member Kulaan : betoi la... kami datang kerana dijemput untuk cover KP UMNO... kata interview pukul 4 petang... kami pun mai la tingkat 4... baru nak masuk tiba-tiba mai satu Datuk kira orang kuat kat PWTC la mai sound siap dengan jelingan manja yang kalo lembu "feedlot" NFC tu pun tau la maknanya suruh keluar kandang...

Kulaan : Iskh! hangpa nie biaq betoi... takkan la orang parti sendiri nak buat kat hangpa yang memang duduk bawah parti... lain la kalo "Blogger Upahan" ka Malaysiakini ka MalaysianInsider ka... takpa la nak halau pun... depa bukan orang parti pun...


Member Kulaan : betoi... bukan aku sorang kena... satu team 7 8 orang... dah la "peel" Datuk satu hai... anak buah dia pun tumpang sekaki... pak guard dia punya la eksen mengalahkan boduguard PM tuh... kalo tak mau "Jentera Parti" mai cover jangan jemput... kami mai atas dasar PARTI UMNO... tak kira sapa pemimpin asalkan telah dipilih majoriti ahli kami support walaupun ada antara geng kami nie yang tak berapa berkenan kat KJ tuh...

Kulaan : cer citer... cer citer...

Member Kulaan : kami nie duduk bawah UMB...

Kulaan : sat... sat... UMB tuh aper bro...

Member Kulaan : aduuuss... Unit Media Baru la bawah Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia... aku sambung balik jangan dok nak menyampuk... kami sume ada pas media macam orang lain... nak suruh pakai beep biru ka merah ka kami ada... siap dengan baju logo UMB lagi... aku ingat Datuk tuh buta huruf kot tak reti baca tulisan sikit punya besaq kat baju aku... PM sendiri suruh ahli UMNO dan jentera parti bagi support kat pengamal media yang Pro UMNO nie... nie kami dah sah-sah "Jentera Parti"... nasib baik KJ bagi gak buat cover interview sekalipun 15 minit... kalo tidak tak tau la apa nak jadi...

Kulaan : korang nie mencurigakan kot... muka hang pun dah macam "muka pecah rumah"... ha ha ha ha ha...

Member Kulaan : alo bro... cakap tuh cover line skit... kalo tak caya check aku punya "Pas Media" yang UMB dah daftar siap "Screening" lagi... paham tak "Screening" tuh apa, tapisan la... kalo tak caya gak suruh jer pak guard tuh follow kita orang... kalo tak caya lagi, kalo kami ada buat salah panggei la polis mai tangkap buat siasatan... kalo rasa tak cukup pak guard yang dok ada "banyak lepak" dari dok buat kerja tuh... panggei jer Rela tolong...

Kulaan : abih tuh apa kesudahan citer nie... cer citer... cer citer...

Member Kulaan : bila benda nie sampai kat telinga ketua aku... dia mai la dok bagi settle sampai la kami boleh dapat cover tuh pun sat sangat... tak banyak boleh tanya... tapi jadi ler...

-Tamat Perbualan-

Perkara yang sama juga terjadi kepada PanglimaPerangSiber (story dia Klik Sini)... itulah "struggle" yang dihadapi oleh pengamal media yang nak buat cover story PAU 2011... tak mustahil benda yang sama di hadapi oleh wartawan dan pengamal media yang lain... kalo "Jentera Parti" kena tempoh 1001 "peel" pengurusan dan urusetia PAU 2011... orang lain tak tau la macam mana... 
Berikut beberapa soalan yang sempat ditanya bloggers PanglimaPerangSiber kepada Khairy Jamaluddin a.k.a KJ : 
Soalan : tentang penghargaan Pemuda kpd media baru krn ada yg tdk menghargai pejuang siber.
Jawapan : Pemuda telah tubuh unit media baru diketuai Tun Faisal dan menghargai kewujudan cybertroopers yang juga sama dengan aktivis parti yang lain walau medan berbeza. KJ meminta agar cybertroopers UMNO perlu bertempur dengan cybertrooper pembangkang bukan bertahan semata-mata.
Kulaan harap individu terbabit ambil perhatian dengan sikap dan "peel" korang yang akhirnya menjatuhkan nama baik dan reputasi UMNO yang sekarang ini semakin baik di mata rakyat jelata...

3 comments:

  1. saya percaya blogger kulaan niring ni bukan banjar tulen. banjar tulen tidak akan menyokong perjuangan sesat umno. jangan guna istilah kulaan niring, buat malu banjar malaysia,

    ReplyDelete
  2. Salah satu punca kekalahan UMNO di PRU12 adalah banyak sangat fitnah yg dilemparkan oleh Pakatan Haram di alam siber yg tidak mampu dijawab oleh UMNO.
    Rakyat seperti biasa termakan dgn tipu helah Pembangkang.
    Sekarang ini bila dah ada ramai blogger Amal Media Baru, ada saja orang UMNO sendiri yg sabotaj dari dalam.
    Kita harap Najib ambillah tindakan kpd Datuk yg kurang ajar ini sebelum dia mensabotaj UMNO di PRU13 nanti.
    Ingat sebelum kena, nanti dah kena ternganga!

    ReplyDelete
  3. anon 10:03,

    mana hadith nabi atau ayat suci Al Quran yang menyatakan bahawa Banjar tulen itu sesat jika menyokong UMNO... adakah sdr pasti akan masuk syurga jika masuk Pas, PKR atau DAP... syurga neraka bukan milik kita... ia adalah HAK Allah...

    jika saudara orang Banjar yang tulen pasti saudara berbangga kerana masih ada lagi sisa-sisa anak Banjar yang masih mahu mengagungkan perkataan Banjar... berapa kerat anak Banjar yang mengalir dalam darahnya darah Banjar yang mengaku dia adalah orang Banjar... berapa ramai anak Banjar masih fasih dan faham berbahasa Banjar...

    janganlah kerana ketaksuban dan kedangkalan sdr hingga membutakan mata hati...

    kada adak kanakan Banjar diminik hingkat lagi basurah banjar alai... muha gin kada ngakui ianyak kulaan Banjar... amon ditakuni hingkat ka lagi basurahan banjar ilah kaok, muntung tadiam kada tahuk basurah...

    Kulaan Niring Napa Takurihing...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

The True Brothers

The True Brothers